terbaik ah cuti sem neh!

  • 4
ala.
tajuk nganjeng je tuh.
terbaik sangat la.
bosan nak mati.
huhu.
sedih seh cuti tade duit.
duduk rumah pon rasa macam merempat.
isk3.
nasib baik makan minum cukup.
kalau tak, kurus la aku.
silap-silap naik sem tinggal tulang je.
haha.

eh.
tapi, dok uma kurang selera makan, ukeh?
harap maklum.
nampaknya akan turun lagi la berat badan aku neh.
haish.
gemok susa.
kurus pon susa.
ape yang senang?
tade yang senang.
semua susa.

tiap-tiap hari mesti kena menatap wajah ilham dan raihan.
hoho.
raihan = menjerit.
ilham = menangis.
korang rasa aku nak settlekan sape dulu?
silap dua-dua aku tinggal je terbengkalai.
agagaga.

tak banyak yang terjadi cuti neh.
nak on9 pon malas.
tuh yang tak update blog.
konon-konon macam da lame la.
padahal baru bape ari.
hoho.

kawan-kawan, adekah kadang-kadang post aku jiwang?
hahaha.
ala.
rilek-rilek suda.
bukan selalu.
aku memang jiwang orangnye.
eh.
bukan jiwang je.
romantik jugak!
ehem!

sje je nak jiwang-jiwang.
untuk kawan-kawan aku, untuk aku jugak.
ingat korang je bulih jiwang?
eleh!

oh.
yang tersayang berada jauh di mata.
namun dekat di hati.

sejak ikan-ikan aku kat Fish World mati kat facebook tuh, aku macam malas plak nak on9 fb.
huhu.
ilang semangat.
cmne la bulih mati.
ikan-ikan buntal tuh!
mahal tuh!
agak geram juga di sini.
sape la yang nak tolong aku revive mereka tuh semua?
siapa?
adekah ilham?
ataupon raihan?
haish.

jumaat ari tuh ade ape tah kat danga city mall.
pameran it kot kalau tak silap.
ingat nak pegi.
jap lagi, tanak ramai pulak kereta-kereta nakal kat situ.
so, lalu di jalan bertentangan je la.
tak singgah pon.
takkan sempat!
takot abes minyak mase queue je!
da la sesat.
adeh!

2012 tade la gempak mane pon.
biasa-biasa je.
itu bukanlah the end of the world.
cume bencana je.
sebab, masih ade orang yang hidup.
survivor la konon-konon.
padahal, kalau kiamat(the real end of the world), mane bulih ade survivor.
nobody survive.
masa tuh, helikopter ke, kapal terbang ke, jet ke, kereta kebal ke, kapal besar sebesar besarnya ke, takkan dapat membantu!
langit pon runtuh.
mungkin air pon bulih terbelah dua.
kuasa Allah.
siapa tahu?
wallahualam.

tuh la.
tengok cte-cte camtuh, kena jage-jage.
orang-orang mereka ada banyak plan dan cara untuk memesongkan pemikiran orang Islam neh.
nak tgk tak salah.
nak insaf pon tak salah rasanya.
tapi jangan terpengaruh dan percaya sangat.
itu semua mungkin cume helah sje.
entah la.
itu pada pendapat aku la.
yang penting bahaya la.

ah.
da la aku g tgk muvi tuh ngan sepupu aku malam-malam.
yang aku bengang, dia beli tiket yang tempat duduknye cmneh:


yang 'H' tuh aku.
yang 'A' tuh dia.
bergaya tak?
ah.
korang tentukan la sendiri.
huhu.

da la yang duduk sebelah aku tuh lelaki.
ngan awek dia.
suap-suap awek dia la.
aku dok kat sebelah tuh dok buat muka je menganjeng dorang.
macam dia sorang ade awek!
ape ingat aku tade pakwe ke?
eleh!
da la selekeh.
buang sampah makanan kat situ jugak.
benci gile seh!

aku sje je buat bunyi bising gune plastik yang aku bwk.
jap lg rupe-rupenye dia pon ade plastik bising jugak!
aku sje makan twisties cheese sebab baunye kuat.
jap lagi dia makan kopok ubi ape tah.
lagi kuat bau nye!
tak bulih jadi neh.
aku sje letak tangan aku kat kerusi dia.
pastuh dia pon sebok nak letak jugak.
dahtu terlanggar tangan aku.
aku terus buat muka dan tarik tangan aku dan galihkan badan aku jauh dr kerusi dia.
pastu aku lap-lap baju aku yang kena tangan dia td.
dia tengok je aku.
hee!
geli!

