Puasa Dan Ramadhan.

  • 2
Entri bulan puasa. Hari neh da masuk hari ke-4. Kejap jek kot rasenye. Tak lama da kot nak abes walaupon aku sebok jek menghitung hari nak abes puasa. Tak sabar pulak nak raya. Padahal raya tahun neh banyak perubahannya. Atok tade da. Tok Manan tade. Tok Lamah tade. Tok Nal tade. Tapi ade Ilham. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana Ilham.

Hihi. So far, da harungi almost all of the test. Network suda, OOP suda, Simulation suda, Data Structure suda, dan yang terakhir iaitu petang tadi, System Analyst. Gile mengarut la aku menjawab. Da lama aku tak tido tym jawab test. Tadi tuh tbe-tbe jek mengulangi sejarah. Adui. Bulih plak aku tersengguk-sengguk jawab soalan. Siap mimpi Part 1. Jadi la dari takde! Aku tak bulih jawab weh test tadi. Tatau la kawan-kawan lain cmne. Nampak macam sangat konfiden mereka menjawab! Huh! Rugi duduk depan!

Tak puas ati ngan Ejat neh. Dia plak yang dapat dok ngan budak tuh. Ish. Eksyen lebih plak tuh. Geram neh! Padahal aku tak penah kacau yang dia punye. Haha. Tah ape-ape la kitorang neh berebut pakwe. Aduihai. Masing-masing nafsu tak tahan. Huhu. Yang penting, ari Selasa minggu neh berakhir dengan amannye. Aha.

Eh. Sebenarnya nak cakap pasal bulan puasa neh. Kalau ckp pasal puasa, aku selalu teringat tym sekolah rendah dulu. Especially tym darjah 3. Haha. Konon g skola puasa. Jadi tak bawak botol air la. Nama pon puasa; menahan lapar dan dahaga. Tapi, bukannya semua kawan-kawan puasa tym tuh. Ramai la gak yang puasa. Yang puasa setengah hari pon ade. Yang aku tak bulih bla, membe aku sorang neh (lelaki) bawak air oren seeejjjuuuuukkk dan mengggooodddaaa dalam botol air gantungnye. Sangat sangat sangat sangat bengang. Bukan aku sorang la. Kawan yang lain pon. Tapi aku heran! Kenapa dia cume menghasut aku untuk minum air dia tuh. Muke aku neh memang layak kena hasut je ke? Huhu.

Korang rasa aku minum x? Haha. Ye! Tepat jawapan korang! Aku neh memang pantang digode neh. Nak-nak lagi lelaki yang gode. Memang la kan! Aku minum gak air dia last-last tuh. Minum kat dalam stor kelas, dalam almari. Masa tuh dia janji la yang dia nak simpan rahsia tuh. Dia akan cakap aku puasa penuh. Pasal tuh aku setuju. Tapi muke dia memang muke senyum setan la kan lepas aku da teguk air dia tuh. Selalunya kedekut nak bagi bile aku mintak. Huhu.

Yang penting, lega sangat! Balik uma, still buat muka toya + poyo; konon-konon puasa penuh, ukeh? Haha. Masa tuh nak sangat puasa penuh sbb makcik aku nak belikan anting-anting a.k.a earring untuk ari raya kalau dapat puasa penuh. Fortunately, memang dapat sbb tak kantoi aku puasa tak cukup. Haha. Gile setan aku eh.

Itu masa darjah 3. Kecik la jugak. Yang triple tak bulih bla tym darjah 5 or darjah 6 gtu la. Aku, ehem-ehem 1, dan ehem-ehem 2. Haha. Nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab yang sengaja dielakkan. Abang kepada ehem-ehem 1 telah pulang dari luar negara dan membawa coklat yang sedap-sedap belaka dalam jumlah yang banyak-banyak belaka. Dan belaka-belakanya ehem-ehem 1 telah mengambil keputusan untuk mengambil beberapa ketul coklat untuk kami jamah. Buat jahat tuh kat uma aku plak tuh! Siap ade air masak sejuk terbaik dari peti ais! Sedapnye dan nikmatnye dan lazatnye tak payah tanye la. Memang wow-wow-world! Ala. Sebab lapar. Gile senyap tym makan. Tym makan tade plak rase bersalah. Bile da kenyang tibe-tibe rasa bersalah. Seperti biasa, rahsia itu cume kami dan Allah saja yang tau. Sampailah ari neh aku bocorkan. Hoho.

Tuh semua kenangan kot? Aku tak sure kena ganti or tidak. Ah. Cakap pasal ganti puasa neh, aku ade bace blog Cyza neh. Dia tanye, kalau orang laki tuh terlalu penat, dan tertidur, lalu bermimpi (mimpi basah), apekah status puasa orang tuh eh? Korang rasa ape? Aku rasa batal la kot. Macam perempuan datang haid, kan? Kot la. Aku sekolah agama tak habes. Neh jawapan yang disenaraikan oleh Cyza. Korang rasa mana betul? Ehem!

a) Masih OK dan teruskan puasa seperti biasa sehingga waktu berbuka.
b) Masih OK, tapi perlu mandi wajib dan teruskan berpuasa sehingga waktu berbuka.
c) Sudah terbatal dan boleh membuka puasa.
d) Tiada jawapan di atas…

Aha. Aku tak terer bab-bab neh. Bagus jugak bile ade soalan cmneh. Menambah pengetahuan aku dan kite-kite semua. =)

P/S : Untuk soalan itu tadi, credit tuh Cyza. Sori amek tak bgtau. Thanks! =)

2 comments:

kurungmelayu said...

adeh aja...psl dok sblah menyebelah tuh mmg xcited sgt..kahkah
suke aku...hehe

itisrajah said...

ejat - siot anda ejat. kau jngan sampai aku main kasar. aku goda dia nt. memang tak cium bau dia la kau ejat. hahahahaha.