thanks, rumetku yang disayang-sayang.
terharu bace ur special birthday letter.
sori bace lambat.
hehe.
ukeh.
teman-teman, sekarang umur aku suda 21 tahun!
tepat umur 21 pada 9 januari 2010.
kejap je rasanya da bertambah umur aku.
rasa mcm baru semalam umur aku 12 tahun.
over tak?
tak kesa la.
ape-ape pon, first of all - aku nak ucap syukran, alhamdulillah, terima kasih Allah di atas kurniaan umur yang sangat berharga buat aku.
terima kasih kerana masih memberi aku nikmat hidup dan bernafas dalam agama yang sangat aku cintai, Islam.
dan terima kasih kerana masih kurniakan aku nikmat iman yang masih gagah sehingga aku cukup dewasa sampai waktu neh.
aku sangat bersyukur dengan segala yang telah Allah berikan untuk aku selama 21 tahun aku hidup di dunia neh.
bersyukur sebab aku dilahirkan cukup sempurna.
bersyukur sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat bahagia.
bersyukur sebab aku dikurniakan emak yang cukup menyayangi diri aku.
bersyukur sebab aku dikurniakan abah yang sentiasa memberikan bantuan dan dorongan kepada aku.
bersyukur sebab aku dikurniakan abang, akak, dan adik-adik yang selalu membantu aku tak kira senang ataupon susa.
bersyukur sebab aku punya saudara-mara yang sentiasa mengambil berat tentang aku.
bersyukur sebab aku pernah rasa bagaimana peritnya derita.
bersyukur sebab aku pernah alami indahnya bahagia.
bersyukur sebab aku punya kawan-kawan, teman-teman, dan sahabat yang tidak pernah jemu mengingati aku walaupun sudah lama tidak berjumpa.
bersyukur sebab kawan-kawan aku selalu ada bersamaku tanpa rasa jenuh.
bersyukur sebab aku masih diberi kesempatan untuk mencintai dan dicintai.
bersyukur sebab aku masih tahu untuk bersyukur.
bersyukur untuk semuanya.
SEMUANYA.
makin bertambah umur, makin berat tanggungjawab, insyaAllah.
aku tatau sama ade aku mampu pikul atau tak.
tapi, aku harap aku mampu.
kalau bulih, aku nak ubah diri aku sikit-sikit supaya jadi seorang yang lebih baik.
aku tamau diri aku tak berubah langsung ataupun berubah kepada yang tidak sepatutnya.
anyway, thanks ye semuanya.
especially to everyone yang wish aku.
thank you sangat-sangat.
tak kesa la kol ke, msg ke, mms ke, face-to face ke, ym ke, blog ke, adiah ke, kad ke, surat ke, fb ke, mane-mane la.
semuanya, terima kasih banyak-banyak.
aku sangat hargai ucapan korang.
=)
jadi, sekarang aku nak wish diri aku sendiri.
"siti hajar, bila sampai masanya, kau akan tetap terus mengorak langkah setapak demi setapak ke hadapan. ke mana pun kau tuju, arah mana pun yang kau pilih, pilihlah jalan yang terbaik. yang terbaik untuk diri kau, untuk orang sekeliling kau, untuk masa depan kau. jangan terlalu ego dengan siapa-siapa pun. bila mana kau tak perlu terlalu ego. jangan terlalu mengalah dengan siapa-siapa pun, bila mana kau tak perlu terlalu mengalah. jangan terlalu cepat marah-marah dengan siapa-siapa pun. bila mana kau tak perlu terlalu marah-marah.
ingatlah. hidup cuma sementara. umur yang kau kendong, akan sentiasa mengingatkan kau betapa fana' nya semua yang ada. kecuali yang Satu - Allah. tiada siapa pun yang mampu menafikannya. selagi kau masih dikurniakan nyawa, islam, dan iman, selagi itu beryukurlah kau dengan semuanya. jangalah sesekali kau lupa tentang dari mana asalmu. lupa tentang dari mana kau datang. lupa tentang siapa yang menciptakanmu. lupa tentang siapa yang melahirkanmu. lupa tentang siapa yang mendidik dan mengasuhmu. lupa tentang segala permulaan.
benar, siti hajar. bila adanya permulaan, pasti akan ada pengakhiran. cuma, kita tidak tahu bila pengakhiran tuh. oleh kerana itu la kau perlu sentiasa menjaga tingkahmu, menjaga santunmu, menjaga perilakumu, menjaga solatmu, menjaga ibadatmu, menjaga amalanmu, menjaga maruahmu, menjaga auratmu, menjaga keluargamu, menjaga sahabatmu, menjaga kekasihmu, menjaga tutrmu, menjaga bacaanmu, dan menjaga apa-apa pun yang perlu kau jaga.
jangan pernah kau menyimpan dendam lagi. sentiasa belajar untuk memaafkan orang lain. insyaAllah, orang pun akan turut belajar untuk memaafkan kau kelak. selalulah menghargai apa yang ade depan mata. jangan pernah sia-siakan apa-apa pun walau dimana-mana pun, walau bila-bila pun. JANGAN! kelak kau akan meyesal dan menjadi seorang yang rugi.
sentiasalah berdoa dan beryukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kau. kerana setiap darinya ada baik dan buruknya. merancanglah sesuatu yang baik mula dari sekarang. insyaAllah, apa yang dirancang, dapat dilaksanakan dengan sempurna kelak. percayalah dengan setiap kebenaran dan tepislah segala dusta. jangan sia-siakan hidup yang bersisa. sentiasa jadikan al-Quran sebagai buku rujukan; zikir sebagai hiburan; selawat sebagai dendangan; sunah sebagai idola; hadis sebagai pedoman.
jika hari ini hujan, jangan rasa sedih; jangan rasa sepi; jangan rasa sunyi.
esok masih ada lagi.
jika esok masih hujan, jangan campur lagi rasa yang sama.
esok kan ada.
jika esok hujan lagi, teruslah tersenyum bahagia.
yakinlah; mentari kan muncul lagi bersama si pelangi.
akhir sekali, teruslah menjadi sebutir MUTIARA putih yang terus bersinar.
selamat hari lahir.
=)
p/s : emak doakan semoga dapat suami yang soleh. insyaAllah, dia seorang yang soleh. =)
5 comments:
ak no.1 komen..
walupom posting mu dop jiwang tp masih ade unsur jiwangnya..tahniah..
ja... aku ta lupe bday ko... tapi aku sibuk ngan pilihan raya kampus..
aku sayang ko..
umo dah 21..
dugaan makin bnyk... rumah kate pergi
kubur kate mari.. ye dak??
hihihi..
aku doakan ko sentiase dipanjangkan umur dan murah rezeki..
semoga dipertemukan jodoh yang soleh
eh,nih bkn gmba kt fb aku ke?
huu
ja'a!!sowi late..happy belated bufday k..=)...i like ur passion!!!{not that scooter ok!!}..heeeeeee...pe pun, may God bless u..n may ur wishes come true..=)
hajar;)
Post a Comment