Fitrah Kehidupan

  • 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Wah sedar tak sedar dah bulan Mei pun. Kejap je kan? Rasa macam semalam aku terkejar-kejar nak buat post akhir tahun 2025 sebelum masuk tahun baru 2026. Pung pang pung pang ehh dah Mei 2026 pun. Punya lah zasss masa berlalu ya.

Banyak sangat benda dah jadi sepanjang 5 bulan ni; ada sedih, ada gembira, ada yang lahir, ada yang meninggal, ada yang kahwin, ada yang berpisah, dan macam-macam lagi. Well, that's life, right?

Antara highlights yang aku ingat eh sepanjang 5 bulan ni:
  1. Turning 37 years old on 9th January 2026. Kak Rina beli kek Secret Recipe beberapa slices dan nyanyi dan makan kek sama-sama dengan Adi, Muhammad, dan Khadijah kat dapur Taman Gembira. Sarah bagi hadiah handbag Sometimes, thank you tahun depan dan tahun mendatang bagi lagi. 😜
  2. Adi tukar kerja baru, Alhamdulillah. Mula kerja kat Abbvie pada 12 Januari 2026. 
  3. Arif (anak Cik Ceha dan Ayah Mahmood) kahwin dengan Farahin kat dewan Masjid Bandar Dato Onn kalau tak silap on 25th January 2026.
  4. Naylaa Humairah atau Eahh (anak Ika dengan Akim) lahir on 17th February 2026 if not mistaken di Hospital Sultanah Aminah. Anak Nadzirah dan Ashraf (sorry tak ingat nama nya) lahir on 26th February 2026. Alhamdulillah congrats both couples!
  5. Ramadhan yang aku rasa agak pendek sebab period decided to lasts for 15 days LOL but semuanya Alhamdulillah smooth dan masih dapat berkumpul ramai-ramai dengan keluarga besar Husin Bas Group pada malam terakhir Ramadhan. Kali ni makan buffet, lain daripada tahun-tahun sebelumnya sebab ahli keluarga dah bertambah.
  6. Syawal pun Alhamdulillah berjalan dengan lancar; diberikan rezeki beraya dengan keluarga besar jugak macam biasa jalan-jalan ke Pontian dan Kluang (walaupun Tok Padil dah meninggal dunia hujung tahun lepas).
  7. Jamaliah Aris (isteri Kanu & kawan Stepo) meninggal dunia dalam kemalangan otw amek anak kat pengasuh pada 14 April 2026; padahal baru jumpa dan berborak panjang masa melawat Kanu kat Gleneagles Medini pada 6 April 2026. Innalillah dan salam takziah.
  8. Mula workout balik dengan ZWO dan register gym untuk 3 bulan dan start PT dengan Xinxin on 29th April 2026. Semoga body goals tercapai. 💪
Rasanya so far tu je kot yang aku boleh ingat buat masa ni. Banyak lah benda-benda lain jugak yang jadi tapi untuk cerita secara detail tu dah ingat-ingat lupa dan mungkin lebih baik tersimpan dalam memori sendiri je.

InshaAllah akan ada tempat baru nak dilawati, orang baru atau lama nak ditemui, memori baru nak dicipta, makanan baru nak dicuba, dan macam-macam yang lainnya yang aku mohon dengan Allah semoga dipremudahkan je segalanya.

Apa-apa pun, aku akan cuba untuk hidup dengan positif dan sentiasa membuat kebaikan sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk orang lain. InshaAllah.

Semoga kita berjumpa lagi. Salam sayang buat semuanya. Daaaaa~~



Akhir Tahun 2025

  • 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Berjumpa lagi kita di sini. Haa betul-betul hujung tahun ye aku buat keputusan untuk 'adakan masa' untuk menulis lagi dekat blog bersawang aku ni. Ku idamkan post sebulan sekali; rupanya setahun sekali. Ni kira power lah sebab setahun 2 kali. Hiks

Pejam celik pejam celik dah nak tahun 2026 pun lagi beberapa puluh atau belas minit dari waktu aku menulis ni. Setahun yang panjang, penuh cerita suka dan duka. Ada kelahiran baru, pertambahan ahli keluarga, dan tak kurang jugak dengan kematian dan kehilangan orang tersayang sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Alhamdulillah untuk semua nikmat yang Allah dah bagi dalam hidup. InshaAllah tiada yang kurang pun, semua sesuai denngan kehendak dan keperluan aku untuk terus hidup bersyukur di atas muka bumi ni.

Aku tak plan nak recap pun apa yang dah jadi sepanjang tahun ni sebab dah hujung tahun kan, banyak yang dah lupa atau samar-samar. Tapi kalau rajin tahun depan, dan kalau takde idea nak menulis apa bila waktu aku rajin nanti, aku cari lah apa-apa cerita yang menarik yang dah berlaku sepanjang tahun 2025 untuk diceritakan.

