Biarkan Aku Terus Bernafas Dalam Ego Aku Sendiri.

  • 11

Bukanlah ego mane pon kot. Cume, aku rasa, aku sangat perlu letak hal2 yang seperti itu ke tepi. Jauh2 ke tepi la. Sebab skang aku nak cube berdikari sendiri. Tamau terlalu bergantung kat orang lain. Walaupon agak sukar, aku cube. Ape yang pasti, aku sangat teringin nak dapatkan lesen keta. Aku nak tunaikan ape yang aku da janjikan. InsyaAllah. I will try my best to get my own driving license by the end of this year. Dan berharap, orang itu akan tersenyum gembira dan bangga dari jauh. Itu cuma harapan. Kalau dia tak buat pon xngape. Aku tak pakse. Ape yang penting, aku cube buat untuk dia juge. Ukeh. =)

P/S : Tapi aku tak rasa aku ego. Huhu. Aku memang tidak ego. Cume, tahla. No komen.

Tagged And Awarded By Zaki. Thanks.

Rules And Regulation:

Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. Dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..


25? Gile belambak. Huhu. Mentang2 aku memang kuat bercerita. Huhu. Nway, thanks a lot ye Zaki for both of the tagged and the award. Hijau. Tenang juge. Aha. Meh aku try layankan tagged anda. Hehe.


    25 Perkara Zaman Kecil :
  • 1. Suke pkai dress tym g skola tadika.
  • 2. Akan menangis tiap2 pagi raya sbb kena paksa pkai baju kurung.
  • 3. Perangai aku agak kelelakian; tomboy.
  • 4. Semua orang kena tunggu habis makan; nak2 lagi tym kat kenduri kahwin. (Mcm aku plak pengantin. Haha.)
  • 5. Selalu sangat jatuh; jatuh kepala dulu plak tuh. (Tuh yang degil gile!)
  • 6. Kalau main kawin2, mesti jadi pengantin lelaki. Haha.
  • 7. Solat dgn sepupu perempuan tanpa menggunakan telekung.
  • 8. Penah menang tempat pertama dalam pertandingan pakaian beragam kat Kotaraya. (Hadiah yang aku dapat lagi tinggi dari aku.)
  • 9. Sembunyi bawah meja sbb orang kedai or jiran aku gunting rambut aku terlebih pendek dan buruk.
  • 10. Tak suka buat kerja sekolah sme mcm yang kwn2 kelas lain buat. (We need to be different from others. Hehe.)
  • 11. Selalu g cuci tandas tym ari jumaat, waktu Kajian Tempatan yang diajar oleh Cikgu Meri Mehbooba.
  • 12. Takut nak balik uma sbb jam yang baru ditukar betri termasuk dalam lubang jamban di mana aku baru lepas melaburkan sahamku; sekaligus terus tarik flush dengan bangganya. (Antara kenangan terpahit pernah aku lalui.)
  • 13. Penah jadi kapten hoki yang sangat berwibawa.
  • 14. Penah jadi olahragawati atas belas kasihan dan simpati kawan-kawan tersayang. Haha.
  • 15. Suke sangat kacau budak-budak yang baik; kurang baik dr aku la. Aha.
  • 16. Main mcm Istana Takeshi mase darjah 5 dgn budak kelas smpai daun2 cntik tuh tak wujud da skang.
  • 17. Selalu pakai tshirt dgn sluar tracksuit dalam baju kurung skola.
  • 18. Asek mintak makanan lebih kat Cikgu Ati tym skola tadika.
  • 19. Kalah teruk mase masuk pertandingan pakaian beragam kat skola tadika dua kali berturut2 sbb asek lambai kat mak aku yang senyum2 kat bwh stage. Huhu.
  • 20. Sangat suka main air masuk dalam botol. Sampai kat uma pon aku buat jugak. Habes nila mak aku kitorg wat main. Ye la. Nak nampak ade warna. Budak2 la katekan.
  • 21. Pemain guli yang agak handal; sampai terlalu banyak guli kat uma dan adik aku nak telan, sampai aku tak reti nak balik uma tym Maghrib. (Disebabkan oleh itu, mak aku menawarkan dirinya sendiri untuk merebuskan air guli khas buat minuman aku. Adeh!)
  • 22. Penah curik2 minum air oren yang lazat yang dibawa oleh Babat (Syafiq Ibrahim) mase bulan puasa mase darjah 3. Tapi balik aku tetap wat2 penat dan tipu mak ckp aku puasa. Sebab kalau puasa cukup, makcik aku nak belikan anting2 emas. Haha. Walaupon jahat, aku tetap dapat anting2 tuh. Yay me!
  • 23. Terjatuh dalam longkang / parit besar mase kat kenduri kahwin pakcik sedara aku kat Pontian. Gile malu. Hbes koto. Orang yang dtg bukan tgk pengantin, tp tgk aku. Huhuhuhuhu.
  • 24. Selalu sangat kena pukul dgn mak sbb sangat degil dan keras kepala, sampai aku lari dari uma dan menetap di uma atok aku yang hanya beberapa tapak dari uma aku. Huhu. Tak berapa lama lepas tuh mak aku pujuk. Aku menang! Hihi.
  • 25. Minum susu botol sampai darjah 6; dan hampir-hampir nak bawak botol aku yang aku sayang tuh g SBP. Mujur aku waras lagi.


