Hajar Aswad

Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.


About Me

About Me

tak GEMOK sgt. tak KURUS sgt. SEDANG2 sje. cintakan KELABU. sayangkan TOM YAM. rindukan CHOCOLATE. kasihkan JAM. SIMPLE? well,ya la! sgt2. kuat MENYANYAH tah ape2. love MUSICS! tatau ngape. pencinta yg SETIA. =) Read More

FEEDJIT Live Traffic Feed

Twitter

My Blog List

Cbox

Advertlets

Nuffnang

Followers

    |   5:15 AM    |   2 Komentar

Hai. Sje je cube post gune fon. Cmbest je. Huhu. Dari td aku dok buang masa. Entah bile la kje aku nk siap. Ukeh la. Sampai nanti. =) Read More
    |   2:10 AM    |   0 Komentar

This frame was blocked because it contains some insecure content.

neh adalah post khas untuk kawan-kawan utm.

eh, korang gune browser ape ye? korang penah cube bukak e-learning guna google chrome tak? dapat bukak tak? mula-mula tuh memang dapat. tapi, lepas tuh dia kua page merah dan sepotong ayat begini - "This frame was blocked because it contains some insecure content.", kan?


ha. so, aku pon bukak e-learning guna mozilla. cume leceh sikit la.

tapi, sejak kebelakangan neh, mozilla aku tak bulih bukak la e-learning tuh. aku tatau ape masalahnye. so, aku bukak guna browser maxthon. nasib baik bulih. cume, aku tak suka sangat browser maxthon tuh.

jadi, aku mengambil keputusan untuk cari tau gak cmne nak bagi e-learning bulih bukak guna google chrome aku. well, jalan penyelesaian yang biasa aku gunakan - Google and googled la.

so, aku jumpe neh.

tapi, dia suruh unchecked, kan? bila aku g kat situ, memang dia da unchecked. so, aku pon mengambil risiko untuk tick je and check the box. lepas tuh aku berjaya menggunakan e-learning dengan jayanya. hehe.

aku teruja. korang pulak? aku harap korang ada la sedikit rasa teruja dalam diri. kalau tade, maknanya korang gila.

so, meh aku tunjuk caranya. sila klik pada gambar untuk lebih jelas.

klik pada Customize and control Google Chrome.

klik pula pada Options.

di bawah tab Under the Hood, click pada Change proxy settings.

kemudian, pilih LAN settings.

sila klik pada kedua-dua check-box dan terakhir, klik Ok.

senang je, kan? cube la buat. kalau tak bulih gak, aku tatau la nape. tapi yang pasti, aku da cuba dan aku sudah berjaya. korang bila lagi? well, selamat mencuba dan semoga berjaya! =)

tengok la aku da bulih guna mcm biasa kat Google Chrome. =0

Read More
    |   1:10 AM    |   1 Komentar

cicak the stalker. i'm going to talk about the greatest one, ukeh?

harap maaf. post kali neh agak censored! maksud aku, gambar bawah neh amat censored. *toot-toot-toot*


bosan la guna center. macam tak matang je. lebih baik justify ke, left ke, right ke - selain dari center la. contohnye seperti neh. nampak matang tak? hope so. anyway, macam tajuk kat atas. korang penah jumpe cicak the stalker tak? ha. mesti tak penah kan? antara keistimewaan dan kelebihan yang aku ade ialah, ade yang stalk aku lately. and they were cicak. not only cicak. but cicaks. yes. more than one.

tak habes lagi dengan kisah cicak jadi superman. mereka sungguh tidak serik-serik. mengganggu aku tiap masa dan ketika. ape yang best sangat la agaknye mengacau aku, eh? ape je yang aku buat kat mereka sampai mereka jatuh cinta kepada aku? hoho. ayat nak skema spm 2008.

but seriously; they annoyed me so very damn much much. bengang weh. da la aku geli cicak. anti-cicak. benci cicak. takut cicak. ape lagi? semua yang negatif la. semuanya mesti terhadap cicak. da la badan tade bulu. tak malu. geli aku euw.

da la. korang tak rasa bosan ke aku asek cite dan ngadu pasal cicak je kat blog neh? huhu. aku sendiri pon bosan. cume, aku sangat berharap dan mengimpikan yang aku dapat hidup di satu tempat yang tade sekor cicak pon di tempat tuh. bahagia tak terkata rasanya. bukan rasanya. memang pasti.

so, lama da jugak mendiamkan diri. i have filled in semua ruang kosong dalam hidup aku, insyaAllah. you know. when you have troubles and there is always someone who you could share with, you'll feel so grateful. yes, aku rasa grateful sangat. sebab aku punya kawan-kawan yang tak penah bosan nasihat aku, bagi aku semangat, bagi aku kuat, buat aku gelak. all those incredible stuff.

gaduh ke, salah faham ke, tak puas hati ke, merajuk ke, semua tuh seakan satu lumrah yang kita semua akan alami. semualajadi. baru la ada life - nikmat. cume, ye la. how to handle it to kita tatau kadang-kadang.

ape yang dapat aku pelajari, CONTROL yourself. perkara pertama sekali is always that. pengawalan sangat penting dalam diri demi menjaga hubungan. tak kesa la sesama keluarga, kawan, kekasih, guru, sape-sape la. bila kita mampu mengawal diri kita, insyaAllah, good things will appear and bad things will disappear. tak caye? cube la.

sebagai seorang Islam, mungkin kita dapat mengawal dengan:
  • banyakkan istighfar.
  • mengucap dua kalimah syahadah.
  • baca doa penerang hati.
  • baca al-quran.
  • mengambil wudhu'.
  • banyakkan bersabar.
  • berfikiran positif.
tuh pada pendapat aku la. dan aku da cuba. sangat berkesan. tatau la tahap keberkesanannya kepada korang. lain orang kan lain, kan? ape-ape pon, tak salah mencuba. benda baik pun. =) antara cara lain, mungkin korang bulih nges sepuas hati. ye la, instead of terus marah-marah, merapu tak tentu pasal, yang negatif-negatif la. korang sure takkan rasa puas. bertambah sakit hati lagi ada. cume, bukan semua perkara kita mampu kawal. kitakan cuma manusia biasa yang ada tahap kesabaran, dan akan terus diduga dengan pelbagai rintangan dan cabaran. tiada manusia yang sempurna. termasuklah aku ye. so, in that case, takpe. lepaskan je. tapi biarlah kena pada tempatnya. jangan terlalu mendesak diri untuk bertindak terburu-buru. ingat Allah sebelum buat ape-ape pon. insyaAllah, everything will be alright. so, in a nutshell; we have to always control ourselves - our anger, our mind, our action, our decision, our words. semua tuh la. and lastly, never regret things. fuh. bad week, bad day. assignment banyak melampau-lampau. tym nak dekat-dekat study week neh la nak wujud. aku rasa nak cadangkan la. ade 3 big weeks.
  1. study week.
  2. project week.
  3. exam week.
sebabnya, project week selalu curik masa study week. kejam kan? ukeh la. sampai sini je dulu. nanti aku nak share something kat post selepas neh. =) p/s : hidung bau tomyam yang mak masak je. ilham kena demam campak. padahal aku da risau gila. nak balik. tapi keje banyak. tapi nak balik. nak balik jugak! =(
Read More
    |   8:43 AM    |   2 Komentar

kata-kata yang indah-indah belaka.

Syaikh Ibnu Athaillah mengatakan: "Bukanlah sahabatmu, kecuali orang rela bersahabat denganmu sedangkan dia telah mengetahui celamu. Dan tidaklah yang demikian itu (engkau dapati di kalangan manusia) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik teman yang engkau pergauli adalah orang yang memperhatikan kepentinganmu, bukan kerana sesuatu kepentingan yang diharapkannya daripadamu untuk dirinya."

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

bila lelaki memiliki wanita, bukanlah untuk mencuri kehormatannya daripada kesempatan yang ada tapi untuk mempertahankan dan melindungi kehormatan tersebut daripada bisikan syaitan yg terus mnyesatkan buah fikiran manusia..

Read More
    |   12:06 AM    |   1 Komentar

Salam Maulidur Rasul.



Tidak pernah walau sekali pun aku menatap wajah Rasulullah. Tidak pernah sekali pun aku mendegar suara baginda. Tapi, entah kenapa, saat membaca artikel ini aku merasa menggigil seluruh badan. Hati terasa sebak sehingga air mengalir keluar dari mata.

Aku menangis mengenangkan kisah di saat Rasulullah wafat - baginda tetap memikirkan tentang umat baginda yang entah apa nasib setelah pemergian baginda. Padahal baginda tidak pernah melihat setiap daripada kita. Namun Rasululluh tegar berjuang untuk kita, umatnya.

Pernahkan kita menghargai pengorbanan Rasulullah untuk kita? Pernahkan kita ikuti segala kebaikan yang pernah baginda lakukan sepanjang hidupnya? Pernahkah kita rasa bersyukur dan berterima kasih di atas segala yang telah baginda lakukan untuk kita?

Rasa sakit di saat malaikat Izrail datang mengambil nyawa itu sangat mengerikan. Rasulullah sendiri mengakui kehebatan rasa sakit ketika nyawanya diambil pergi. Tetapi, kerana kasihnya baginda, sayangnya baginda kepada umatnya, dimintanya rasa sakit yang sepatutnya kita rasa, dikurangkan, dan ditambah kepadanya. Tidak cukup besarkah pengorbanan baginda, teman?

Tiba-tiba, aku jadi rindu. Rindu kepada Rasulullah. Entah kenapa aku pun tak pasti.

Marilah bersama-sama kita menghayati pengorbanan Rasulullah, dan bersama-sama juga kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.




Read More