Tapi untuk post kali ni aku rasa sampai sini sahaja. Terima kasih untuk semua yang pernah hadir dan masih sentia dalam hidup aku. Semoga yang baik-baik sahaja untuk tahun depan dan mendatang. Jumpa lagi tahun depan, korang!

Selamat tahun baru 2026! Jaga diri dan assalamualaikum.

P/S: Azam tahun baru taknak banyak; nak SATU je - semoga KURUS!

Penghujung Januari 2025

  • 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pejam celik pejam celik dah hujung Januari tahun 2025 pun. Last post aku April tahun 2024. Hiks. Punyalah aku culas bagi perhatian kat blog ni. Padahal setiap tahun aku renew domain ni. Kemain nak keep the domain tapi buat post hampeh.

Takpelah. Barang yang lepas tak usah dikenang, gituu.

Oleh itu, aku amek keputusan untuk buat post pertama aku pada tahun baru 2025 ni pada hari ni, hari terakhir bulan Januari 2025. Hehe.

To summed up semua yang terjadi sepanjang Januari ni, antara event yang besar ialah majlis bertandang pengantin lelaki (Akim) di Pontian. Ye kawan-kawan. Adik bongsu aku dah kawen. In fact, both adik-adik aku dua-dua yang terakhir dah kawen pada hujung Disember 2024.

Belum rasa nak cerita panjang pasal majlis kawen budak-budak ni dalam post ni. Sebab aku tengah menaip ni guna henpon je, bukak guna browser, dalam kereta otw pi dinner, mak mertua aku dengan laki aku tengah berbual; jadi tak dan ler nak cerita panjang.

Okay lah dah sampai pun kedai makan ni. InshaAllah jumpa lagi di bulan Februari.

Selamat Hari Raya!

  • 0
Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Walaupun harini dah 21 Syawal kan, selagi tak habis selagi tu lah boleh wish je rasanya. Kejap betul masa berlalu ya. Sedar-sedar dah penghujung Syawal rupanya. Padahal baru nak start puasa 6. Hiks.

Macam mana raya korang tahun ni? Raya aku tahun ni alhamdulillah sangat baik. Dapat jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Yang memang taknak jumpa tu kita abaikan je. Raikan yang masih menghargai tali persaudaraan yang terjalin. Ahgituuu.

Tema raya aku dan Adi tahun ni Yellow Mustard. Aku pakai baju yang dibeli masa Iqbal tunang je haritu. Jimat pun jimat, selesa pun selesa. Tudung pun aku pakai tudung yang sedia ada je beli masa kerja kat Singapore 2 tahun lepas. 

Dan yang paling penting, aku rasa selera makan aku raya tahun ni macam terkawal sikit compared to tahun-tahun sudah. Still makan banyak makanan yang aku suka contoh seperti bihun goreng putih. Huu.

Di kesempatan ini aku nak mohon maaf jika aku ada tersalah kata dalam blog aku ni dan aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua yang menyambutnya. Semoga ada kesempatan untuk kita jumpa lagi di Syawal 2025 pulak. InshaAllah.

Baiiiii.





Salam Ramadhan 1445H

  • 0
Assalamualaikum semua.

Harapnya masih belum terlambat untuk ucapkan Salam Ramadan dsn selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Pejam celik dah hari ke-8 pun puasa ni walaupun dengan terik mentari kat luar tu. Macam mana puasa korang setakat ni? Harapnya masih kuat ya.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, puasa tahun ni aku ambil pendekatan untuk bersahur berat sikit. Tahun sebelum-sebelum ni aku minum air kosong je waktu sahur sebab kalau makan berat sikit je nanti mesti melepek siang harinya sampai nak tunggu waktu berbuka tu. Memang dari aku kecik macam tu. Tak pasti pulak kenapa.

Jadi tahun ni aku cuba sahur dengan whey protein sebanyak 1.5 scoop seperti yang disarankan di belakang pek whey protein tersebut. Dengan pengambilan 1.5 scoop tu, aku akan dapat sebanyak 25g protein. Hasil pembacaan, katanya protein ni buat perut rasa kenyang lebih lama dan senang nak bakar lemak. Tapi tu lah kan memang nak kena jaga portion jugak dan tengok kita berbuka tu makannya apa je.

Alhamdulillah setakat ni memang sangat berkesan untuk buat perut aku rasa lebih full dan rasa lebih bertenaga sepanjang hari berpuasa bila aku minum protein waktu sahur. Dan rasanya baru sehari aku ter-missed tak minum protein waktu sahur. Jadi rasa kurang bertenaga pulak bila tak amek protein haritu.

Aku harap dapat istiqomah untuk minum protein sepanjang Ramadan tahun ni bagi membantu mencukupkan protein dalam badan aku yang macam sokmo kurang ni. Yang lain-lain aku cover dengan real food je lah. Pi bazar pun memilih oih makanan sebab taknak membazir dan supaya lebih jimat dan sihat.

Ok lah nanti kita jumpa lagi sebelum raya. Daaaa.

Selamat Hari Lahir ke-35, Hajar!

  • 0
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah harini bersamaan dengan 9hb Januari 2024, maka genaplah umur aku 35 tahun. Aku tak plan untuk cerita banyak dalam post kali ni. Cuma nak ucapkan terima kasih Allah untuk pertambahan umur yang beserta dengan segala nikmat Islam, sihat, keluarga, suami, kemudahan, ketenangan, dan semuanya yang aku miliki hari ini.

Terima kasih juga buat mak yang telah melahirkan aku dan juga abah yang telah sama-sama dengan mak membesarkan aku sehingga aku jadi seperti siapa aku sekarang. Terima kasih buat suami yang sudi menerima diri ini - kelebihan dan kekurangan. Terima kasih buat keluarga dan juga sahabat handai yang tak pernah lupa untuk wish dan kirimkan doa buat aku dan Adi.

Semoga Allah makbulkan doa korang semua dan semoga doa-doa tu berbalik jugak kat korang.

I love you all so much!


Selamat Tahun Baru 2024

  • 0
Assalamualaikum semua.

Walaupun harini dah masuk 3 haribulan Januari 2024, aku tetap nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2024. Akhirnya kan ada modal untuk buat entri blog bersarang ni. Nampak gaya macam setahun sekali je menulis dalam blog ni. Dah macam Hari Raya lah pulak kan setahun sekali.

Almaklumlah bihup semakin berumur ni, penyakit 'M' memang makin menguasai diri. Gitu je kan aku bagi alasan menyalahkan penyakit. Tapi memang bila keluar dengan kawan-kawan yang sebaya atau lebih kurang memang majoriti cakap benda yang sama. Rare sikit yang cakap pasal selain sakit 'M' tu.

Jadi, macam mana 3 hari pertama di tahun baru korang? Dah ada yang mula laksanakan azam tahun baru ke? Hujung tahun 2022 haritu aku bukan main banyak azam lagi nak achieve pada tahun 2023. Maklumlah masa tu tengah fasa nak pindah balik JB for good dari Singapore. Berkobar ya nak merealisasikan azam aku masa tu.

Sudahnya tahun 2023 aku suram gitu je lah azam-azam ala kazam. Macam semuanya terkubur. Satu run pun aku tak join. Padahal duduk Singapore agak aktif jugak hidup aku walaupun bekerja. Bila settle down balik JB memang menternak lemak je kat rumah. 

Tapi orang kata benda yang lepas jangan dikenang, tak gitu? Ni dah tahun 2024 boleh lah kot carry forward azam aku yang tak tercapai tu, kan? InshaAllah aku cuba.

Jadi, antara azam aku untuk tahun 2024 ni antaranya adalah menulis blog sekurang-kurangnya satu entri sebulan. Tak kisahlah cakap pasal topik apa pun, yang penting kena cuba buat 1 post every 1 month.

Dengan kewujudan post ni, maka terlaksanalah kuota minimum entri blog untuk bulan Januari aku. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada bulan Februari pulak ya. Atau mungkin pada hari-hari berikutnya pada bulan Januari ni. Siapa tahu, kan?

Nah video bunga api aku rakam malam tahun baru haritu dekat perkarangan rumah. Enjoy!


Quick Update

  • 0
Assalamualaikum semua. Hampir 2 tahun jugak ya aku tak menulis di blog ni. Padahal setiap tahun pun renew domain. Sayang woih - eleh macam lah ada orang lain nak rembat domain kau once it's available. Syok sendiri sangat but who knows, kan?

Jadi banyak lah benda yang berlaku sepanjang hampir 2 tahun ni - sedih ada, gembira ada, kecewa ada, bangga ada, dan macam-macam mixed feeling lah; you name it.

Btw, ni aku tergerak nak menulis jugak dekat blog ni sebab aku tengah actively reading through some blog posts regarding TTC. Fyi, aku dengan Adi, kitorg tengah dalam fasa TTC ni. Aku tak pasti Adi ada buat research ke tak, tapi aku ni sekarang, every now and then bila ada curiosity ke apa ke, laju je Google dan cari mana-mana blog yang ada post berkaitan masalah yang aku hadapi.

Seronok ya baca pengalaman orang nak TTC. Berkaca-kaca jugak aku bila melayan. Maklumlah hormon tengah tak stabil kan.

Tapi aku teringin jugak nak share pasal TTC journey aku sendiri kat blog ni. Kot lah ada orang boleh jadikan panduan ke kan. Tapi nanti lah bila rajin sikit. Bila semakin berumur ni, penyakit M ni betul-betul menguasai diri. Gila kuasa betul.

Okay lah, since tajuk aku pun "Quick Update", kan? Jadi sampai sini sahaja lah dulu penulisan blog aku pada kali ni. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. Harapnya bukan lagi 2 tahun lah ya? Mungkin masa tu excited update pasal anak ke, kan? InshaAllah.

