sebutir MUTIARA putih yang terus bersinar.

  • 7

Oh. Ianya sungguh menjengkelkan. Kalaulah dari dulu aku tahu akan jadi macam neh, aku takkan sesekali cuba untuk mendekatinya. Ialah. Memang sudah terlalu banyak amaran yang aku sendiri cipta. Tapi, semuanya masih belum mampu mengalahkan rasa keinginan yang tinggi dalam diri. Dan sekarang, aku juga yang menjadi mangsanya. Aku sendiri yang perlu menanggung penderitaan dan seksaan ini. Aku malas nak fikir panjang lagi. Tapi aku harus. Sebab ini semua adalah salah aku sendiri. Silap aku sendiri. Itulah, Hajar. Sudah diberikan amaran awal, terjebak dengan kancah ini kali kedua. Diberi amaran lain, menjebakkan diri lagi buat kali ketiga. Dan kini, masih sengaja menjebakkan diri walaupun sudah diberi amaran sederhana keras. Takkan kau masih tunggu untuk amaran yang keras seterusnya? Sampai bila? Nak tunggu amaran tuh pun macam sesuatu yang tidak perlu rasanya. Umpama sia-sia. Apa kata orang? Bagai mencurah air di daun keladi. Aha. Begitulah.

Mengapa begitu sukar bagi diri aku untuk menerima hakikat tentang sesuatu perkara yang ternyata benar di depan mata? Tidakkah aku rasa sangat bertuah kerana masih diberi amaran dan peringatan sebelum mendapatkan keputusan kepada sesuatu perkara? Oh. Aku semakin buntu dengan hala tuju keputusan hidup aku. Mungkin masih jauh perjalanan hidup aku. Kerana adanya kemungkinan itulah aku rasa aku perlu bangkit. Ops! Bukan rasa. Tapi harus! Ia seperti sesuatu yang wajib yang harus kau tempuh bagi mendapatkan kesejahteraan dan keharmonian dalam hidup. Ah. Aku semakin bosan dengan semua mainan dan sandiwara dunia. Aku sedar. Semuanya makin melekakan aku. Semakin membuatku jauh dari hidupku, dari diriku sendiri. Kerana kejauhan itulah yang membataskan pemikiranku untuk terus berjuang dalam dunia realitiku sendiri.

Aku lihat, semakin hari, aku semakin jadi tidak tahu untuk membezakan yang mana realiti dan yang mana fantasi. Jikalau aku tahu pun, kadang-kadang ianya belum tentu benar. Jauhnya semakin kelihatan pada dasar dunia realiti, sedangkan kenyataan sebenar, yang fantasi itulah yang jauh kerana kejauhannya sangat sukar digapai. Oh. Mungkin mustahil untuk digapai. Telinga aku terngiang-ngiang dengan satu alunan nasyid yang dahulunya pernah aku dengar. Aku masih tidak pasti tajuk sebenar lagu itu, dan siapa penyanyinya. Apa yang aku pasti, aku sangat sukakan liriknya dan nadanya.

“Memori semalam mengajar kita sebuah kehidupan.. Mengingatkan aku akan keagungan Tuhan.. Pengalaman yang dilalui semalam mengajar kita hakikat kehidupan.. Suka duka yang ditempuhi bersama mengajar kita hakikat kekal untuk selamanya..”

Oh. Alangkah indah bait-bait lagu itu. Kadang aku setuju akan pengaruh lirik dalam setiap lagu itu sangat kuat. Aku selalu mengingatkan diri aku untuk sentiasa memuhasabahkan diri agar tidak lari jauh dari landasan sebenar yang sepatutnya aku tuju. Aku sangat takut jikalau sesekali langkahku tersasar dari landasan itu. Oh. Aku hamper terlupa. Ya. Aku pernah beberapa kali tersasar. Agak jauh. Tapi Alhamdulillah. Kuasa Allah yang Maha Besar itu telah mendorong aku semula ke dalam landasan sedia ada ku. Malah, diperbaharui landasan itu untukku agar aku lebih menghargainya dan selalu bersama di dalamnya. Bagi aku, muhasabah itu amatlah penting, sama pentingnya dengan menghargai diri sendiri. Kerana bermula dengan muhasabah diri itulah wujudnya kesedaran dalam diri untuk terus rasa rendah diri yang sederhana dan saling memupuk rasa tanggungjawab untuk menghargai diri.

Ya Allah, aku semakin leka dalam dunia ciptaan-Mu ini Ya Allah. Kebesaran-Mu amat dirasai bila mana aku tidak mampu lagi menanggung rasa seksa hidup di dalamnya. Namun aku gagahkan jua diri ini dan langkah longlaiku menghadapi setiap jalan yang penuh liku ini demi menuju kepada makfirah-Mu Ya Allah. Aku terlalu takut untuk melangkah laju menutur langkahku menghadapmu. Dalam sedar dan tidak, aku tundukkan sujudku buat-Mu. Kerana rasa cinta yang amat mendalam kepada-Mu Ya Allah, terbukti telah menjadikan aku sebagai diriku sendiri yang kau cipta pertamanya suatu ketika dahulu. Mekarnya kasih-Mu dalam jiwaku tidak pernah terpadam atau lusuh walau sekalipun. Aku jadi lebih sabar, Ya Allah. Aku jadi lebih berani, Ya Allah. Biarkanlah kesabaranku ini tiada had dan batasnya. Biarkanlah keberanianku inimenjadi benteng untuk aku terus tegar menjadi hamba-Mu yang sejati.

Kalaulah aku bulih panggil Doraemon dan pinjam poket ajaibnya, aku cuma mahukan pintu dia yang sangat menarik itu. Yang aku boleh berada di mana-mana pun pada bila-bila masa. Oh. Aku tidak mampu ke syurga dengan sewenangnya. Haha. Tidak teringat pula akan itu. Rasa canggung pula menyatakan rasa hati terlalu panjang lebar sebegini. Tetapi tidak mengapa. Kerana aku bukan siapa-siapa pun. Aku cumalah ‘sebutir MUTARA putih yang terus bersinar’.



7 comments:

miss B said...

hoi makck!!
x phm pon point kaw..
haha..
neway..
gud luck la 4 ur life!!

~ainun~ said...

nh pe hal nh...?
yela..tak phm gak pucuk pangkalnya..
tetiba ja..
ada peristiwa terjadi ka..?

itisrajah said...

hajar - haha.aku pon xbrape nak paham sebenarnye ape point aku weh.hihi.thanks!gud luck in your life gak! =)

ainun - huhu.tahla.panjang citenye.kalau dipendekkan pon,akan masih panjang.hohohoho.

Cynthia said...

Hi dear Itisrajah, Thank you for coming over to Oasis! :-)

itisrajah said...

Cynthia - You are most welcome. =)

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]microsoft office at discount, [url=http://firgonbares.net/]cheap software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] frame shop software 4 Master Collection Mac
acdsee 8 [url=http://firgonbares.net/]buy cheap coreldraw graphics suite x4 at low price[/url] microsoft office discount for teachers
[url=http://firgonbares.net/]buy dreamweaver cs[/url] educational software package
[url=http://firgonbares.net/]buy to let software[/url] coreldraw cd cover template
windows media player for vista [url=http://firgonbares.net/]software cheapest price[/b]

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]oem software for sale, [url=http://sunkomutors.net/]lowest price store software[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] oem software bundle adobe photoshop cs3 serial numbers
buying club software [url=http://sunkomutors.net/]autocad architecture[/url] buy side software
[url=http://sunkomutors.net/]to be a software reseller[/url] free serial number for adobe photoshop cs3
[url=http://sunkomutors.net/]windows xp easter eggs[/url] Suite 4 Master
cheap software deals [url=http://sunkomutors.net/]business order software[/b]