google scholar.

  • 3


have you ever heard about google scholar?
ah.
aku pon baru tau tuh ari.
tym kelas english.
ms shalini yang bgtau, of course.
aku tatau nak terangkan ape kegunaannye.
sebab aku tatau sangat pon.
ape yang aku tau, ia bagus untuk student macam aku neh.
yang nak buat research ke.
gtu la.
jap.
bace la neh.
aku copy dari wiki.
tengok ape pendapat wiki tentang google scholar neh.



Google Scholar is a freely-accessible Web search engine that indexes the full text of scholarly literature across an array of publishing formats and disciplines. Released in beta in November 2004, the Google Scholar index includes most peer-reviewed online journals of Europe and America's largest scholarly publishers. It is similar in function to the freely-available Scirus from Elsevier, CiteSeerX, and getCITED. It is also similar to the subscription-based tools, Elsevier's Scopus and Thomson ISI's Web of Science. Its advertising slogan — "Stand on the shoulders of giants" — is a nod to the scholars who have contributed to their fields over the centuries, providing the foundation for new intellectual achievements.

hah.
tuh la dia.
paham ke tidak?
kalau yang paham tuh, elok la.
sejuk perut mak.
yang tak paham tuh?
aha.
g la mintak maap kat mak ye.
tak pon, tanye la sape-sape yang paham tuh.

best gak weh gunenye.
pencarian yang sangat baik.
google memang best la!

ranking google skang no 1, kan?
kalau tak silap la.
yang penting aku memang suke google.
sebab ia simple!
=)


mad at you, pal!

i am going to write this post in english because i am now feel really mad at someone that i know well.
i don't want to state whether the person is a boy or a girl.
i just want to state that how disappointed i am that the person could have done something not nice to me.
ugh.
i feel hopeless.
i put a high trust in the person.
but look what the person has done in return?
the person is just too annoying!
the person is close.
but i feel that the person is far away from me.
very far.
i never know the person's intention of doing this.
but perfectly, the person is pathetic.
and i am now in a not-so-good mood.
however, i know that i have to be calm and just be cool.
i'll try my best to let it go.
like the sun goes down and let the moon shine.
and me,
i want to always be a star.
i duno why.
but that's all i want.

kenapa disable comment?



to someone.
kenapa disable komen?
nak view previous komen tak bulih.
nak komen baru pon tak bulih.
mmg tak suke orang komen-komen ke?
isk3.

mengapa kita harus bersengketa?

  • 6




harga sebungkus air laici yang ade ais di cengal ialah RM1.80, ye kawan-kawan.
ia sangat mahal bagi aku.
selama neh aku ingat harga air laici kat pak cik jamil; which is RM1.20 is quite expensive.
rupenye ade lagi yang cekik laici.
ceh!
da la aku penat bejalan.

ye.
sekali lagi.
PENAT BEJALAN.
bengang betul aku.
neh la akibat tak amek tau jalan-jalan atau tempat-tempat yang ade kat utm neh.
actually, utm skudai neh tade la besar mane pon.
tapi, kalau jalan kaki, nak-nak lagi waktu panas, masak jugak beb!
cuak!

tetibe aku jadi rajin nak bercerita.
camneh ye.

aku ade kokurikulum which is tracking.
tempat perjumpaan biasa adalah di dewan kuliah 8, n24.
and i am so familiar with that place - my faculty.
so, no worries la kan eventho ujan lebat pon because i noe where i shud go.

semalam badly aku harus tdo jam hampir kepada 4 pagi.
buat ape?
jangan tanye!
yang penting aku buntu la malam semalam.
so, kelas tadi kol 8 pagi.
ah.
pk la ngantuk ke tak ngantuk mate aku.

so, balik je kelas OS, teman fara g dobi kat taman u jap.
tak kesa la.
bukan lame sgt pon.
ngumpat-ngumpat kutip dosa kecil jap ngan makcik dobi tuh.
bukan kutuk sape-sape pon.
cume ngutuk utm je.
huhu.

balik, aku terus qada' tidur.
memang tak ingat lain.
blog pon aku lupe!