Sampai jumpa lagi.

Sayang Semuanya

  • 1
Assalamualaikum korang! Alhamdulillah tak sia-sia aku tunggu hujung bulan baru buat entri baru ni. Hiks. Rupanya ada perkara seronok yang terjadi. Nak tau apa dia? Haa jom sambung baca.

Hari ni merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun dan secara rasminya merupakan hari cuti umum. Kawan UTM (Kolej Perdana/SCJ) iaitu Dayah dan mungkin beberapa orang yang lain berbincang beberapa hari atau beberapa minggu sebelumnya untuk buat perjumpaan online beramai-ramai.

Jadi, seperti yang dijanjikan, hari ni adalah harinya dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun tak ramai sangat, tapi it was fun! Kecoh gak sebab macam semua orang nak bercakap. Maklumlah lama tak jumpa dan tak bersosial.

Kitorang buat quick update tentang kehidupan masing-masing, pengalaman Fazz jadi Covid fighter, keluarga Che Nab pun sama jugak Covid fighter. Aku punya keluarga pun Covid fighter jugak cuma masa tak panjang sangat untuk  cerita. Sebab aku kenal diri sendiri - tak pandai nak menerangkan secara ringkas tentang apa-apa perkara pun. Kang jadi seminar 5 hari 4 malam pulak kalau bagi mic dekat aku. 😜

Lepas tu kitorang main BINGO dengan main teka lukisan. Ya Allah walaupun aku tak menang main BINGO tu tapi aku rasa aku hebatlah jugak menyusun nombor-nombor tu sebab sikit je lagi nak menang. Tapi main teka lukisan tu memang aku mengalah teruk lah. Tak tahu lah tangan aku ni kenapa keras sangat bila nak melukis. Kalau tak pandai main bola dipanggil kaki bangku, kalau yang tak pandai melukis ni dipanggil apa eh? Tangan bangku ke? Hahahaha.

Tapi nasib baik masa Round 3 aku dapat pilih untuk lukis benda yang aku boleh lukis - CLOUDS. I is bangga bila semua kawan-kawan dapat teka dengan betul. Hahahahahahahaha lagi.

Akhir sekali ada cabutan bertuah tajaan Che Nab. Alhamdulillah terima kasih, Nab! Yang ni aku memang redha dan tawakal sebab diri ini tidak pernah bertuah lagi-lagi kalau yang main cabut-cabut ni. 🤦‍♀️

Aku memang looking forward untuk online gathering yang seterusnya. Lepas ni nak cadangkan main tukar-tukar hadiah pulak sebab siapa yang tak suka dapat hadiah, kan? Hehe.

Terima kasih kawan-kawan untuk hari ni. Aku gembira dapat join dan aku gembira dapat bersama-sama dengan korang walaupun kejap. Semoga akan ada masa dan peluang akan datang untuk kita bersama-sama lagi ya.

Sayang Semuanya! 💕💕💕💕💕💕




Terbang Bersama

  • 0
Assalamualaikum semua. Apa khabar korang semua? Sihat? Malaysia punya kes Covid-19 sekarang semakin meningkat dari sehari ke sehari walaupun dah lebih sebulan ke dua bulan kuarantin. Nak keluar rumah pun takut sangat dengan wujud varian baru lagi kan. Walaupun aku dah selesai vaksin AZ dos pertama, tapi aku masih belum boleh suka-suka je nak keluar jalan ke sana ke sini sebab kita masih belum menang.

Dengan semakin banyak kes kematian disebabkan kes Covid-19 ni, aku turut berdukacita di atas pemergian sepupu sebelah mak aku, Muhamad Arsyad Kamarudin pada 23/07/2021 Jumaat yang lepas. Arwah meninggal sakit kanser limfoma yang sedaya upaya dilawannya sepanjang 2 tahun lebih jugak. Arwah meninggal pada usia yang agak muda kalau tak silap 25 atau 26 tahun dan meninggalkan seorang isteri yang sangat tabah menjaga arwah sepanjang hidupnya.

24/07/2021 tu harijadi isteri arwah dan diorang dah rancang nak sambut sama-sama tapi apakan daya, kita merancang, Allah pun ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Arwah Arsyad pergi menghadap Ilahi sehari sebelum harijadi isteri dia. Apa yang sedihnya, pada Sabtu 24/07/2021 tu, isteri arwah dapat satu kejutan daripada arwah suami dia.

Ada kek, satu belon dan kad ucapan yang sangat menyentuh hati. Arwah cakap terima kasih dan mintak maaf selama isteri dia jaga dia selama ni yang dia rasa menyusahkan isteri dia. Dan dekat belon tu tertulis; "Selamat Hari Lahir Sayang Ku - TERBANG BERSAMA".

