Rambut Gugur

  • 1
Hai, korang! Nak tanya lah korang ada masalah rambut gugur tak? Gugur yang teruk gila. Well, aku rasa aku ada masalah tu. Bukan, bukan aku rasa. Tapi aku memang ada masalah rambut gugur dengan teruk. Rasanya memang daripada sebelum kahwin lagi aku ada masalah rambut gugur yang teruk ni. Aku tak berapa pasti apa masalah utama yang jadi penyebab rambut gugur aku ni.

Apa yang aku perasan, setiap kali rambut aku panjang sikit (lebih paras bawah telinga) dan boleh ikat, rambut aku akan start gugur dengan dahsyatnya. Dahsyat yang bila bangun pagi rambut bersepah atas bantal dan selimut dan cadar. Lepas tu bila mandi shampoo rambut tu masa nak bilas MashaAllah berduyun-duyun lagi rambut yang gugur.

Aku syak pemakanan aku lah. Ye lah sebab aku main makan je makanan dan minuman manis, goreng-goreng, lemak-lemak, dan yang sama waktu dengannya. Jadi aku rasa in order untuk mengelakkan rambut tak gugur adalah dengan mengubah gaya pemakanan aku.

Tapi untuk sementara waktu ni, aku duduk dekat dengan rumah mak aku, macam susah je nak kawal dan jaga pemakanan aku. Donat aku makan, pisang goreng, kuih koci, ayam masak lemak cili padi; you name it. Aku makan semua yang mak aku masak.

Hmm lagi satu aku rasa sebab aku tak exercise kot. Jadi takdelah istilah healthy lifestyle. Last aku exercise masa pertengahan bulan puasa dulu. Sekali berhenti, terus berhenti. Maja lah badan aku sampai sekarang ni.

Jadi aku buat kesimpulan, aku nak try exercise dulu lah since nak jaga makan macam mustahil kan. Nanti aku update kalau ada sebarang perubahan kat masalah keguguran rambut aku ni ye.

1 comment:

sabm said...

sama gak..aku rasa mmg gitu simptom dia kalau tak biasa rambut panjang..means, kulit kepala tak ble nak grasp kalau panjang skit.. huhu. teori aku jela.