JIBAM.

  • 3
Aku telah pun mendapatkan sebuah novel lama yang bertajuk 'JIBAM'. Dan aku sangat gembira! Dan aku juge telah habis membacanya. Haha. Aku googled arituh sebab nak carik tempat2 yg aku bulih bce cte tuh. Aku suka gile bace buku tuh. 1st aku bace mase aku drjah 5 or drjh 6 kalau xsilap. Arwah PCS yang bagi bace. Memang menarik.

"Anak Suman...
Jibam, Jibam!
Dengarlah lagu...
Jibam, Jibam...
Kunyanyikan... hanya untkmu...
Gemuk pendek... mata juling... kepala kecik... macam babi... oh...
Jibam... Jibam..."


Itu adalah lagu / ejekan budak2 kampung Jibam. Kesian dia. Ah. Aku tgk, cover novel tuh da lain sikit. Aku prefer cover yg lama. Baru classic. Tapi dapat yang baru pon ukeh jugak. Janji ade. Nak mintak kat PCS, dia da tade plak. Hem.


Cover lama.

Cover baru


Sedikit sinopsis 'JIBAM' oleh "Ujang" :
Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tudak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya... kerana Jibam bersuara di dalam asyiknya - 'Kalau kau menjadi aku, aku yakin kau mengerti'


Bagi aku, baca novel neh sangat tidak rugi. Menarik. Dan unik. Zaman-berzaman neh. Aha. Dan antara part yang paling aku suka :

JIBAM terbongkok-bongkok di atas bangsal bersedia dengan tangan kirinya memegang erat penyapu lidi. Sementara Kadir membongkar kotak-kotak kayu dan tikar mengkuang yang sudah tidak digunakan lagi.

"Ha.. Tu ada sekor." Dia pantas menunjuk dengan jari. Seekor lipas yang agak besar mencicit lari, menyelinap di celah-celah kotak kayu dan menghilang.

"Apa pasal tak pukul?"

"Dia lari."

"Memanglah lari, pukullah dengan penyapu tu, baru boleh tangkap," marah Kadir.

Sejak awal pagi lagi dia terpaksa menyelongkar bangsal itu. Menunaikan janjinya pada Jibam untuk mengganti lipas yang hilang dari kotaknya.

"Orang nak lipas yang tak boleh lari."

"Mana ada, semua lipas boleh lari."

"Tak.. Yang dalam kotak ni tak lari pun."

Dia menunjukkan lipas kering yang tersimpan di dalam kotak kasut berwarna cokelat itu.

"Itu lipas kering, dah mati."

"Orang nak yang macam ni lah," jawab Jibam pantas.

Kadir merengus. Tetapi dia menurut juga kehendak Jibam. Menyelongkar setiap penjuru bangsal buruk tersebut untuk mencari lipas kering.


3 comments:

Sxfura Yxsmin said...

kte pnh bc buku ni jugak!!
suka cite ni, bessssssst
ni baru balik dr bookfair kt pwtc
dpt pau mak byk buku baru
x sabar nk membaca waktu cuti² ni :DD

itisrajah said...

Sys Sapura - besh kan cte neh? hehe. wah! baru balik bookfair? syoknye! dapat pau mak lg! isk3. meh pnjm. da nak cuti pjg juge neh. =)

mademoiselle azieshakespeare said...

best eh?
pnah dengar..
tapi tak pnah baca