Fikiran sangat bercelaru. Hati jadi sangat gundah. Perasaan berkecamuk. Aku rasa sangat tertekan. Assignment banyak sangatlah. Lepas satu, satu lagi kena siapkan. Yang leceh ape kurangnya. Terutama HCI. Suka mintak kitorg buat assignment yang agak mengarut. Geram sungguh aku. Dengan test yang beratur panjang sepanjang minggu ini dan minggu hadapan dan mungkin juga pada minggu berikutnya. Betul-betul dalam kekalutan dan kehausan waktu rehat. Cuti raya cina tu pun bukan dapat rehat sepenuhnya. Kepala tetap penuh dengan pelbagai sorotan assignment yang perlu diselesaikan.
Oh. Nak cerita tentang hari neh. Pagi bangun lambat. Sangat lambat bagi aku. Tak dapat nak dengar azan Subuh macam selalunya. Tidak tahu mengapa. Aku sangat kecewa. Tuh impresi pertama untuk hari ini. Ke kelas dengan keadaan yang kurang bermaya dan ngantuk dan tiada mood. Apsal tah. Ketidaktahuan yang menimbulkan sejuta persoalan. Memang sepanjang di bilik kuliah tadi, aku sangat mengantuk. Hari ini tak duduk bersama dengan Ainun. Duduk sebelah seorang teman berbangsa Cina (assignment group member). Ya Allah. Ngantuknya aku Allah sahaja yang tahu. Aku agak segan dengan Yen tuh. Dia pun ngantuk juga. Cuma keadaannya masih waras la. Haha. Memang aku tak tahan la tadi. Aku doa supaya habis kelas awal. Ah. Ainun pun ada doa juga supaya kelas habis awal sebelum masuk kelas tadi. Alhamdulillah. Doa kami termakbul.
Petang tadi pergi ke KTR untuk kokurikulum bola baling seperti minggu-minggu sebelumnya. Seperti biasa, aku lewat lagi. Tunggu bas dan jalan kaki amat membosankan dan memenatkan. Tambahan lagi mengejar masa yang berlalu dengan sangat pantas. Oh. Dunia sudah terasa kehangatannya. Tapi latihan tadi sangat seronok. Jumpa dengan rumet Jalilah. Eeh. terlupa nak beritahu. Tadi ada sedikit ujian kecil sebelum latihan bermula. Aku? Haha. Tidak pernah mengetahui tentang kewujudan nota yang diberi pada minggu kedua perjumpaan. Aku tidak dapat menghadirkan diri kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Jadi, kesimpulannya, aku menjawab soalan yang diberi dengan hanya meniru jawapan kawan yang lain. Peduli apa? Encik Mad Daud yang benarkan. Aku senang hati sedikit kerana Encik Mad Daud tahu nama aku dan cam muka aku. Dia kata, itu adalah kerana aku merupakan salah seorang pelajar perempuan yang tersesat di seksyen 05 (semuanya lelaki kecuali aku dan seorang lagi kawan perempuan).
Yang penting, petang tadi memang tiada bas yang menuju ke KP selepas jam 6. Aku sangat buntu. Namun, aku gagahkan diri menunggu di hadapan Fakulti Alam Bina bersama beberapa orang yang lain yang tidak langsung aku kenali. Setelah jam menunjukkan hampir jam 7.30, Jalilah menelefonku dan menawarkan perkhidmatan penghantaran pulang ke KP menaiki motornya yang dipos khas dari Pahang. Dia memang sangat baik hati! Dan dia juga sangat hebat dan arif dalam membawa motorsikal. Alhamdulillah. Sampai jugak aku di KP. Itupun telah telat. Lebih kurang 7.45.
Dan tadi, aku baru pulang dari perjumpaan pasar malam di bilik JKM dan membuat tempahan meja untuk MPP nanti. Oh. MPP yang menyerabutkan kepala aku dan teman-teman yang lain. Kami agak terkilan, tahu? Janganlah kami dipinggirkan dan disisihkan. Ini bukan sahaja dipinggirkan dan disisihkan, malah kami dibuang terus jauh-jauh. Kasihan kami. Kami sudah semangat tau. Tapi tidak mengapa. Kami redha. Kami mengalah. Kami percaya, semua ini pasti ada hikmah disebaliknya. Teman-teman, sabar, ye? Kita akan tetap sentiasa bersama walaupun perkara kecoh yang tidak penting ini terjadi kepada kita. Kita "Hot". Mereka "Nobody". Haha. Alhamdulillah. Yang penting, dan yang pasti, duit RM10 kami akan dapat digunakan dengan sebaiknya. Kami berjaya menempah meja! Meja aku? No. 17.
Ukeh la. Aku rasa seperti mahu menangis. Aku rasa aku tahu kenapa. Hem. Aku pergi nangis dulu. .........
No comments:
Post a Comment