Ish aku pulak yang sebak bila menaip ni. Sedihnya bila kita kehilangan orang yang paling dekat dan paling kita sayang. Dia macam dah tau pulak tu dia dah nak pergi. Allahuakbar.

Aku doakan semoga isteri Arsyad, Lin, tabah dengan ujian yang Allah beri ni. Semoga Allah balas segala jasa Lin selama arwah Arsyad hidup. Memang takde orang lain yang boleh jaga arwah sebaik Lin jaga.

Selamat berehat, Arsyad. Aku mohon semoga Allah ampunkan segala dosa kau dan semoga roh kau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.


Sulit dan Sabar

  • 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita di penghujung bulan seperti biasa. MashaAllah setiap bulan pun membawa penyakit malas rupanya. Bukanlah takde masa pun awal-awal bulan haritu. Sengaja kan aku lambat-lambatkan dan melayan kemalasan diri nak menulis kat sini.

Apa yang aku perasan, bila guna tajuk yang agak universal sikit, view kat entri aku jadi banyak. Sampai ribu! Entah dari mana agaknya pembaca-pembaca ni datang dan masih ada ke yang betul-betul layan blog lagi sekarang ni? Sebab aku pun sebulan sekali je layan blog ni. Masa dan hari yang lain aku sibuk dengan Twitter lah, Facebook lah, Instagram lah.

Untuk umur aku sekarang, aku rasa lebih selesa dengan Twitter sebab mudah sangat aku nk ikuti perkembangan semasa kat situ, terutama pasal betapa gagalnya pemimpin Malaysia sekarang ni. Jadi sedih bila difikirkan.

Alhamdulillah aku berasa sangat bersyukur sangat sebab aku tak mengalami apa-apa kesulitan sangat buat masa ni tapi aku tumpang bersedih untuk mereka-mereka yang sama ada secara langsung atau tidak yang menghadapi kesulitan di saat total lockdown yang tak berapa total ni.

Aku harap, siapa pun korang yang tersinggah dekat blog aku ni dan terbaca entri aku ni, kalau korang antara mereka yang dihimpit kesusahan, tinggalkan komen dan aku akan cuba bantu mana yang termampu.

InshaAllah kita semua sama-sama kuat, okey? Semoga pemimpin-pemimpin yang zalim diberi hidayah oleh Allah agar mereka berubah dan bertaubat dan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Atau semoga Allah gantikan mereka dengan pemimpin baru yang lebih bertanggungjawab.

Amin.

PKP 3.0

  • 0
Assalamualaikum dan salam sejahtera, semua! Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam yang menyambutnya pada tahun ni. Amboi lambat betul aku wish kan? Okey lah tu janji wish jugak. Kononnya masa bulan lepas ingat boleh buat 2 entri bulan Mei ni sebab banyak peristiwa-peristiwa yang penting; tapi sudahnya dah nak masuk Jun esok baru aku terkial-kial nak buat 1 entri bulan Mei ni. Alahai.

Tapi takpe lah kan yang penting konsisten sebulan 1 entri. InshaAllah okey lah ni.

Btw, esok bersamaan dengan 1 Jun 2021 bermulanya PKP 3.0 untuk Malaysia. Ye lah mana taknya dengan kes yang semakin bertambah dari sehari ke sehari dan dengan kehadiran varian baru virus Covid-19 daripada negara luar, makin parah dibuatnya.

Alhamdulillah haritu dapat daftar untuk dos pertama vaksid Covid (AstraZeneca-AZ) dan inshaAllah kalau takde aral melintang, dapatlah aku dos pertama vaksin pada 1 Julai 2021 nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

Sedih sebenarnya sebab ramai sangat geng-geng anti-vaksin yang gigih menyebarkan dakyah anti-vaksin diorang tu. Jiran aku salah sorang daripanya. Diorang ni memang kuat guna agama; sunnah, Nabi Muhammad, Allah, dan sebagainya. Diorang cakap Covid-19 ni propaganda dunia dan orang-orang kafir dah rancang. Jadi kita ni jangan ikut tunduk dan follow the flow je dalam menjayakan rancangan diorang ni.

Pelik, kan?

Cara diorang fikir tu macam tak percaya kewujudan Allah pulak. Ye lah lagi-lagi yang Islam ni, kan ke "kun fayakun", kalau Allah kata jadi, maka jadilah ia. Semua benda dalam dunia ni jadi, dengan izin Allah. Bagi pi lah propaganda terancang hebat macam mana pun, perkara yang berlaku tanpa rancangan langsung pun boleh jadi nyata kalau Allah izinkan.

Tapi tu lah, siapalah aku untuk berdebat dan berhujah dengan depa yang rajin "mengkaji" dan "ambil tahu" tentang sesuatu perkara tu. Ikut hangpa lah. Hidu lah cengkih hangpa tu. Nak gigih, kunyah, telan terus cengkih tu pun ikut hangpa lah.

Aku cuma sangat berharap dengan inisiatif kerajaan ambil langkah PKP 3.0 kali ni akan menjadikan kes positif Covid-19 di Malaysia berkurang dengan drastik dan terhapus terus. InshaAllah. Amin.

FIghting, Hajar!

  • 0
Assalamualaikum dan hai semua. Bertemu kembali di post yang tergesa-gesa ni sebab nak cepat menaip sebelum masuk bulan Mei. Dasar last-minute person aku ni.

Baru lepas bersenam dan Alhamdulillah buat masa ni aku belum tertinggal satu hari tanpa bersenam, walaupun cuma kumpul langkah je. Sebelum ni aku selalu ikut video daripada Youtube je tapi sekarang aku lari dalam rumah sambil layan Netflix. Nampak lebih seronok dan mudah sebab boleh buat 2 benda dalam satu masa kan.

Tapi kita tengok lama mana aku nak buat macam tu sampai aku dah bosan dan cari cara lain untuk teruskan bersenam. Misi utama aku tentulah nak turunkan berat badan dan hilangkan lemak-lemak badan ni, tapi yang lebih penting, aku harap bersenam ni jadi rutin harian aku sampai aku mati.

Aku taknak bazir masa dengan jadi malas sepanjang hari. Paling kurang 30 minit je aku perlukan sehari untuk bersenam. Malas tu kadang datang jugak tapi aku kuatkan semangat jugak.

Lagilah bila tengok result dekat penimbang ada pengurangan, pakai baju pun dah tak macam sarung nangka. Aku jadi lebih bersemangat walaupun aku masih enjoy makan semua benda yang aku nak makan. Aku sejenis susah sikit nak kata TIDAK pada makanan.

Takpe, biar lambat asal selamat. Buat masa ni Alhamdulillah tak jumpa dah angka 7 kat depan nombor penimbang tu. Aku nak cari angka 5 pulak kat depan noombor penimbang tu.

Semoga aku terus istiqomah. InshaAllah.

Semakin Payah

  • 0
Hari ni dah hari terakhir bulan Mac? Ya Allah sekejap nya masa berlalu. Baru sedar yang aku belum buat apa-apa entri pun bulan Mac ni. Haishh.

Punyalah payah nak konsisten menulis rupanya. Padahal aku set sebulan sekali je kot. Bukan sebulan 2,3,4,10 kali. Nak istiqomah kutip sampai 10000 langkah sehari selama sebulan lebih mudah daripada nak istiqomah menulis satu entri sebulan rupanya. Haha.

Nasib baik hari ni ingat nak menulis jugak kat sini. Kalau tak, dah buruk blog terlepas sebulan. Agituu.

Bulan ni apa je eh yang terjadi? Tak berapa ingat sangat yang jadi tapi antaranya aku dapat pergi Legoland buat pertama kali dengan Kak Ecah dan keluarga. Seronok tapi agak penat sebab dengan budak-budak kan.

Lepas tu antara benda lain yang aku ingat, Uncle sakit buah pinggang dan kena buat dialisis. Jadi, kena pasang tapak walaupun tak pasti lagi nak buat treatment yang mana satu; darah atau air. Darah mahal dan air murah tapi sangat lah leceh.

Aku tak masuk campur sangat dengan pemilihan dia. Aku cuma tolong selesaikan urusan mohon bantuan baitulmal dan JKM je. Alhamdulillah proses sangat mudah dan dah diluluskan pun. Tinggal nak set appoinment untuk pasang tapak je. Yang ni nanti aku cuba ceritakan dalam entri lain yang khas; kalau rajin.

Hehe okey lah. Aku nak buat entri kat blog lagi satu pulak. Ini lah akibat bertangguh kerja. Selalu jadi pun tak belajar dari pengalaman. Dasar!

Selamat menyambut bulan April esok!

Hadiah Hari Jadi

  • 0
Rupanya Januari dah buat entri pasal emosi. Ingatkan Februari ni boleh lah buat entri yang tak beremosi namun gagal sebab dah separuh Februari ni beremosi. Aku rasa selesa bila buat entri peribadi dekat blog aku ni. Hmm patut tak aku private kan blog aku ni eh? Biar jadi diari peribadi aku sendiri.

Aku jarang rasa istimewa terutama bila tiba hari lahir aku sebab aku bukan dilahirkan daripada keluarga yang biasa sambut hari lahir ni. Apa lagi terima hadiah. Jadi, aku tak kisah pun bila tiap kali hari jadi aku tak dapat apa-apa hadiah. Ada ucapan pun aku suka, takde ucapan pun aku okay je.

Tapi bila aku dapat hadiah hari jadi dan disebabkan oleh hadiah tu buat aku jadi sedih, aku rasa aku benci dapat hadiah hari jadi. Tak salah kan kalau benci benda-benda macam ni? Bukan apa. Aku benci bila hari jadi aku jadi punca aku bersedih padahal hari jadi aku kot. Aku patut rasa gembira dan bersyukur sebab mak aku lahirkan aku pada hari tersebut.

Eh entahlah. Bila fikir-fikir balik memang aku menyesal aku rasa gembira bila aku dapat hadiah yang aku tahu pemberi tu pun tak ikhlas bagi aku, malah seperti menyalahkan aku sebab aku dapat hadiah tu?

Pelik kan? Aku memang rasa pelik lah. Sampai hari ni aku tertanya-tanya diri sendiri dan cuba cari jawapan dekat mana salah.

Sebab aku dapat hadiah hari jadi?

Sebab aku terima hadiah hari jadi?

Sebab aku ucap terima kasih untuk hadiah hari jadi yang aku terima?

Sebab.. sebab.. sebab.....

Aku buntu sebab apa.

Takpe lah. Aku cuma perlukan masa untuk pujuk hati sendiri. InshaAllah masanya akan tiba. Sementara tu, sod ba ro.

Cuba

  • 0
Sekali message cakap tunggu turn main FIFA dengan kawan-kawan. Sekali lagi message cakap tengah main Instagram sementara tunggu turn main FIFA dengan kawan-kawan. Sekali lagi kemudian message cakap dah sampai turn untuk main FIFA dengan kawan-kawan. Sekali kemudiannya message cakap dah nak tidur sebab esok nak bangun awal pergi hiking dengan kawan-kawan.

What does that act make me feel?

Jarang atau dah lama sangat aku rasa aku tak buat post emosi peribadi ni. Lagi-lagi waktu-waktu macam ni. Aku cuba elak perasaan-perasaan macam ni. Aku sorang kot. Sakit bila kena tanggung sendiri. Mana ada kawan-kawan seh.

Mana ada siapa-siapa.

Cubalah faham. Cubalah beremosi sikit. Cubalah wujudkan common sense. Cubalah bersimpati. Cubalah berempati.

Cubalah.

Vacuum Midea

  • 1
Rupanya dekat sini pun aku tak buat apa-apa entri untuk November. Cis, dasar! Padahal rasa macam dah buat untuk kedua-dua Wordpress dan Blogger tapi bila harini nak cuba buat entri baru sebelum bulan Disember ni tamat, baru tau yang aku tak buat pun. 😅

Takpe lah benda yang dah lepas usahlah dikenang, tak gitu? Huu.

Apa yang aku nak kongsi kat entri kali ni eh? Oh aku baru beli vacuum cleaner jenama Midea haritu kat Shopee lepas terpengaruh dengan orang ramai yang share kebaikan vacuum Midea tu. Selama ni pernah je ada keinginan nak ada vacuum. Tapi berfikir-fikir nak beli sebab harga mahal dan aku pun bukannya rajin mengemas.

Tapi bila orang bagitau yang harga vacuum Midea tu tak sampai RM100, aku pun macam berminat lah. Walau masih berkira-kira, aku beli jugak masa Sale Shopee 11.11 haritu.

Alhamdulillah, aku rasa sangatlah berbaloi beli vacuum ni dan rasa macam kenapalah aku tak beli dari mula-mula duduk kat RIM dulu. Punyalah mudah kerja aku bila guna vacuum ni. Sebab kat rumah aku ni dengan habuk, dengan rambut gugur; punyalah payah kalau nak menyapu. Tapi guna vacuum ni terus mudah kerja rumah. Sekali dia sedut tu settle semua masalah aku. 

Mungkin lepas ni rambut pun akan kurang gugur sebab tak stress sangat mengemas rumah? Ah gitu kan aku punya exaggerate padahal megemas seminggu sekali pun payah. Hiks.

Suction dia kuat gila. Vacuum ni ada wayar tau. Aku sengaja beli yang ada wayar ni sebab rata-rata orang yang pernah beli vacuum sama ada yang berwayar atau tidak, diorang kata yang takde wayar tu suction tak power sangat dan cepat panas dan cepat habis bateri. Tapi wayar vacuum ni agak panjang. Nak lagi bagus, beli wire extension jadi boleh tambah kepanjangan wayar vacuum tu. Hassle-free.

Tapi untuk sesiapa yang terbaca post aku ni dan masih belum ada vacuum dan masih berkira-kira untuk invest sedikit duit untuk beli vacuum, korang patut buang perasaan berkira-kira tu. Belilah dan berbahagialah.

Okay nak pi vacuum baiiii!

Salam Maulidur Rasul 1442H

  • 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Apa khabar? Semoga korang baik-baik dan sihat-sihat hendaknya. Salam Maulidur Rasul 1442H.

Source: https://theinspirasi.my/pantun-dan-ucapan-salam-maulidur-rasul/

Sekejap je dah penghujung bulan Oktober tahun 2020 ni. Lepas tu November, Disember, dan Januari dah masuk tahun 2021.

Tahun 2020 ni betul-betul mencabar semua orang, kan? Rakyat biasa yang kaya, miskin, artis, atlet, politik, agamawan, doktor, jururawat, askar, polis - semua lah.

Paling menyedihkan untuk aku tahun 2020 ni ialah tanggal 16hb Oktober 2020 bersamaan dengan hari Jumaat, pakcik yang aku sayang telah kembali kepada sang Pencipta. Alhamdulillah Ayahdin meninggal waktu tengah tidur. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan semoga dia diletakkan bersama-sama dengan orang yang beriman.

Yang pergi dah selesai tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah ni. Kita yang masih hidup ni masih perlu teruskan kehidupan dan jalankan tanggungjawab yang kita ada.

Doa aku untuk hari ini,

"Ya Allah, semoga wabak Covid-19 ni berakhir dengan cepat dan semoga semua yang sakit kembali pulih, semua yang susah kembali mudah, semua yang miskin dicukupkan, dan semoga pemimpin-pemimpin dunia kembali menjadi adil dan saksama."

Jaga diri, semua.

Kasut Sukan

  • 0
Hi, semua. Harini aku tengah ada inspirasi sikit untuk tulis blog. Biasalah bila tengah ada satu-satu masalah tu, benda tulah yang biasanya akan jadi inspirasi utama untuk menulis, kan?

Berapa lama sepatutnya kita guna sepasang kasut sukan, eh? Macam aku ada sepasang kasut sukan ni jenama Asics (model mana aku tak pasti dan aku tak rasa rajin nak check 😝). Kasut ni kalau tak silap aku beli masa awal-awal kahwin dulu sekitar tahun 2015 atau 2016 lah kot? Aku beli sebab kasut sukan Skechers yang bekas pakwe belikan hilang kena curi 😭.

Kasut Asics ni takde lah sedap mana tapi sebab masa tu Adi macam suruh jugak aku cuba pakai Asics (sebab dia ada pengalaman besttt gila pakai Asics dia). Jadi aku pun pakai lah; orang belanja kan. Hiks.

Basically aku selalu pakai buat lari sikit-sikit, Fun Run, Half Marathon, buat main dalam gym, buat circuit training sikit, dan yang sama waktu dengannya. Memandangkan ia adalah satu-satunya kasut sukan aku, jadi aku akan ke mana-mana guna kasut Asics ni lah. Tapi memang selalunya untuk aktiviti riadah.

Lepas tu dalam tahun lepas kalau tak silap Adi belanja kasut sukan baru. Yayyyy 🙌. Pertama kali ada kasut semahal itu. Tak sampai ribu riban lah tapi mahal lah untuk aku. Kasut Brooks, kononnya masa tu nak pakai kasut sedap sikit sebab nak lari Half Marathon kalau tak silap untuk Standard Chartered.

Tapi kita merancang, Allah pun ada perancangan-Nya jugak. Tahun 2020 bermula dengan sangat menyedihkan (pandemik Covid-19). Jadi semua run dibatalkan termasuklah Standard Chartered yang baru pertama kali aku nak join tu. Sobsss.

Dipendekkan cerita, kasut Asics aku jadi kasut sukan indoor je, pakai dalam rumah. Aku menari ke, buat HIIT ke, power walking ke, aku pakai je Asics ni. Sebab Brooks jadi kasut kat luar.

Sejak kebelakangan ni aku mula bersenam semula kat rumah. Bila pakai Asics ni rasa macam stiff gila. Tak sedap dah lah. Ngendeng-ngendeng kat Adi nak beli kasut training baru lah. Well, he is very supportive as ever, bagi lampu hijau je nak cari kasut baru.

Tapi tu lah, berkira-kira nak beli yang baru sebab tak tau nak kasut apa. Aku nak Skechers tapi tak tau specific model yang mana aku nak yang sesuai untuk workout training. Haritu jalan-jalan kat Skechers kat dalam Big Box Sunway Iskandar tu sorang-sorang, belek punya belek, keluar masuk kedai Skechers tu, last-last balik tangan kosong. Soooo me.

Gitu lah aku kalau membeli belah 😂.

Tapi dua tiga hari ni aku perasan kasut Asics ni memang dah teruk sangat rupanya. Dengan tapak dah haus, pad belakang kaki tu dah melorot, tapak dah nak tercabut weh! Tengoklah ni:




Agak-agak kalau aku gam gajah je, ok tak? Huu. Takpe lah aku tunggu lagi nanti tengok macam mana. Kalau bertambah teruk, aku bawak je lah kasut Brooks tu masuk dalam rumah, selesai masalah, tak gitu?

Ok lah. Masa untuk makan tengah hari.

Lemak di Hati

  • 0
Menangis boleh hilang lemak tak eh? Kan bagus kalau boleh. Mesti dah kurus melidi dah aku.

Dah lama tak menulis bila tengah emosi. Tak ingat bila kali terakhir menulis bila tengah emosi macam hari ni. 

Terasanya hati. Sayu betul rasa. Sorang. Kosong.

Hmmm

Bertabahlah wahai hati.