Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

download movies

  • 0
ever since i know how to download movie from a website with super great quality videos, i become obsess every now and then. whenever i get into the website, terus tangan ringan tekan download and normally those latest (2014/2015/2016) movies. 3 tahun kebelakangan je beb yang aku pilih.

amacam? ada sama macam pilih paper/journal untuk buat thesis tak? hewhew

memandangkan suami aku akan bercuti selama kurang lebih 2 bulan ni, aku membuat pecutan lebih laju dari usain bolt mendownload cerita-cerita yang 'nampak best' so that i can watch them with my husband. movie marathon in mind.

long story short; NEVER download just any movies. again, NEVER.

because they will kill you. it will kills you.

and why?

bosan gila! jalan cerita lambat, plot cerita entah apa-apa ntah, semua nampak tak kena, tak logik, effect tak power, hero macam ada dan takde, dan lain-lain lagi yang aku tak sanggup nak share sebab aku tak sanggup pun layankan movie-movie bosan tu sampai habis.

boredom kills.

in a nutshell, if you want to enjoy spending time with your lover, or friends, or family, or even yourself, plus with the will of movie marathon pulak tu, TOLONGLAH download cerita-cerita yang keluar wayang Malaysia ni. tak pun, cerita-cerita yang pelakon-pelakonnya kau kenal. tak pun, cerita-cerita yang orang share atau kecohkan dekat media sosial; fb, twitter, instagram, dan yang sama waktu dengannya.

ok tu je moral of the story nye.

nak sambung tengok movie lain malam ni. hopefully tak membunuh masa aku dan suami ler. hew

i'm married at 25 :)

  • 0
alhamdulillah. i am now married to my beloved husband. kami selamat diijabkabulkan pada 6 disember 2014 iaitu pada hari sabtu di rumah atuk aku di kg melayu majidee. manakala belah suami aku berlangsung pada 31 januari 2015 di dewan rjcc. taknak cite panjang2 sebab proses kejadian tu terlalu berharga sampai tak reti aku nak huraikan. cewah.

takpe. meh aku share sikit gambar sepanjang majlis.

















banyak lagi gambar tapi yang lain, aku simpan sendiri lah ye.. doakan semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga.. insyaAllah.. amin.

p/s: photographer yang telah bersusah payah melayan kerenah kami: Mujib (Nuansapictures) dan Wan P (Flava Pictures).

budak 2 tahun hisap rokok? hisap lolipop la, adik. baru ade style!

  • 0

untuk maklumat lanjut, klik sini.

don't try this at home. very dangerous and bad for your health.

korang tau bapak dia kate ape?

"saya tak kesa. saya tak risau tentang kesihatannya. sebab dia nampak sihat."

ukeh sekarang aku pulak nak cakap kat bapak dia.

"kepala hotak kau"

hu hu. sorry agak ganas jawapan di situ. tapi, ade ke patut dia ngajo anak dia hisap rokok? dia mula bagi since budak tuh umur 18 bulan lagi. buang tebiat ke ape? korang tengok je la cara dia hisap rokok. macam pro. pro pon tak pro macam budak tuh. serious.

tuh la. tabiat merokok sekarang neh semakin berleluasa. yang dewasa tuh tak usah ckp, berlambak-lambak. yang da tua nak mati sangat tuh pon ade je yang tak sedar diri. budak-budak? sebenarnya ramai je budak-budak yang da hisap rokok. neh satu contoh; yang kita tahu. yang kita tatau?

pelik-pelik je sekarang neh. petanda dunia da hampir ke penghujungnya. sedarlah bahawa merokok itu akan membahayakan kesihatan. bukan akan. tapi wajib. memang pasti membahayakan kesihatan.

apekah faktor-faktor atau sebab-sebab orang merokok ye? well, mungkin sebab:
  • pengaruh rakan sebaya.
  • nak nampak macho.
  • nak nampak bergaya.
  • terlebih duit.
  • tak sayang nyawa.
  • tak sayang keluarga.
  • tak sabar sangat nak mati.
  • bosan.
  • saje-saje.
  • dll.
itu bagi pendapat aku la. banyak lagi kot. cume tuh je yang mcm bersesuaian untuk dikongsi. itu baru faktor. nak tau kesan dan akibat tak? ah. neh pulak antara kesan dan akibat daripada pengambilan merokok. eh. silap. bukan orang yang menghisap rokok je yang akan dapat kesannya. orang yang menghidu bau rokok juga turut mendapat kesan yang sama ye. neh antaranya:



takot tak, takot tak? well, you should. betapa buruknye kesan yang bakal korang tempuhi. jauhilah rokok. cegahlah dari segala keburukan. berhenti merokok. katekan tidak pada rokok. and, stay healthy!



"akulah pencuri profesional tuh. he he." - kata seorang pencuri profesional.

  • 17
profesional sangat la kalau gitu.

well, yesterday was my last day work. done! alhamdulillah. tak tahan lama-lama dok situ. dengan kak pon, dengan zana the lion, dengan sue the gold teeth, dengan ashaari the shining head. wah. bagai bagai rencahnye.

enough with work stuff.

lepas neh bulih bangun lewat. ha ha ha. qada' semua tidur sampai lebam mata. hamek kau! tade lagi tersengguk-sengguk nak menangis kau tahan ngantuk.

hari neh, 23rd of May 2010, aku g jogging kat kawasan istana kat bandar jb tuh. dengan kak ecah, kak dayah, dan kak siti. tak. bukan kak siti hajar. kak siti je. we all pegi lambat sikit. dalam 7.30? kak ecah lambat siap. sampai-sampai matahari da terang ye.

so, we all jog la macam biasa. tipu la kalau kak ecah paling banyak lari. lagi tipu kalau dia yang lari depan sekali. ha ha ha ha. shhh. jangan bagitau dia.

kitorang lepak-lepak jap kat kawasan tuh. cantik dan sungguh menenangkan. nyaman. nampak laut dan singapore. serious aku cinta laut. kalau banyak duit, aku nak buat uma kat laut. bukan dekat-dekat dengan laut. bukan tepi laut. tapi dalam laut. ukeh mengarut.




nak tengok primadona-primadona kepenatan? amek neh.



tuh semua cerita yang happy. da masuk dalam keta, da gerak balik, still happy. yang tak happy bermula bila henpon-henpon dan duit-duit yang telah ditinggalkan dalam box kereta semua kena kebas secara lembut. lembut yang bagaimana tuh? ah. tuh yang kita tatau.

adui.

banyak beb. 2 henpon dan RM183. tak banyak? kau memang gila kalau cakap tak banyak. yang aku heran. siap ade RM3 tuh. tak bulih bla. nasib baik aku tak bawak beg duit. henpon aku bawak jog. sebab memang niat nak amek gambar. tapi eh. dia curi memang smooth habes. tak meninggalkan kesan langsung! kira pro la, kan? kak dayah memang kunci kereta dia b4 kitorang start jog. konpem! tatau la cmne dia bukak. pelik aku, pelik!

aku terkejut sangat ngan kejadian tuh. ye la. cmne la kalau henpon aku kena curi buat kali kedua. tak ke naya? nasib baik aku bawak henpon tuh bersama-sama. hati aku memang tak sedap pagi tadi. hem.

tapi, nak buat macam mane. benda da jadi, kan? memang sakit, memang perit. tapi, kalau kita bersedih cmne pon, belum tentu dapat mengembalikan semula barang yang da kena curi. halalkan je la.

la tahzan.

mungkin da bukan rezeki kita. semua tuh dugaan. Allah masih sayangkan kita. Allah duga kita, bagi kita musibah. uji ketabahan dan kesabaran kita. ape-ape pon, kak ecah, kak dayah, dan kak siti masing-masing redha dengan ape yang jadi. terkilan tuh memang ade. insyaAllah, Allah cuma amek sikit je. mungkin Dia akan beri lebih baik lagi lepas neh. siapa tahu?

ingat kawan-kawan. Allah tidak akan pernah menzalimi hambanya. yang baik semuanya datang daripada Allah. dan yang buruk semuanya datang daripada diri kita sendiri.

jangan bercakap besar dan terlalu berlagak. jika kita tidak pernah ditimpa musibah, sentiasalah muhasabah diri apabila orang lain yang terkena musibah. mungkin hari neh hari dia, esok lusa mungkin kita. wallahualam.

i asked for strength;
and Allah gave me difficulties to make me strong.

i asked for wisdom;
and Allah gave me problems to solve.

i asked for prosperity;
and Allah gave me the brain and brawn to work.

i asked for courage;
and Allah gave me danger to overcome.

i asked for love;
and Allah gave me troubled people to help.

i asked for favours;
and Allah gave me opportunities.

i received nothing i wanted,
i received everything i needed!

thank you, Allah.

p/s: jangan bila susah sje ingat Allah, senang terus lupa. ingatlah Allah setiap waktu dan ketika; susah mahupun senang. insyaAllah, kita akan bertemu dengan jalan bahagia. =)

corak hidup kita bukan semuanya sama.

  • 2


makcik, kalau nak bulat, cakap je nak bulat.
kalau nak bujur, cakap je nak bujur.
kalau nak serabut, cakap je nak serabut.
kalau nak penampo, cakap je nak penampo.
kalau tanak ape-ape, diam-diam suda.

lumrah hidup bekerja di bawah orang. haish.

well, aku masuk toilet dengan sungguh takot takot hari neh. seram woo. semacam je aku tgk toilet tuh skang. tak buang air da. cuma amek wudhuk je. he he. tak sangka aku neh penakot orangnye. belagak je lebih macam orang berani sangat.

ape-ape pon, aku nak simpulkan ape yang aku dapat hari neh. jangan kurang ajar dengan orang yang lebih tua daripada kita. bukankah yang tua harus dihormati dan yang muda harus disayangi? ah. orang yang lebih tua pon, jangan berlagak sangat. sayangilah orang-orang yang lebih muda.

berapa lama pon kita hidup, sentiasalah cuba yang terbaik untuk diri kita sendiri. itu paling utama. kuantiti itu tidak penting. yang paling penting sebelum kuantiti itu adalah kualiti. dengan kata lain, berapa banyak duit yang kita dapat tuh tidak akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti; tetapi, dari mana kita mendapatkan hasil duit itu - sumber halal atau haram yang akan ditanya oleh Allah kelak. halal dan haram jangan dipandang ringan ye.

seterusnya, belajarlah untuk memaafkan orang lain dengan mudah. nak mintak maaf tuh sebenarnya payah. jadi, bila orang da minta maaf, maafkanlah ye. tak kesa la salah kita ke, salah orang tuh ke. maaf tuh merupakan kata yang paling indah dan paling mulia untuk dilafazkan. dan, oh. ucap terima kasih juga ye. penting tuh untuk kesihatan. he he.

dan yang terakhir, lelaki, kalau sudah berkahwin, janganlah sesuka hati meninggalkan isteri dan anak-anak begitu saje. tak berperikemanusiaan sungguh. nak nak lagi kalau isteri tuh cacat. alahai, isteri. sabar sje la ye.

ukeh. tuh sje kot. kepada yang sedang berbahagia, teruskan berbahagia. dan kepada yang hendak bahagia, jangan berhenti mencari kebahagiaan itu. rasa bahagia itu sentiasa ada bila kita dekat dengan Allah. wallahualam. renung renungkan dan selamat beramal. =)

dunia globalisasi.

  • 2
sebagai satu contoh yang biasa kebanyakan dari kita buat: pegi dengar ceramah la kononnya, mata tengok khusyuk kat penceramah. telinga sumbat earphone dengar lagu. kan kan? korang buat gitu, kan? aku tau. sebab aku pon penah buat. ini maknanya, dunia semakin mengecil dan ilmu semakin mengembang.

sebenarnya tuh je yang aku nak ckp pasal dunia globalisasi. he he.

aku suke bile ade hari ibu, hari ayah, hari bumi, hari raya, raya cina, deepavali; semua event la. sebab, tv banyak cite best-best. macam malam tadi. yang sangat menggembirakan aku, ade cita Snow White and Seven Dwarf. yang sangat menyedihkan pulak, tv kat uma aku cume ade sejibik je. so, tak dapat la aku nak tengok cte tuh sampai abes sebab berebut remote ngan adik aku. hu hu.

dia nak tengok cte kat tv3. ade cte tajuknye SERAPUH ARANG. aku tak sure dia punye starting. aku cume tengok tengah tengah sampai abes je. a very sad ending and a very happy ending; rasionalnya - watak protagonist dan antagonist kedua-duanya mati last last.

aku malas nak cte panjang panjang tentang isi cerita tuh. apa yang dapat aku simpulkan ialah - ibu kita tidak pernah memilih kasih. ibu kita sayangkan kita dan adik-beradik yang lain sama rata je. cume ia brgantung jugak kepada bagaimana kita behave. kalau kita baik, dengar kata, bukan saje ibu kita suke, tapi Allah pon suke. sentiasalah bersangka baik dengan ibu kita. bukankah berprasangka buruk itu perkara yang tidak elok? nak nak lagi kalau kat ibu. dosa weh. kalau kat pakwe makwe korang takpe. aku galakkan. ha ha. dan pengajaran yang terakhir, janganlah bersifat dengki atau dendam sesama manusia. buruk padahnye. yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

kawan-kawan, berbuat baik kepada kedua ibu bapa sepanjang hayat mereka, insyaAllah syurga tempat kita. memang susah nak jage mereka bila mereka tua. tapi, janganlah sampai letak kat tempat org tua, letak tepi jalan. melampau sungguh. orang selalu cakap - ibu bulih jage anak-anak yang ramai, tapi anak ramai-ramai tak bulih nak jage ibu yang seorang sje tuh. wallahualam.

renung-renungkan dan selamat beramal!

p/s: selamat hari ibu, emak! terima kasih untuk semuanya. sayang emak! ♥

salam sejahtera, everyone!

  • 0
hectic. mata sungguh penat dan letih dan mengantuk. baru pulang dari kampung. oh pontian sungguh menawan kalbu. pemandangan yang indah, cuaca yang sejuk, persekitaran yang sungguh tenteram. buat hati yang gundah jadi tenang. tuh la kelebihan kawasan kampung neh. banyak lagi hijau hijau daun. sehat untuk mata ye.

aku balik kampung sebab makcik aku buat potong jambul anak dia. baru lahir baby tuh. tak ingat brape ari bulan tah. yang penting sungguh baru la. cium mulut dia pon masih rasa tawar. ha ha ha.

well, aku dapat tau something. rupenye, kalau setakat potong jambul sikit-sikit dan tak potong habes, makruh; tak elok. seeloknya, da potong jambul sikit-sikit, kemudiannya botakkan terus semua. sebab dan rasionalnya, tak sempat nak tanye.

dan in addition, jangan rendam rambut yang dipotong ke atau jangan sapu kepala baby tuh dengan air kelapa, gitu la. tuh amalan orang india kalau tak silap. sebaliknya, guna je air biasa. untuk lebih bersih dan diyakini. sama macam di atas, sebab dan rasionalnya aku tak pasti.

nanti aku cari tau kenapa.

guess what? aku rasa aku semakin suka budak la sekarang. agaknye la. aku macam da rajen sikit la layan budak budak. cume kalau dia tak cantik dan asek menangis je aku buat bodo. jahat tak aku? hu hu. tapi, tade beza pon sebenarnya aku suke ke tak. sama je.

adui. serious penat seh. letih badan. aku ingat nak tdo kampung je. tapi tak muat keta pulak nak balik esok. kan best kalau dapat tdo kampung. nyamuk! =)

oh. aniza kawin tadi. cantik seh dia pewwit pewwit kat suami dia. ukeh sori gatal kejap. suami dia is so charming. hope that he will always be charmed. da selesai da majlis kawen dia. sampai tak sempat sempat nak layan kitorang. tak menang tangan. penat nak cium orang sane, cium orang sini. fuh! macam aku pulak yang kena cium. he he. eh, jangan main main. bukan bibir dia aje yang pakai gincu; dengan gigi gigi dia sekali pakai gincu tau! nasib baik tak jangkit kat gigi aku. ha ha.

thanks to azim dan nurin yang sudi melayan aku. hu hu.

ukeh ah. mata aku tak tahan gila da neh. melalak lalak mintak tutup. ye la ye la. sabo la. aku tau kau penat. aku pon penat. yok la. yok tido berjemaah yok. hi hi. kasim selamat malam! =)

p/s : when you feel insecure, go get a gun and shoot yourself. the end. tah ape ape je aku. mamai weh mamai.

cinta laksana cawan milo tidak bercuci.