Itulah kesemua 25 perkara yang mungkin korang xpernah tau pasal aku tym aku kecik dan smpai skola rendah la. Agak segan juge nak share. Sbb bnyk yang memalukan. Tapi, aku peduli ape, kan? Hehe. Tapi ape2 pon, aku sangat enjoy dengan zaman kanak2 aku. Sangat seronok dan seakan bahagia. Tiap waktu pon rase sangat memberangsangkan. Hoho.

Ukeh. Nak kena tagged lagi 5 orang eh? Nak tag Zaki smule bulih? Huhu.

5 orang baru kena tag:

  • 1. Amirol




  • 2. Amin




  • 3. Accy




  • 4. Ainun




  • 5. Allia




  • Ah. Amek. Semuanya 'A'. Sbbnye? Ade la! Aha. Ukeh2. Aku da ngntuk gile da neh. Huhu. Aku tdo dulu ye. Salam.

    Kata Hati Saat Ini.

    • 6


    Aku rasa
    perjalanan kali ini begitu jauh nampaknya
    Membawa aku ke segenap ceruk
    menyelinap ke serata lorong-lorong pencil
    Terasa begitu berat kaki melangkah
    tangan yang dihayun lesu meronta-ronta minta simpati
    Aku begitu lemah dan tidak berdaya
    apabila melihat setiap langkah terakhir ku
    cuma tinggal kesan yang pudar
    Aku terasa sayu dan syahdu
    bila mana aku dongak
    dan aku hanya lihat deraian air hujan
    Di saat itu aku menangis
    Di saat itu aku meratap
    Di saat itu aku tersedu
    Entah bila aku mampu berdiri
    sampai bila aku akan terus menyendiri
    Kadang aku sendiri sangsi
    tentang betapa aku membenci perasaan seperti saat ini
    yang mana aku keliru
    antara kebenaran sebuah kehidupan
    dan keraguan sebuah khayalan
    Harapan yang sedari dulu dilontar hampir dengan diri
    kini dibuang jauh
    jauh hingga hilang dari pandangan
    Bukan aku terlalu mengimpikan kebahagiaan yang memukau mata setiap manusia
    Bukan jua kedukaan yang merentap jiwa seorang insan
    Aku cuma mau
    Secebis rasa kasih
    Segumpal rasa rindu
    Segunung rasa sayang
    Selautan rasa cinta
    Dan segenggam setia
    Mungkin hari ini bukan yang terbaik buat diri seperti aku
    entah bila akan tiba
    saat itu
    Walau dinanti tak kunjung tiba
    walau dicari tidak ketemu jua
    Tabah, hadirkan diri
    Sabar, tegaklah berdiri
    Iman, jangan kau goyah
    Hajar, ingatlah Allah.


    P/S : "Hidup tidak selalunya indah. Langit tidak selalunya cerah. Suram malam tanpa bintang. Itulah lukisan alam."

    P/S/s : Harap-harap, hari yang mendatang akan menjadikan aku lebih matang dan tenang dalam menjalani hidup ini. InsyaAllah. Amin. =)

    SukatiSukatiKauJekNakBlaCmtuhJekKauIngatKauDaCkupBagusKauIngatAkuTunggulAkuMenyampahJanganHarapAkuNakMintakMaapKatKauLantakKauLaLabuApeNakJadiJadiLa.

    • 6
    Satu ayat sje yang bulih describe diri budak tuh buat masa neh :

    PATHETIC

    Ah? Hem. Oh. Ukeh.

    • 6
    Dia mintak aku cube paham dia. Tapi dia tak pernah cube untuk paham aku. Dia mintak aku cube untuk paham situasi dia. Tapi dia tak pernah cube untuk paham situasi aku. Aku kesal. Aku sedih. Aku kecewa. Tuhan, berikan aku kekuatan. Biarkan teman-teman menemani setiap hari sepiku.

    Suke - nye!!

    • 14

    Familiar x ngan tajuk tuh? Huhu. Kepada kengkawan yang ade YM aku, mcm penah nampak la kot. Huhu. Tahla. Alhamdulillah. Ari neh aku agak suke la. Mungkin sbb waktu pagi aku telah diceriakan oleh Ustat (belum sempat tanye nama) yang mengajar Islam dan Isu-isu Semasa kat BK3 N24 ari neh. Hihi. Oh. Dia sangat - CHOMEY, ukeh? Haish. Dia ckp pon syok. Isi2 nye sangat merangsang otak aku. Dan membuatkan aku kurang mengantuk. (Dengan bantuan Ejat juge). Thanks Ejat! Urutan tangan kau sangat menenangkan! Hihi.

    Perjumpaan ngan Encik Ishak bersama Enon dan Lan (pakwe Enon) juge sangat sangat sangat melegakan. Alhamdulillah. Feedback dr Encik Ishak macam agak memberangsangkan. Aku suke! Hehe.



    Perempuan ngan Lelaki, sape lagi power bawak kenderaan? Dan ape sebabnya?"


    Haha. Cube la bg jawapannye. Ala. Mudah sje. Kepada yang da tau jawapannya, kabo2 la kat mereka2 yang masih tidak tahu. Enon kate, soalannye agak membengangkan dan tah ape2 tah. Tapi.. Aku peduli apa? Huhu. At least, Lan jawab, ukeh? Haha.

    Ukeh. Berita terpenting. Hari ini bersamaan dengan 15hb Julai 2009 - Rabu - Taman Universiti. Buat pertama kali dalam hidup aku sepanjang 20tahun neh, ari neh 1st tym aku memiliki kasut sukan sendiri. Dan dibeli oleh aku sendiri. Haha. Yay me! Cinta gile ari neh! Walaupon harga kasut tuh xbape nak mahal, aku xkesa. Sbb dari kecik aku memang xbape kesa tentang branded stuffs dan berapa murahnye sesuatu barang tuh. Cume, aku agak cerewet dan memilih dan lembab dan sengal dan cepat givap bile membeli barang sendiri. Huhu. Tapi, walau bagaimanapun, aku tetap bahagia la. Sebab aku da ade kasut sukan baru. Selama neh pon, aku bersukan cume pinjam kasut orang. Sampai terkoyak!



    Ejat di depan kedai kasut yang Uncle nye sempoi! Nice shot, Ejat!

    So, akhirnya impian aku untuk memiliki kasut sukan sendiri telah tercapai ari neh. Terima kasih banyak2 wat mak dan abah yang banyak membantu. Tak lupe juge buat kawan2, esp Ejat yang telah memboncengkan motorsikalnya kepada aku semata-mata untuk membeli kasut sukan. Tak lupe juge buat Amin yang telah sudi meminjamkan helmetnye yang muat di kepala aku. Thanks kat Fara skali. Helmet dia yang aku pinjam tuh, xmuat kat kepala aku. Kapla besaq. Haha. Ape2 pon, thanks la semua kawan2! Korang sangat supportive! I love you all demn much!!! ♥♥♥♥♥



    Muah. Muah. Muah. Kat Ejat!

    Latihan hoki tadi aku turun lambat. Tapi agak syok la. Sbb Pa'e teman smpai padang. Hehe. Tenkiu Pa'e. Bila jalan ngan Pa'e, semua orang (lelaki) mcm admire kat dia. Budak baju hitam. Tade pon yang admire kat budak baju hijau neh. Huhu. Agak sedih di sana. Tapi tidak mengapa. Saya peduli apa. Haha. Hidup Pa'e! Sape pon yang suke dia, aku yang paling pertama suke dia! Hihi. (Aku da puji neh Pa'e.. Hutang langsai dengan percuma, ye? =P).

    Oh. Lupe nak ckp! Kemungkinan besar, jersey hoki aku untuk SUKAM kali neh akan berwarna 'kuning - itam' dan bernombor --> 2! Teruja sangat! Cinta nombor 2! Sangat. Sangat. Sangat! Aku harap aku mmg akan dapat nombor tuh. Berharap sangat. Tapi, kalau bukan rezeki aku, aku akan cube ambik nombor 9 sebagai ganti nombor 2. InsyaAllah. Yang penting, tadi adalah kali pertama aku turun untuk bermain sukan menggunakan kasut sukan sendiri. Hahahahahahahahaha.

    Kadang2 poyo jugak aku neh. Asek cakap benda yang sama berulang kali plak. Eh. Aku peduli ape! Ex-ci-ted, ukeh? Huhu.

    Ukeh la. Aku perlu membasuh baju yang sangat banyak di dalam baldi. Kemudian aku perlu menyiapkan segala tugas yang terbengkalai. Jumpe lagi! Salam. =)


    Ade macam Puan Rahmah - Unit Sukan UTM x? Muahahahaha!


    P/S : Identiti kasut sukan baru aku akan dirahsiakan dahulu buat mase sekarang. Ianya hanya akan mendarat di dunia maya dalam beberapa hari lagi, InsyaAllah. Haha. *suda la aja.. berhenti menjadi poyo.. tade yang hingin tgk kasut kau tuh.. adeh!*

    Ping - Key. E - Yuw! Haha.

    • 7
    Ukeh. Tajuk memang tah ape2 la. Aku tau itu. Tapi aku peduli ape. Huhu. Aku sangat penat ari neh. Bukan aku sje. Kawan2 sekelas juge, rasenye. Hoho. Da la tym kelas kol 5-7 td petang aku ganyak tido dalam kelas. Huhu. Sampai tersengguk2 aku. Memang ngantuk + letih yang tidak tertahan. Lecturer aku siap bulih hurai berjela-jela pulak. Lagi berjela-jela la mimpi aku. Huhu.

    Yang penting, aku pkai baju pink ari neh. Eh. Baju putih + bunga pink + daun ijau + tudung pink(tudung Daya - my rumet). Terasa ayu gtu! Aww! Haha. Gedik juge aku neh kdg2. Huhu. Banyak gambo yang Accy tolong tangkapkan. Cume ade satu dalam simpanan. Tadi nak mintak dia, tdo plak budak tuh. Penat sgt la tuh. Sian si kecik yang chumey itu. Isk3.

    So, gambo serba ping tuh cume ade satu aku lampirkan dalam post neh. Kat bawah skali tuh. Gambar yang atas2 drpd yang ping tuh, gmbo semalam. Mase g jusco ngan Fadh dan Pa'e. Kami makan di Johnny. Sedap? Agak ah. Kenyang. Pa'e dapat title baru. Red Ranger! Kenapa? Ah. Lihat. Teliti. Dan tentukan. Serta fahami keadaan dia. Haha. Mahal tuh beb. Aku yang pilihkan. Pewwit! Ukeh la. Aku ngntuk. *heck - tick!*








    Aku rindu my Pinky. Shhhh. Jangan bgtau dia!

    Kebenaran Itu Menenangkan.

    • 4
    'Ubadah bin Shamit mengutarakan, Muhammad Rasulullah saw bersabda, "Maukah kalian kuberi tahu tentang sesuatu yang dipergunakan Allah memperkukuh bangunan dan meninggikan derajat?" "Tentu, ya Rasulullah." Rasulullah saw bersabda, "Hendaklah engkau bersabar menghadapi gangguan orang bodoh, memaafkan orang yang berbuat zalim kepada dirimu, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadamu, dan memulihkan hubungan dengan orang yang memutuskannya denganmu". (HR Thobrani).'

    Tahukah Anda?

    Aku dapat benda neh dari Friendster. Budak2 neh post kat bulletin. Cmbesh plak. Hehe.

    > 1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
    >
    > 2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
    >
    > 3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
    >
    > 4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
    >
    > 5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
    >
    > 6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
    >
    > 7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
    >
    > 8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
    >
    > 9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
    >
    > 10. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
    >
    > 11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
    >
    > 12. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
    >
    > 13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
    >
    > 14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?


    P/S : Oh. No komen!

    Hati Terluka.

    • 0

    Chill Lah | NESCAFE.

    • 0

    Silalah klik untuk gambar yang lebih terang dan jelas dan besar.

    Ianya under Nuffnang. Setakat yang aku tau la. Aku xpaham sangat. Tapi, ia agak simple. Kepada sesape yang minat untuk menulis skrip atau cerita sendiri, bulihlah join. Aku macam teringin. Tapi sayangnye aku xreti nak reka cerita. Kalau reti pon, xkan jadi cite da. Terus jadi filem. Box office lagik kau! Huhu.

    Aku tengok da syarat dan peraturannye. Memang simple la. Sape2 pon bulih join. Bulih menang RM24,000 beb! Sape tamau? Huhu. Nak tulis cerita korang dalam English bulih, BM bulih, Mandarin pon bulih. Bahasa ape tah lagik. Yang aku sempat roger 3 tuh sje la. Yang paling penting, korang kena muatkan scene di mana ade produk diorang la. Si Nescafe tuh. Aha. Kalau skrip korang terpilih, maybe cite korang tuh akan difilemkan. Gempak x? Gempak ayam bergaya juge.

    So, ape tunggu lagi? Kepada yang ade niat nak blanje aku @ belikan aku kasut sukan baru @ belikan aku buku rujukan Data Structure Dr. Dayang @ belikan aku sandal Scholl @ belikan aku tomyam K9, sila2 la melawat ke Nescafe, ye? Dan hantarkan sebanyak mungkin penyertaan dengan cite menarik. Bile da menang, roger aku. Aku available punye. Haha. Semoga berjaya!

    Aku Nak Kawen Weh! Jemput Ye!


    Huhu. Gempak x tajuk aku kali neh? Adeh! Tade la. Aku main2 sje. Aku cume nak mintak pendapat korang. Agak2, awal sangat x kalau umur 21 nak kawen? Huhu. Aku bukan niat nak kawen umur 21. Aku cume mintak pendapat sje. Kalau orang dulu2, 21 tuh da kire agak lewat kot bagi sorang pempuan untuk berumah tangga. Tapi skang neh, 21 tuh macam nampak agak awal.

    Bagi pendapat aku pon, 21 bukanlah umur yang sesuai bagi seorang gadis untuk berumah tangga. Kecuali dia sudah benar2 bersedia dari segala segi pon. Tapi, kalau gadis2 yang jenis mcm aku neh, huhu. Jangan mimpi la nak kawen umur 21. Aku? Aku memang xpernah teringin pon nak kwen umur 21. Nak kawen x? Haha. No komen. InsyaAllah. Panjang umur, ade jodoh, kawen la. Ye x? Huhu.


    Bukan ape. Skang neh, sangat banyak pasangan muda yang hidup mereka porak peranda. Kononnye kawen awal unutk elak maksiat. Tapi rumah tangge huru hara. Same je kot? Da terlalu banyak kes cerai skang neh. Nak2 lagi artis. Tukar suami, tukar isteri, macam tukar baju. Huhu. Ah. Agak2, mane lagi syok? KAHWIN @ CERAI?

    Aku tade idea. No komen. Dua2 mcm sme sje kot? Tah la. Aku tade pengalaman lagi. Nanti la. Aku try roger2 pengalaman orang lain. Nak tgu aku yang alami sendiri, takot xkawen plak aku kang. Huhu. Dulu penah juge berkeadaan tidak berkeinginan untuk berumah tangga. Tapi, bukankah ia merupakan satu sunah Rasulullah S.A.W. yang patut kita ikuti? Dulu aku selalu kena sound - "...kau tanak kawen, Nabi tak ngaku umat tau! Dosa besar kau!". Nak jawab ape? Garu kepala, korek telinga.


    Ape2 pon, aku teringin sangat nak g jemputan kawen kawan2 aku. Bile la aku bulih dapat kad jemputan dr kawan2 aku neh. Xsabar nak makan tomyam kat majlis diorang. Ah? Tade tomyam? Huhu. Malang sungguh. Asek nasik minyak sje. Tak adventure! Xngape. Orang tak buat, nt eden torai! Hahahaha. Ukeh la. Wuteva!

    P/S : Kepada yang nak kawen, jemput aku. Terutama yang sediakan tomyam. Wajib jemput aku, ukeh? Hahahaha. Roger.


    P/S/s : Aku bukanlah dalam keadaan mode jiwang romantik, ukeh? Aku cume mengantuk dan penat. Ade kaitan x ye? Huhu. Oh. Aku peduli ape. Yang penting, aku sje jek. Sikap ingin tahu yang tinggi dalam diri kot? Haha. Ala. Layankan sje aku neh. Ah.

    Loker Idaman. Ouh. I Like!






    P/S : Sori la Mimito Marcello. Aku terpaksa! Hahahahahahaha. Ukeh kawan2. Gambar neh kredit to Mimito Marcello ye. Roger.

    Terima Kasih Atas Nasihatmu - Dedi.

    • 0
    teguran dari saudaramu lebih baik dari pada kehilangannya ^_^ jaga ukhuwah selalu

    Aja, Sabar. Baik.


    Aku agak bengang ari neh. Penat + ngantuk + geram + bengang + sewel + moody + nyampah + menyirap. Ah. Macam2 ah. Yang penting perasaan bercampur baur.

    Mule2, plan batal. Aku sabar lg. Then, xjd. Nyusahkan katenye. Oh. Jadi hiburan lebih penting nampaknya. Aku pura2 sabar. Lepas tuh, degil + jadik lembab + lampi tetibe. Sabar pulak yang berpura2. Aku nak temper. Last2, pentingkan diri. Aku ape lg! Hangin la. Oh. Kecewa dengan ape yg terjadi.

    Hujan da titiskan air mata aku. Huhu. Sedih xterkata. Tatau sampai bile aku bulih tahan. Sampai bile aku nak pendam. Susah kawan dengan aku neh. Orang xkan paham. Sebab aku sendiri pon xphm diri aku. Ah. Lantak ah. Sukati dia la. Aku............. TENSION!

    P/S : Buat2 paham suda! Rahsia diri yang dikongsi bersama. Cmneh la citenye. Harap maklum. Huhu. Thank you. Thank you.

    Selamat Hari Lahir, Sayang.

    • 2
    Aku pernah nyanyikan lagu ini masa hari lahirnya yang ke-15 dan yang ke-16. Kali ini, aku akan menyanyikannya lagu yang sama lagi. Sayang, Selamat Hari Lahir.


    Selamat Hari Lahir
    Album : Ya Rasulullah
    Munsyid : Saujana
    http://liriknasyid.com


    Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
    Pohon melambai tanda sokongan,
    Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
    Dihari lahirmu sahabatku,
    Dedaun berguguran,
    Membuktikan kedewasaan,
    Walau tanpa madah dan hadiah,
    Namun cukup untukmu sekadar ucapan...


    Selamat Hari Lahir,
    Iringan doa kuhulur,
    Bersyukur kepada-Nya,
    Atas nikmat usia.

    Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
    Pohon melambai tanda sokongan,
    Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
    Dihari lahirmu sahabatku,
    Usiamu ibarat mutiara,
    Tiada berganti lagi,
    Hiaskan iman bersulam taqwa,
    Agar sempat menuju haruman syurgawi.


    Selamat Hari Lahir,
    Iringan doa kuhulur,
    Bersyukur kepada-Nya,
    Atas nikmat usia.


    I Love You. I Do.

    • 2

    Credit To Miss Leeya. Thanks, Babe.

    • 6

    Tgk blog Leeya. Bace post yang lepas. Nampak ayat dia. Cool. Menggambarkan keadaan dan suasana aku saat ini. Dan video dia skali. Gile kelako. Hampir tergelak guling2 juge. Huhu. Agak lampi juge si B88h tuh. Haha. Oh. I'm not gonna use that **. Ukeh. Go!


    There r a lot of misunderstanding in communication, and that is why people should learn how to communicate...

    Oh! Sangat makan dalam. Haha. Adeh! Agak geram juge. Semalam dia ukeh. tadi pon mule2 ukeh sje. Dahtu tibe2 macam hangin. Aku pon nak hangin juge la! Adeh! Apsal tah ngan dia. Amende tah yang xkena. Bile aku tanye tanak jawab plak. Buat bodo sje. Naseb baik dia pandai. Huhu. Sabo sje la aja oi. Nak wat cmne. Kalau pakse2 pon dia peduli ape, kan? Huhu.

    Ye la. Aku ngah sabo la neh. Kalau xsabo, aku cium2 dia smpai lemas. Huhu. Aku neh keje nak cium org sje. Hem. Eh. Da nak ahad la seh. Cepatnye. Ari tuh mcm xsbr. Skang mcm mls tahap dewa. Padahal bukan ah jauh sangat. Hoho. Seksyen 2? Aku suke da teruja. Tp tuh mule2 aku dpt seksyen tuh. Skang? Adui. Mcm ade yang keruh di sebalik kejernihan itu. Hehe. Lecturernye ka? Mungkin.

    Ukeh la. Aku sedang sakit ati tnggu seseorang neh. Huhu. Siapa? Akak aku! Konon nak ajak aku jalan. Last2 dia tinggal aku gtu sje. Memang silap besar. Tgk sje dia la nt. Huhu. Ukeh. Malas nak ngomel banyak2. Bosan asek on9! Roger n out. Salam.

    Kasihankan Siapa?

    Agak lame juga aku mendiamkan diri. Lama? Hoho. Lebih dari sehari kira lama la, kan? Huhu. Banyak jugak perkara yang berlaku. Oh. Aku xsangke dia still bace blog aku lg. Well, thank you. Thank you. Aku xmintak. Tapi, kau da dtg tgk, aku teruja juge. Hehe.

    Skang aku sudah pulang ke rumah dan siap2kan barang untuk dibawa pulang ke UTM ahad neh. Wah2. Da nak naik sem baru. Semangat baru xsmpai2 lg neh. Huhu. Xngape la. Nanti aku cari kat sne. Hehe. Eh! Aku dengar cite, ade seorang pempuan mati kat UTM mase lahirkan anak? Wah! Kat kolej mane la tuh eh? Huhu. Aku sangat berharap ia bukan Kolej Perdana. Eerie! Aduihai. Tatau la mane silapnye smpai bulih ade kematian ngeri kat situ. Huhu.

    Ah. Beberapa minggu yang lepas, ade la satu kejadian di alam cyber neh yang membuatkan aku sedikit tersentak dan sedih. Sayu juge. Malas nak ckp banyak. Tapi, aku cume sedih dan agak kesal dgn sikap segelintir orang yang tidak bulih ditegur. Aku ade terdengar satu ayat tuh. 'Pandangan orang itu adalah amat penting bagi membentuk peribadi diri'. Dan lagi satu, 'Teguran yang baik kepada sesama kita merupakan satu sedekah'. Hah. Aku pun terkesima ngan kata2 tuh. Ye la. Kite xkan tau dan mungkin xpenah amik tau bahawa ade kebaikan di sebalik teguran yang kite terima.

    Aku akui, memang payah dan perit nak dgr kritikan dari orang lain tentang diri kita. Terutama, yang buruk2 tentang kita. Aku pun cmtuh. Cume, dalam diam, aku cube selami kritikan itu. Sebab bagi aku, orang yang menilai diri kita. Sukar untuk kita menilai diri kita sendiri secara tepat. Orang selalu ckp, jangan pedulikan ape orang lain kata. Memang betul. Tapi biarlah kena pada tempatnya. Jangan sukahati kat mane2 pon nak gune pepatah tuh. Kurang elok juge kot.

    Dan, aku sedih bile masalah menimpa kita, kita sampai buang kawan. Sensitif gile. Aku heran. Kenapalah ade jugak orang2 yang suke sangat buang2 kawan neh. Nak2 lagi yang da lame berkawan. Aku tak pasti aku tujukan benda neh kat sape. Ape yang pasti, aku rasa simpati kat seseorang yang aku anggap teman walaupon aku xpernah kenal siapa dia sebenarnya. Sebab benda kecik sje, dia dibuang kawan. Aku tatau pulak ade istilah BEKAS KAWAN sebab biasanya cume ade istilah BEKAS KEKASIH sje. Huhu.

    Sedihlah beb bile korang tinggal2 kawan, buang2 kawan. Korang xrase nak hargai langsung ka persahabatan yang korang jalinkan? Sakit tau. Pedih. Siksa. Kecewa. Kesannya sangat mendalam. Aku ckp sbb aku pon penah rase. Dan aku sangat bencikan ia. Aku xpaham kenapa dengan mudah korang amek jalan penyelesaian putus kwn. Macam da mmg tade cara lain ka? Janganlah buat keputusan terburu-buru. Fikir baik buruk sesuatu perkara dulu. Bayangkan sje kalau korang yang berada di tempat mereka yang diputuskan kawan tuh. Cmne?

    Hem. Aku harap, siapa2 yang rase dia mcm da terbuang kawan2 dia, pk la semula. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Inikan kita manusia biasa. Cukup sekadar memaafkan. Jangan dibuang2. Kelak korang menyesal nt. Nak lupekan itu memang sangat hampir kepada mustahil. Hendak menerima seseorang itu kembali seperti sediakala, memang memakan masa. Xngape la. Bukankah Allah akan sentiasa memberi peluang kepada hambaNya yang ingin bertaubat? InsyaAllah.

    Ape2 pon, belajarlah untuk menghargai ape pun yang ade depan mata. Kita tidak tahu ape yang bakal tibe pada masa akan datang. Yang depan mata itu suatu yang pasti. Yang lain2 belum tentu baik buruknye. Kalau ape yang ade depan mata itu baik, hargailah ia. Kekalkan kebaikan yang ade padanya. Pupuk kasih sayang kepadanya. Jangan sia-siakan ia. Kalau yang depan mata itu tidak baik, hargai ia juge. Bentuk ia supaya menjadi baik. Tanamkan rasa sayang dalam dirinya. Belai ia sementara ia ade. Yang baik itu pasti ade buruknya. Dan yang buruk itu pasti ade baiknye. Percayalah.

    Kita jangan sesekali cuba untuk menzalimi diri kita sendiri dan menyalahkan orang lain atas kesalahan kita sendiri. Dan yang paling penting, jangan pernah menyalahkan takdir. Kerana ia sama seperti menyalahkan Allah yang tidak pernah silap dalam ape perkara sekali pun. Kita perlu sentiasa ingat, jika kita susah, itu rezeki. Jadi, ucaplah Alhamdulillah. Jika kita senang, itu juga rezeki. Jadi, ucaplah Alhamdulillah. Ape pun jua keadaan kita, janganlah kita lupe menyebut Alhamdulillah. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita. Bukankah kehidupan itu penuh dengan warna-warni? =)

    P/S : Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan mereka sendiri yang menzalimi diri mereka. Maha Suci Allah.