Pengajaran Petir

  • 1
Tertinggal bulan April rupanya tak buat post baru kat blog ni. Maafkan aku wahai blog. Susah betul nak commit menulis sebulan sekali kat blog ni. Padahal macam-macam je yang berlaku dalam hidup aku sepanjang bulan April tu.

Tapi takpelah. Benda yang dah lepas jangan dikenang, tak gitu?

By the way, seronok rasanya dapat buat entri blog kali ni sebab setelah sekian lama PC yang aku selalu guna tu rosak akibat kena kilat haritu alhamdulillah akhirnya dah sihat semalam. Melayang lah RM240 aku untuk power supply PC ni.

Pengajaran yang aku nak share kat sini harini, korang kalau boleh bila hujan dah mula turun tu, lagi-lagi lah jenis hujan yang datang dengan petir dan kilat yang sabung-menyabung tu, tolonglah switch off barang-barang elektrik dan elektronik korang terutamanya TV, modem, PC, laptop, charger, dan lain-lain.

Dan, bukan setakat switch off tau. Seeloknya cabut terus plug dari soket ya. Sebabnya, walaupon korang dah switch off, elektrik masih ada dalam sambungan plug di soket tu tadi. Jadi, bila kilat hentam kabel elektrik, boleh terbakar apa-apa alatan elektrik dan elektronik yang masih ada sambungan plug ke soket.

Macam yang jadi kat rumah aku tempoh hari, aku dengan adi dah tutup semua switch yang ada kat rumah. Adi siap tutup suis utama yang ada di DB (Distribution Board). Tapi kilat dan petir haritu lain macam betul dan aku syak ada kilat yang hentam tiang elektrik utama depan rumah kitorang ni.



Masa kejadian tu macam bunyi bom meletup pun ada dan ada percikan elektrik yang nampak macam api dari bahagian tiang elektrik tu. Terkejut gila! Dalam masa yang sama, aku nampak telefon rumah dan TV yang dah off tadi tiba-tiba menyala.

Dalam hati, "aduh habislah terbakar TV dengan modem aku ni agaknya". Tapi alhamdulillah rupanya TV dan modem semua baik-baik je. Sedihnya suis utama tak boleh nak on semula, PC terbakar, kipas ruang tamu tak hidup, lampu kat bilik utama tak hidup, lampu kat luar rumah terbakar.

Haa sedih, kan? Makanya, sejak dari kejadian tersebut, aku dengan Adi akan kalut switch off semua barang elektronik dan cabut plug dari soket. Mahal ni harga pengajaran.

Semoga kisah yang aku share ni dapatlah korang jadikan pengajaran sama dan jangan lupa tau tutup semua suis kalau ada petir dan kilat. Dan jangan lupa juga untuk cabut plug dari soket.

Salam 22 Ramadhan, semua.

1 comment:

yamnisackett said...

10bet Casino – How to Get Free Bonus and Sign Up
10bet Casino is a 제왕카지노 real money online casino in Japan. Get free bonuses and free 메리트 카지노 쿠폰 spins to play 10bet with Real money casinos worldwide!