  • 6
ukeh. sekarang aku in a jiwang mood after bace blog neh. walaweh ayie; jiwang sungguh kau sekarang. eh eh. da macam entry khas untuk kau pulak neh. ha ha. ape salahnye, tak gitu?

macam syok je cerita-cerita kau. suke pulak aku drop by dan bace semua ayat ayat yang ade dalam blog kau tuh skang neh. to be honest, aku neh jarang sikit bace post orang kalau panjang panjang. tapi serious, aku suka bace post kau. panjang pon suke gak. konpem aku jiwang sama. hi hi.

indahnye la rasa bercinta, ye tak? gado tuh biasa la kot. mungkin bulih merapatkan lagi silaturahim yang terjalin. aku rasa la. sekarang neh, bukan lelaki je ego. pempuan pon ego gak. sama-sama la. so, pandai pandai la masing masing nak mengalah ke, nak memujuk ke. aha.

well, tuh ayie. mungkin dia suka share cerita dia ngan aku dan kawan kawan blogger yang lain, which is good. ye la. sekurang kurangnya, mane mane yang tatau cmne rasa bercinta, bulih la terasa dibuai buai rasa cinta si ayie tuh ngan pasangannya. kan kan?

bulih kan kalau kitorang tumpang buai buai kat rasa cinta kau ayie? he he he.

tak bulih nak jugak. =P

aku pulak, vice versa kot? sebenarnya macam teringin je nak share. cume, tatau nak deliver kat korang cmne kot? ala. lagipon, aku tade la kuat mane sampai bulih buai buai. kalau suara merdu nyanyi mendayu dayu mintak dibuaikan pon belum tentu terbuai. silap silap putus pulak? tak doa. tapi, mane la tau, kan?

takpe la. depends la. mane yang selesa bercerita, cerita la. mane yang tidak, tak perlulah. hak masing masing. kadang bukan hanya kisah cinta. kawan-kawan, saudara mara, dan tentang sesiapa dan apa pon la. bakat dan minat dan kemahuan masing masing.

namun aku akui, cerita cinta lebih menarik hati. mungkin sebab masih remaja kot? eh jap. 21 tuh kira remaja lagi kan? yes aku remaja!

cinta tym skola, cinta monyet.
cinta lepas skola, beruang.
eh silap bukan beruang tapi ber'wang' ye kawan-kawan.

so, kepada yang masih berhutang tuh, bayar bayar la ye. tak kira la awek hutang pakwe ke, pakwe hutang awek ke. bayar jangan tak bayar. hutang emas dibawa belayar; hutang budi dibawa mati.

ukeh nampak tak da semakin menyanyah so it is better to stop here bai bai.

p/s : you think it's insane to be ignored but it was you; the ignorant.

nak cakap sendiri tak mampu, penat. so, tengok je la eh.

  • 3

good luck to all my friends in everything they do.


m in blue; ejat in green; che nab in red. pretty right these three?


scjrian girls. kumanan shot this one.


lepaking at tasik until i forgot la until when he he.


a random pic picked by me. this was at bus stop u5.


our (dayah and me) adik-adik. pretty like us, huh? gagaga.


at ani sup if i'm not mistaken. makang makang sedap.


boys hockey player. bukan kenal semua pon. he he.


girls hockey player. kenal semua rasenye. kot la. ha ha.


one day at jj's escalator. kami kan cam whore anywhere pon.


cam whore lagi. this was at jj tebrau. first time ke jj tebrau aku tunjuk jalan kot? da pandai tunjuk jalan beb aku skang. oyeh me!


syaza and me at jj taman u je. mase neh tak reti tunjuk jalan nak ke jj tebrau lagi. jj taman u pon jadi la kan? =)


tadaa! this is my rumet and me. pretty kan we? tapi neh mase aku kurus. skang segalanya da berubah. oh nak kurus like rummie! =(

p/s : still, don't chase. please, be chased. one, two; smile!'_________________'