Terbang Bersama

  • 0
Assalamualaikum semua. Apa khabar korang semua? Sihat? Malaysia punya kes Covid-19 sekarang semakin meningkat dari sehari ke sehari walaupun dah lebih sebulan ke dua bulan kuarantin. Nak keluar rumah pun takut sangat dengan wujud varian baru lagi kan. Walaupun aku dah selesai vaksin AZ dos pertama, tapi aku masih belum boleh suka-suka je nak keluar jalan ke sana ke sini sebab kita masih belum menang.

Dengan semakin banyak kes kematian disebabkan kes Covid-19 ni, aku turut berdukacita di atas pemergian sepupu sebelah mak aku, Muhamad Arsyad Kamarudin pada 23/07/2021 Jumaat yang lepas. Arwah meninggal sakit kanser limfoma yang sedaya upaya dilawannya sepanjang 2 tahun lebih jugak. Arwah meninggal pada usia yang agak muda kalau tak silap 25 atau 26 tahun dan meninggalkan seorang isteri yang sangat tabah menjaga arwah sepanjang hidupnya.

24/07/2021 tu harijadi isteri arwah dan diorang dah rancang nak sambut sama-sama tapi apakan daya, kita merancang, Allah pun ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Arwah Arsyad pergi menghadap Ilahi sehari sebelum harijadi isteri dia. Apa yang sedihnya, pada Sabtu 24/07/2021 tu, isteri arwah dapat satu kejutan daripada arwah suami dia.

Ada kek, satu belon dan kad ucapan yang sangat menyentuh hati. Arwah cakap terima kasih dan mintak maaf selama isteri dia jaga dia selama ni yang dia rasa menyusahkan isteri dia. Dan dekat belon tu tertulis; "Selamat Hari Lahir Sayang Ku - TERBANG BERSAMA".

Ish aku pulak yang sebak bila menaip ni. Sedihnya bila kita kehilangan orang yang paling dekat dan paling kita sayang. Dia macam dah tau pulak tu dia dah nak pergi. Allahuakbar.

Aku doakan semoga isteri Arsyad, Lin, tabah dengan ujian yang Allah beri ni. Semoga Allah balas segala jasa Lin selama arwah Arsyad hidup. Memang takde orang lain yang boleh jaga arwah sebaik Lin jaga.

Selamat berehat, Arsyad. Aku mohon semoga Allah ampunkan segala dosa kau dan semoga roh kau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.


No comments: