Salam Ramadhan 1445H

  • 0
Assalamualaikum semua.

Harapnya masih belum terlambat untuk ucapkan Salam Ramadan dsn selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Pejam celik dah hari ke-8 pun puasa ni walaupun dengan terik mentari kat luar tu. Macam mana puasa korang setakat ni? Harapnya masih kuat ya.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, puasa tahun ni aku ambil pendekatan untuk bersahur berat sikit. Tahun sebelum-sebelum ni aku minum air kosong je waktu sahur sebab kalau makan berat sikit je nanti mesti melepek siang harinya sampai nak tunggu waktu berbuka tu. Memang dari aku kecik macam tu. Tak pasti pulak kenapa.

Jadi tahun ni aku cuba sahur dengan whey protein sebanyak 1.5 scoop seperti yang disarankan di belakang pek whey protein tersebut. Dengan pengambilan 1.5 scoop tu, aku akan dapat sebanyak 25g protein. Hasil pembacaan, katanya protein ni buat perut rasa kenyang lebih lama dan senang nak bakar lemak. Tapi tu lah kan memang nak kena jaga portion jugak dan tengok kita berbuka tu makannya apa je.

Alhamdulillah setakat ni memang sangat berkesan untuk buat perut aku rasa lebih full dan rasa lebih bertenaga sepanjang hari berpuasa bila aku minum protein waktu sahur. Dan rasanya baru sehari aku ter-missed tak minum protein waktu sahur. Jadi rasa kurang bertenaga pulak bila tak amek protein haritu.

Aku harap dapat istiqomah untuk minum protein sepanjang Ramadan tahun ni bagi membantu mencukupkan protein dalam badan aku yang macam sokmo kurang ni. Yang lain-lain aku cover dengan real food je lah. Pi bazar pun memilih oih makanan sebab taknak membazir dan supaya lebih jimat dan sihat.

Ok lah nanti kita jumpa lagi sebelum raya. Daaaa.

No comments: