Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

download movies

  • 0
ever since i know how to download movie from a website with super great quality videos, i become obsess every now and then. whenever i get into the website, terus tangan ringan tekan download and normally those latest (2014/2015/2016) movies. 3 tahun kebelakangan je beb yang aku pilih.

amacam? ada sama macam pilih paper/journal untuk buat thesis tak? hewhew

memandangkan suami aku akan bercuti selama kurang lebih 2 bulan ni, aku membuat pecutan lebih laju dari usain bolt mendownload cerita-cerita yang 'nampak best' so that i can watch them with my husband. movie marathon in mind.

long story short; NEVER download just any movies. again, NEVER.

because they will kill you. it will kills you.

and why?

bosan gila! jalan cerita lambat, plot cerita entah apa-apa ntah, semua nampak tak kena, tak logik, effect tak power, hero macam ada dan takde, dan lain-lain lagi yang aku tak sanggup nak share sebab aku tak sanggup pun layankan movie-movie bosan tu sampai habis.

boredom kills.

in a nutshell, if you want to enjoy spending time with your lover, or friends, or family, or even yourself, plus with the will of movie marathon pulak tu, TOLONGLAH download cerita-cerita yang keluar wayang Malaysia ni. tak pun, cerita-cerita yang pelakon-pelakonnya kau kenal. tak pun, cerita-cerita yang orang share atau kecohkan dekat media sosial; fb, twitter, instagram, dan yang sama waktu dengannya.

ok tu je moral of the story nye.

nak sambung tengok movie lain malam ni. hopefully tak membunuh masa aku dan suami ler. hew

i'm married at 25 :)

  • 0
alhamdulillah. i am now married to my beloved husband. kami selamat diijabkabulkan pada 6 disember 2014 iaitu pada hari sabtu di rumah atuk aku di kg melayu majidee. manakala belah suami aku berlangsung pada 31 januari 2015 di dewan rjcc. taknak cite panjang2 sebab proses kejadian tu terlalu berharga sampai tak reti aku nak huraikan. cewah.

takpe. meh aku share sikit gambar sepanjang majlis.

















banyak lagi gambar tapi yang lain, aku simpan sendiri lah ye.. doakan semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga.. insyaAllah.. amin.

p/s: photographer yang telah bersusah payah melayan kerenah kami: Mujib (Nuansapictures) dan Wan P (Flava Pictures).

kawen tuh nampak mcm best; nampak mcm tak best. eh. best ke tak eh kawen?

  • 6
gedik je tajuk, tak gitu? hoho. semalam was my first time jenjalan g out of johor dengan syaza dan ejat menaiki kereta. wohoho. dari johor bahru ke negeri sembilan dan dari negeri sembilan ke johor bahru. non-stop woo. siapa yang perlukan khidmat kami, bulih la - dengan bayaran yang tak mahal, cume RM500 je setiap sorang untuk jalan sehala. murah je, tak gitu?

huhu.

so, sepupu syaza yang kawen semalam. umur dia kalau tak silap da 24 tahun. 'da' macam da tua sangat je. haha. takpe la. bagi aku, kalau da kawen, da cukup tua la tuh. dia belajar lagi. degree sama macam aku. cume dia da final year. biggest senior woo. alhamdulillah, rezeki final year kot. dapat suami sorang. nanti kalau buat master, final year lagi, dapat sorang suami lagi, kan? eh, tidak. takkan la. sukati aku je. kalau gitu, aku nak sambung belajar selalu sebab bulih ganti-ganti suami baru. haha.

anyway, sepupu syaza - she looks gorgeous. macam aku. tak gurau je. takkan la? tapi seriously, memang gorgeous la. dengan bertemakan warna putih dan pink. memang smart. lebih cool daripada biasa! pengantinnya comel je. pengantin lelaki dan perempuan. dua-dua comel. berseri-seri muka org kawen neh. nak-nak lagi yang perempuan. cantik. syaza ckp, sebab dia bukan jenis pakai-pakai make-up. biasa lebih natural je. tuh pasal bila solek tym kawen berseri lain mcm kot.

ah. ckp pasal make-up, ape hukum make-up ataupun berhias neh ye? kalau tak silap, kalau berhias untuk suami itu wajib. tapi untuk yang lain-lain tuh, tak bulih. tapi, wallahualam. so, al-kuliyyah yang kat tv3 tuh akan membincangkan tentang tajuk 'Berhias' minggu depan. hari jumaat, kalau tak silap. jam berapa aku tak pasti. bila da besar besar neh, mcm suke pulak tengok al-kuliyyah. mungkin sebab tajuk minggu neh 'Kalau dah jodoh' kot? haha.

kawen. kawen. kawen. entah kawen ke tidak aku neh ye. huhu.

kawan-kawan, cepat kawen. aku neh asek makan nasi minyak sepupu org la, makcik org la, jiran aku la, makcik aku la, makcik kwn aku la, kawan aku punye makcik la. nak makan nasi minyak kawan sendiri bile la agaknya. tapi, i'm counting on aniza's wedding neh. hehe. my first friend yang nak naik pelamin on this coming april. so, cepat cepat habes la march sebab saya perlukan april segera!

ukeh. sampai sini dulu. dan yang terakhir, siapa ade cite My Name Is Khan nak bulih? =)

p/s : buruk sangat ke perempuan gemuk? *sigh*

gentar tak hati?

  • 5



tidaklah.
insyaAllah, tidak.
sebab memang aku belajar pupuk hati supaya tak gentar.

"aja ade pakwe?"
"tade la cik. siapa la yang nak aja neh."
"takkan la tade? kan da 20 tahun."
"tak. memang tade."
"takpe la, aja. mungkin belum ade yang sesuai. belum jumpe yang sesuai lagi untuk aja. kita mesti nak seseorang yang terbaik buat kita. supaya kita bulih jadi yang terbaik untuk dia."
"ye. betul tuh cik. aja setuju sangat. pasal tuh la. kalau bulih, aja nak yang beriman. yang mcm adam ke, anas ke. tak pun, mcm suami acik je."
"yang beriman sje pon tak bulih jugak aja. mestilah yang beriman dan yang bertanggungjawab. kalau dia hanya beriman, duduk atas sejadah tiap mase, sampai lupa tanggungjawab yang ada, masalah jugak."
"a'a eh. betul jugak tuh. ye la. aja nak cari yang bulih bimbing aja, bulih didik aja. yang seimbang dunia dan akhiratnya."
"takkan tade jumpe calonnya?"
"haha. entahla cik. da jumpe. tapi pastuh ilang pulak. belum rasa nak cari lagi. nanti la. penat. mungkin belum masanya lagi. aja baru 20. insyaAllah, masih banyak lagi masa untuk mencari. kalau tidak pon, aja tawakal je. ada jodoh, ade la. tade jodoh, tade la. redha sje."
"insyaAllah. cik akan sentiasa doakan aja semoga bertemu dengan lelaki yang soleh; yang terbaik untuk aja, ye?"
"ye cik. terima kasih."

memang aku kalau bulih tanak ade sebarang penyesalan dalam hidup.
cume kadang-kadang, aku rasa, patut jugak salahkan pertemuan sebab kalau tanpa pertemuan, pasti takkan ada perpisahan.
tapi, Allah kan ade rancangannya yang tersendiri.
aku tak kesa.
aku terima dengan hati yang redha.
kalau skang dia rasa dia nak buat aku nampak jahat, buat la.
aku ngaku.
memang aku jahat.
jangan pernah mengharapkan perubahan dari aku.
kalau kau nak berubah, kau berubahlah.
pandai-pandai la aku jage diri aku sendiri.
sebab aku hanya akan rasa better bila aku berubah ikut cara aku sendiri.
kau ingat kau sorang je yang nak baik?
aku pon nak jugak.
orang jahil je yang tanak jadi baik.
alhamdulillah.
walaupon aku jahil, aku masih punya niat dan cita-cita untuk berubah.
tolong jangan perlekehkan aku.
atau apapun yang aku mahu.