bile lampu da terbukak(cte da hbes), aku tgk muke dia.
haish.
patutlah!!!
bukan orang Malaysia rupenye!
ceh!
nasib baik bukan orang Malaysia.
aku tau.
orang Malaysia takkan buat gtu.
hnmph!
kalau aku jumpe dia, aku korek idung dia sampai wujud satu lagi lubang kat sebelah lubang idung dia yang sedia ade tuh.
huh!

a'a la.
skang neh, bersepah-sepah,sekeliling aku semuanya dok kawen je.
sepupu aku la, pakcik aku la, jiran aku la, mmbe aku la, mmbe akak aku la, aku la.
eh?
aku.
tak la!
takkan la aku!
huhu.
ye la.
bile tengok diorang sebok dok kawen je, tetibe aku pon macam tak sabar pulak nak kawen.
bulih tak gtu?
hahahahahahaha.

calon?
tade hal la.
dalam hati ade cinta.

diorang neh muda-muda lagi kawen da.
ntah tau goreng telur ke tidak tuh.
tah-tah, jerang air pon tatau.
aku ckp sebab aku tau buat, ukeh?

aku nak nasihat sikit.
walaupon aku tade pengalaman dalam hal-hal rumahtangga neh, tapi berdasarkan pengalaman orang-orang terdekat aku, aku syorkan, janganlah kawen muda.
i mean, when you are not ready yet to take all the responsibilities when you are in your marriage life, then you just have to wait until you are ready.
janganlah berani-berani mengambil risiko yang sangat tinggi, sangat berat untuk dipikul.
bahaya.
especially yang perempuan tuh.
korang, biarlah pandai masak dulu, pandai kemas umah dulu, pandai jage hati orang sekeliling dulu, pandai kawal marah dulu - barulah berfikir untuk berumah tangga.
kesianlah kat bakal suami korang kalau korang biarkan suami korang tuh terabai nanti.
jangan jadi queen control.
tak baik.

korang kena ingat.
lelaki tuh, dari lahir, sampailah ke akhir hayat diorang, syurga diorang bawah tapak kaki mak.
macam dalam lagu 'Your Mother' tuh.

... who next?
Your Mother
... who next?
Your Mother
And then your father.

tapi orang pompuan neh lain sikit.
lagu tuh sinonim ngan mereka cume bila mereka masih bujang(janda tatau pulak. huhu.).
bile da kawen, "syurga itu di bawah tapak kaki suami."
lagu pon da tukar da.

... who next?
Your Husband
... who next?
Your Husband
And then your Mother.

aha.
gtu la.
oleh kerana itu, bagi kita-kita yang masih lagi single(available ke, tak ke, termasuk jugak), berusahalah lebih gigih dalam mencari lelaki-lelaki yang soleh dan wanita-wanita yang solehah.
janganlah asek - "ala. dia terlalu baik untuk aku. tak sesuai untuk aku."
ah.
iye la tuh.
memandai kau je.
hello!
belum cube belum tahu tau.
huhu.
orang kalau bulih nak yang terbaik.
yang kau plak, bile da jumpe yang terbaik, cakap gtu pulak.
kau da gile ke ape?

kita hidup neh kan saling melengkapi.
tapi, melengkapi neh bukan suami isteri sje ye.
ape-ape pon.
macam kopi, mesti ade susunya.
macam kacang, mesti ade kulitnya.
macam baby, mesti ade maknye.
macam bulan, mesti ade bintangnya.
masakan pokok bergoyang kalau angin tak bertiup, tak gitu?
kawan-kawan kita pon melengkapi hidup kita.
penting tuh!

ah.
aku rasa penat pulak dok menaip.
nanti lagi aku taip lagi eh.
aku nak makan.
aku nak kelihatan seperti sedia kala bile naik sem nanti.
aha.
ukeh.
semoga berbahagia semua.
=)

p/s : happy belated birthday ye azim.



4 comments:

aminx said...

ak rse owk,cuti mu lagi menarik dr ak r..hahaha..dhlaa mu g tgk wayang cter 2012 ..gler best..ade kejadian plop tu terjadi..hahaha..tahniah r buat mu.. :D

itisrajah said...

aming - haha. cuti aku sentiasa menarik la beb. mekasih ah kate tahniah kat aku. memang patut pon. ceh!

ketupat said...

yeah..ajim begaye

itisrajah said...

ejat - ye. dia sentiasa bergaya.