unfortunately have to wake up before 2; untuk menghadiri koq la.
tapi hati seumpama biri-biri.
tak sedap ati la maknenye.
heh.

da la ujan mase otw dari fppsm menuju ke n24.
basah-basahnya rambutku jugak la.
by the time i reached in front of the hall, ade satu note yang mengatakan, tempat untuk koq treking seksyen 11/12 telah bertukar ke TAMAN HUTAN REKREASI which i never noe where.
kewujudannye pon aku tatau!
and, daya did googled it up, ukeh?
hehe.
thanks, daya!
maybe because she thought that the place might be somewhere outside utm.
aku pon ingat gtu.







takpe la.
nak dipendekkan cerita, aku cume kenal-kenal suam kuku je la sorang budak yang sama seksyen ngan aku neh.
seorang lelaki.
aku sorang.
dia pon.
aku nampak dia jalan.
aku pon folo.
mcm stalker la seh!
haha.

tibe kat meranti, dia berhenti dan bercakap ngan sorang budak laki lain.
pastu, terus hilang.
aku cube cari.
rupenye dia da ade dalam keta ngan budak laki yang lagi satu td.
wah!
sampai ati dia tinggalkan aku sorang-sorang.
tuh la!
padan muka aku!
sape suruh jadi stalker.
shame.

aku pon teruskan perjalanan yang nampak sangat jauh.
sebab aku tatau pon kat mane tempatnye!
dengan keadaan cuaca yang sangat panas.
dugaan gile.
bile da pusing sampai pusat kesihatan (ingat nak terus kdoj je singgah bilik azim), barulah aku dapat tau yang tempat tuh berada di k11.
k11 tuh bukan jauh dari ktf ke?
ha!
itu yang kita tatau.
so, aku pon mengambil keputusan untuk give up je la.

tak.
aku bukan seorang yang cepat atau mudah putus asa.
tapi, aku terpaksa!
keadaan betul-betul memaksa aku untuk putus asa.
tuh yang aku singgah cengal tuh beli air laici mahal.
tanak da beli kat situ!
same je rasa laici jugak.
tapi harga tak bulih tahan.

da la.
yang penting, da sehari la aku ponteng koq.
padahal aku tade niat pon.
penat sungguh.
dan paling penting, skang aku tau yang TAMAN HUTAN REKREASI dalam utm neh, berada kat k11.
take note ye kawan-kawan.





dan.
terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang reply-reply msg aku.
tolong aku bgtau tempat.
tolong aku googled.
tolong aku angkat tepon.
semua la.
thanks, ye?
=)

assignment ip da submit.
assignment sm da submit.
ubuntu da settle.
alhamdulillah.
bulihlah proceed yang lainnya.

weh.
nasi ayam penyet kat fke tade umph la!
sambal dia tak sedap.
pedas nak mati.
nasib baik tak mati.
sebab makan tak abes.
cube la aku makan sambalnye sampai abes.
bulih mati gak rasenye.
huhu.

ah.
neh.
kepada sesapa yang dok dekat-dekat ngan area taman u, kalau nak khidmat dobi, nt tanye kat aku ye.
sje nak promote bisnes orang melayu.
lagipon, suami kakak tuh hemsem.
hahahahahahaha.

eh.
jap.
ape hal la ngan utm neh eh?
haish.
malas je nak buruk-burukkan nama utm.
tapi, utm sendiri yang memburukkan namanya.
atau.
orang-orang atasan utm yang burukkan nama utm?
entahla.
tepuk dada, tanye selera.
fikir-fikirkan dan selamat beramal!

p/s : aku nampak macam budak sekolah menengah je ke? helo! i'm turning 21 next month. *lame*





renungkanlah bersama.

  • 5
Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Renung-renungkn.

terima kasih, ya Allah.

alhamdulillah.
kini aku lebih tenang dan bahagia.
terima kasih, ya Allah.
aku sangat bersyukur.

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah.

  • 2



Credit : Saiful Islam


Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

tapi kenapa?





aku ingat dia da tak peduli langsung tentang aku, pasal aku.
setelah sekian lama tanpa berita.
kenapa baru sekarang cari aku semula?
kenapa?
lama aku tunggu.
tanpa kata maaf.
aku tatau ape niat dia skang neh.
aku tak suka bersangka buruk.
aku tanak bersangka buruk.
sebab aku sangat senang, suka, mudah bersangka buruk.
aku tatau ape yang aku patut buat.
terus mendiamkan diri?
atau memberikan dia ruang lagi.

aku takut nak bagi ruang.
aku tak suka bila pisang berbuah dua kali.
hem.
aku tatau siapa yang tak pernah belajar dari kesilapan.
aku atau dia.
dia atau aku.
serba salah.
serabut gak aku pk.
kenapa la dia tak diam je terus.
tak payah cari aku lagi.
kan da aku dok pk je skang neh.
haish.

takpe la.
slow-slow.
nanti lama-lama aku ukeh balik la.
memang makan mase.
sabar je la.
aku percaya, bila Allah lebih sayangkan kita, Dia akan beri kita lebih banyak dugaan.
aku terima dan redha dengan ape yang terjadi.
nak kate tak rindu tuh, tipu la.
aku penah anggap dia paling istimewa dalam ati aku dulu.
dia memang penah wat silap.
sama macam aku.
sama macam orang lain.
biasa la.
itukan lumrah.
tiada yang sempurna melainkan Allah.

aku sedang belajar untuk terima baik dan buruknya walaupon skang neh aku lebih nampak buruknye.
aku akan cube maafkan dia.
walaupon dia tak mintak maaf kat aku.
aku tanak pakse.
sebab nanti jadi tak ikhlas.
kan tak elok.
takut tak diberkati Allah.
sesuatu hubungan itu kan baik bile ade berkat Allah.

aku harap dia bace post neh.
walaupon aku tau dia tak mungkin bace.
aku adalah seorang insan yang sering mengharap sesuatu yang tak pasti.
takpe.
angan-angan itu kan umpama cita-cita.
tak salah kalau berangan tinggi-tinggi; sehingga mampu menggapai bulan dan bintang, kan?
bukan selalu.

so, all i have to do know is just stay calm and be patient.
bukankah akan ade pelangi selepas hujan?
kan lebih indah kalau ade warna kelabu kat pelangi tuh.
huhu.
ukeh la.
marilah sama-sama berdoa agar hari esok lebih baik daripada hari neh.

p/s : salam maal hijrah, kawan-kawan. semoga azam kita tahun baru neh lebih cenderung ke arah kebaikan. =)

Jangan

  • 0
jangan bangga dengan maksiat... jangan kufur dengan nikmat.. Allah boleh tarik bila-bila masa yang Dia kehendaki.

jangan!


jangan bangga dengan maksiat... jangan kufur dengan nikmat.. Allah boleh tarik bila-bila masa yang Dia kehendaki.

yuki kato di friendster.

  • 5



rindu gile kat yuki kato!
walaupon bukan macam rindu ilham.
haha.
ukeh.
usha-usha friendster (sekarang ia milik malaysia sepenuhnya, ukeh? yay!) yuki.
banyak gak gambar baru yang aku tak penah tgk.
so, yok kite tgk sama-sama.
ily, yuki!
huhu.

p/s : aku memang sangat gilekan dia.

biar tenang menggamit hati.


tidak pernah walau sekali
aku merasa seperti ini
mahu diam dan terus membenci
walau tahu sakitnya hati
tak undang hiba tak undang caci
terus menerus tanpa henti.

disangka angin rupanya hujan
berpeluk tubuh menahan tangisan
payah diturut menyiksa badan
lalu dimamah hembusan pesan
tak kunjung tiba meninggalkanku keseorangan.

hati tak gundah jiwa tak gelisah
sepoinya tenang terasa indah
walau cuma kata madah
diri tabah, kaki gagah
bersujud kaku di atas sejadah.

mungkin yang terbaik ada di sana
tiba masanya kelak bahagia
jangan diragu walau seketika
yakinkan diri akan tiba masa
Tuhan ada janji-Nya.

"ya Allah, andai ia terlalu payah, biarlah ia terus luput dari lubuk hati yang paling dalam; agar kesannya hilang semua.

ya Allah, andai ia tidak mendatangkan kebaikan, biarlah ia mati di tengah perjalanan yang semakin suram; agar cahaya jalan ke depan lebih terang.

ya Allah, andai ia sering kalah, biarlah ia segera berhenti walau ia mampu menggelodak iman dalam diri; agar ia bisa bangkit menggapai kemenangan.

ya Allah, andai ia bukan rancangan-Mu, biarlah ia pergi dan berlalu tanpa singgah walau cuma sebentar di sini; agar aku terus tenang dan cekal bertasbih di jalan-Mu.

amin. ya robbal alamin.




30 Dajjal - Apakah Mereka Telah Muncul?


"Rasululllah s.a.w bersabda : Tidak berlaku hari kiamat hingga bangkit beberapa dajjal yang mendekati dari 30 banyaknya. Dia mengaku bahawasanya dirinya adalah Utusan Allah.. (H.R : Tarmidzi)

Saya percaya ramai yang pernah membaca hadith sahih ini namun tahukah anda siapakah 30 Dajjal yang dimaksudkan. Apakah Dajjal-dajjal ini sudah muncul dalam dunia ini? Kalau sudah wujud apakah jumlah mereka sudah mencapai 30 orang?

Hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui akan perkara ini. Siapakah yang tergolong dalam Kumpulan Dajjal 30 ini? Mari kita ikuti sinambungan Hadith di atas. Sabda Rasulullah saw. "Akan ada di akhir zaman pada umatku manusia-manusia dajjal yang pembohong. Mereka membicarakan kepada anda apa yang belum pernah anda dengar dan belum didengar oleh nenek moyang mereka. Maka berhati-hatilah anda dan berhati-hatilah mereka. Jangan sampai mereka menyesatkan anda dan jangan pula mereka mefitnah anda.. (H.R : Tarmidzi)

Kesimpulan Hadith tersebut memberi pengertian kepada kita bahawa kelak di akhir zaman ada manusia-manusia yang menjadi dajjal yang suka berbohong dan berdusta. Untuk mengenal Dajjal itu sungguh mudah sekali, iaitu apabila ia mengaku dirinya "Allah, Tuhan, Nabi, Imam Mahdi dan Wali Allah" sedangkan mereka tidak mahu solat, berpuasa, berzakat, tidak menunaikan fardhu Haji, barang yang haram dihalalkannya, suka membuat fitnah dan mencari perbalahan, bida'ah, apabila memberi sesuatu barang atau benda dimintanya kembali dan boleh melakukan apa saja tanpa mengira halal dan haramnya.

Oleh kerana mereka inilah , Rasulullah saw. dengan tegas memperingatkan kepada umatnya supaya berhati-hati dengan pujuk rayu mereka yang begitu manis berkata dan menggiurkan. Mereka ini adalah penyesat dan suka memfitnah umat, yang bakal menyengsarakan pengikutnya di dunia dan akhirat.

Berkenaan persoalan orang yang mengaku dirinya Nabi, Imam Mahdi, Wali Allah dan lain-lain pengakuan, bukanlah juga perkara baru. Perkara ini dari zaman ke zaman hingga ke hari ini masih lagi terdapat manusia mengakui dirinya sebagaimana yang dipaparkan di atas. Janganlah kita bersibuk-sibuk dengan persoalan dan perkara ini, yang paling penting adalah diri kita dan keluarga yang wajib dijaga agar terselamat daripada apa yang berlaku dengan berpegang teguh kepada Kitabullah (Al-Quran) dan mengikut sunnah Nabi saw. Itu adalah terlebih afdhal daripada perkara yang lain yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ikuti Hadith Nabi saw seterusnya :

"Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan seorang Nabi pun, kecuali dia pasti memperingatkan umatnya akan Dajjal. Dan aku (Muhammad) adalah pengakhir segala nabi sedang anda sekalian adalah akhir dari semua umat (umat terakhir). Dan Dajjal itu pasti keluar (zahir) pada anda, tidak boleh tidak.. (H.R. Ibnu Majah-Tarmidzi)

Demikian juga halnya dengan pengakuan sebagai Imam Mahdi. Barangsiapa mengakui bahawa dirinya Imam Mahdi, itulah dia orang bernama Dajjal, kerana Imam Mahdi tidak ada atau wujud dalam bangsa yang lain. Al-Mahdi tetap wujud atau lahir pada akhir zaman dalam bangsa Arab. Ada beberapa dalil mengenainya namun atas keterbatasan ruang saya paparkan satu saja. Sabda Rasulullah saw. :

"Dunia tidak akan lenyap sehingga Bangsa Arab diperintah oleh seorang laki-laki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku".
(H.R. Abu Dawud)


Di antara golongan yang membuat pengakuan mereka secara terang-terangan sebagai Nabi, Rasul mahupun Imam Mahdi ialah
  • Ruknuddin
  • Saiyid Muhammad Jaunpur
  • Mirza Ghulam Ahmad - pengasas agama Qadiyani dan mengaku dirinya Imam Mahdi dan juga mengaku sebagai nabi dan penamat segala wali
  • Muhammad Ahmad AlMahdi (pengasas tarikat Mahdiya)
  • Tuwaizuri
  • Ubaidullah Al Mahdi
  • Al Hariths bin Suraij
  • Maulana Syaikh Haji Muhammad Ma'mun (pengasas tarikat Mufarradiyah), Sumatera Utara
  • Muhammad Abdullah AlQahtani

Di negara kita juga tidak kurang hebatnya. Di antaranya Ayah Pin, Nabi Melayu kahar dan beberapa orang lagi. Adakah mereka ini semua tergolong dalam kumpulan Dajjal 30 yang dimaksudkan oleh Nabi saw. hanyalah Allah Yang Maha Mengetahui. Persoalannya, hingga kini, sudah cukupkah ahli Dajjal 30 ini lahir didunia ini? Kalau sudah, maknanya dunia ini hanya menunggu masa saat kehancurannya.

Wallahu'alam.

yuhu!

ukeh.
i'm bek.
now neh da kat utm, kp of course.
sedang menjalani hari-hari kuliah dan kelas seperti biasa.
sem baru?
baru 2 hari.
tak banyak yang bulih dikongsi.
cume, skang baru belajar html.
setelah sekian lama aku mengimpikannya.
adui.
tapi, senang betul nak ngantuk dalam kelas.
ade tips untuk hilangkan ngantuk tak?
hem.

cerita waktu cuti.
macam banyak.
macam tak banyak.
tapi tak rasa nak kongsi la cerita pasal cuti kali neh.
tatau sebab ape.
cume tamau.
titik.

anyway, penang is very pretty la.
sejuk pon sejuk.
tenang dan menyamankan hati.
i like!
kalau ade jodoh orang penang pon syok juge neh.
hehe.
sori sebab tade ole-ole.
aku mcm heartless je ngan barangan-barangan kat sne.
common things.
kat sana ade smua benda yang kat sini ade.

banyak gambar.
tapi bukan kat fon aku la.
sebab mine is a 2.0 mega pixels je.
so lame, kan?
takpe.
ramai yang puji henpon tuh cantik, ukeh?
aku pon suke.
sebab ade kelabu.

azam baru untuk sem neh?
banyak.
dan macam-macam.

nurhidayah, tahniah di atas kewujudan facebook kau tuh.
akhirnya.
haha.
ingatkan tak tergode langsung.
haish.
takkan la tak tergode pulak, kan?

ukeh la.
sampai nanti!

p/s : yok belajar buat programming gune html kod! nak senang, klik je kat gambar bawah neh. best!


hey, rindunye!

  • 0


lama gile tak menulis kat blog.
busy kot?
banyak je menda nak cite.
tapi, wat mase neh hold dulu la.
naik sem nanti aku cite.
korang, RINDU!!!