jangan tanya aku ape yang aku tak suke tentang kau.
sebab tade ape yang ada pada kau yang aku tak suka.
semuanya aku suka.
tuhla silap aku.
susa nak cari yang aku tak suke pada kau.
paling penting, jangan suruh aku berubah.
sebab kau sendiri masih dalam pencarian untuk berubah.
pandai-pandai la aku cari jalan aku sendiri untuk berubah.
tak perlulah kau risau.

nampaknya, tiada sebarang makna istimewa untuk penambahan umur bagi tahun neh.
yang ada cume impian.
sebab harapan sudah semakin pudar.
janji Allah itu yang paling diutamakan.

p/s : walau apa pun, jangan lupa untuk berdoa supaya dijodohkan dengan lelaki yang soleh. i will.

Aku Nak Kawen Weh! Jemput Ye!

  • 2

Huhu. Gempak x tajuk aku kali neh? Adeh! Tade la. Aku main2 sje. Aku cume nak mintak pendapat korang. Agak2, awal sangat x kalau umur 21 nak kawen? Huhu. Aku bukan niat nak kawen umur 21. Aku cume mintak pendapat sje. Kalau orang dulu2, 21 tuh da kire agak lewat kot bagi sorang pempuan untuk berumah tangga. Tapi skang neh, 21 tuh macam nampak agak awal.

Bagi pendapat aku pon, 21 bukanlah umur yang sesuai bagi seorang gadis untuk berumah tangga. Kecuali dia sudah benar2 bersedia dari segala segi pon. Tapi, kalau gadis2 yang jenis mcm aku neh, huhu. Jangan mimpi la nak kawen umur 21. Aku? Aku memang xpernah teringin pon nak kwen umur 21. Nak kawen x? Haha. No komen. InsyaAllah. Panjang umur, ade jodoh, kawen la. Ye x? Huhu.


Bukan ape. Skang neh, sangat banyak pasangan muda yang hidup mereka porak peranda. Kononnye kawen awal unutk elak maksiat. Tapi rumah tangge huru hara. Same je kot? Da terlalu banyak kes cerai skang neh. Nak2 lagi artis. Tukar suami, tukar isteri, macam tukar baju. Huhu. Ah. Agak2, mane lagi syok? KAHWIN @ CERAI?

Aku tade idea. No komen. Dua2 mcm sme sje kot? Tah la. Aku tade pengalaman lagi. Nanti la. Aku try roger2 pengalaman orang lain. Nak tgu aku yang alami sendiri, takot xkawen plak aku kang. Huhu. Dulu penah juge berkeadaan tidak berkeinginan untuk berumah tangga. Tapi, bukankah ia merupakan satu sunah Rasulullah S.A.W. yang patut kita ikuti? Dulu aku selalu kena sound - "...kau tanak kawen, Nabi tak ngaku umat tau! Dosa besar kau!". Nak jawab ape? Garu kepala, korek telinga.


Ape2 pon, aku teringin sangat nak g jemputan kawen kawan2 aku. Bile la aku bulih dapat kad jemputan dr kawan2 aku neh. Xsabar nak makan tomyam kat majlis diorang. Ah? Tade tomyam? Huhu. Malang sungguh. Asek nasik minyak sje. Tak adventure! Xngape. Orang tak buat, nt eden torai! Hahahaha. Ukeh la. Wuteva!

P/S : Kepada yang nak kawen, jemput aku. Terutama yang sediakan tomyam. Wajib jemput aku, ukeh? Hahahaha. Roger.


P/S/s : Aku bukanlah dalam keadaan mode jiwang romantik, ukeh? Aku cume mengantuk dan penat. Ade kaitan x ye? Huhu. Oh. Aku peduli ape. Yang penting, aku sje jek. Sikap ingin tahu yang tinggi dalam diri kot? Haha. Ala. Layankan sje aku neh. Ah.