PSM atau Projek Sarjana Muda. buntu? aku kan ade! =P

  • 0
i am so happy to know that there are people yang masih sudi singgah di blog buruk berhabuk tebal dan baca entri entri lapuk aku yang ade. hari tuh ade jugak terfikir untuk delete je blog neh. tapi aku sayang. so, aku tinggalkan je. sebab bagi aku, bukan SEMUA entri aku tak berfaedah dan cerita kosong semata. ade la jugak beberapa yang boleh dijadikan ilmu tambahan buat orang orang di luar sana. hehe.

so, kebiasaannya sekarang neh, aku nak post entri bila aku rasa geram, benci, happy, excited, penat, bengang, geram je. tapi untuk hari neh, aku just terasa nak post something. tuh je. lagipon keadaan aku menaip sekarang neh dalam keadaan yang selesa.

perkembangan hidup aku di universiti? sekarang aku sudah di tahun ke-3. eh da penah bagitau ke kat sini? ala. neh da malu neh sebab bagitau lagi. hehe. takpe la ye. sem neh boleh dikatakan sangat mencabar dan kelam kabut dan serabut. kalau nak diikutkan, mesti da berlambak-lambak la entri baru kat blog neh. bukan seminggu sekali atau sehari sekali. tapi mungkin tiap satu jam, satu post. peh serious aku over.

tapi, macam tuh la kebenarannya. projek untuk setiap subjek, as usual, adalah satu kewajipan buat semua. dan paling parah, PSM. Projek Sarjana Muda. it is compulsory for a final year student. i'm in my final year ke or i am fooled? ntah aku tak sure yang pasti aku terlibat la dengan PSM tuh sem neh. kelakar gile bile tiap kali bukak fb, mmbe mmbe aku bagi macam macam nama ganti untuk PSM. kasihan!

sebagai contoh:

- park sung min (sue)
- pasti projek senyum memanjang (zaki)
- projek sampai mati (shrek)
- please save me (zaireel)
- panglima sukma mahawangsa (ainun)
- putih soya manggis (fara)

dan macam-macam lagi la. kelakar beb! memang sehidup semati la. aku tade kata ganti nama untuk PSM. cuma bagi aku, it is a never ending project. cukup menggambarkan kebosanan dan kelemahan kitorang semua nak melayannye. aku cadangkan, mansuhkan je PSM tuh. aku yakin ramai yang setuju dengan cadangan aku neh. ape-ape pon, alhamdulillah. akhirnya, kami semua dah siapkan full draft projek kami, dan da submit pon. dan aku percaya, kami semua da selesai present pon. so, tinggal nak betulkan mane yang silap sje.

sorilah tade gambar nak disertakan sebab sekarang aku tade kamera la. henpon aku pon da bagi adik aku pinjam. nak camwhore pon rembat henpon mmbe je. kesiankan aku?

oleh dengan itu, kat sini aku nak share panduan menulis PSM korang kelak (kepada bakal PSM student). oh sebelum itu! PSM neh popular dikalangan budak UTM je, kot? tak sure. tapi, yang penting, ia adalah sama seperti FYP iaitu Final Year Project or whatever you call it. so here it goes..

BAB 1: PENGENALAN
a) Pendahuluan
b) Pernyataan Masalah
c) Matlamat
d) Objektif
e) Skop
f) Justifikasi / Kepentingan

BAB 2: KAJIAN LITERATUR
a) Pengenalan
b) Latar Belakang Masalah
c) Analisa Masalah Terhadap Sistem Sedia Ada
d) Perisian Cadangan Yang Akan Dibangunkan
e) Keperluan Perkakasan dan Perisian

BAB 3: METODOLOGI
a) Pengenalan
b) Metodologi Projek
c) Kaedah Permodelan Sistem
d) Andaian
e) Kesimpulan

BAB 4: HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK
a) Pengenalan
b) Aliran Kerja Fasa Keperluan (Gantt Chart)
c) Aliran Kerja Fasa Analisa
d) Aliran Kerja Fasa Rekabentuk
e) Ringkasan

BAB 5: KESIMPULAN
a) Hasil dan Capaian
b) Kelebihan Sistem
c) Kelemahan Sistem
d) Cadangan Pembaikan Sistem
e) Kesimpulan

okay. tuh sje. untuk pengetahuan, aku merupakan pelajar SAINS KOMPUTER major SOFTWARE ENGINEERING (KEJURUTERAAN PERISIAN) ye. jadi, panduan yang aku bagi tadi based on ape yang kitorang budak budak science comp kena buat la. tak sure kalau kos lain cmne. kitorang diberi 2 pilihan. nak buat RESEARCH atau DEVELOP SYSTEM. disebabkan aku neh paling benci bab bab mengkaji dan yang sama waktu dengannya, aku pon pilih untuk develop system. sistem ape yang aku cadangkan, tuh rahsia! tunggu sistem tuh wujud baru aku bgtau ye. hehe.

oh oh! dulu mmbe aku penah tanye macam mana nak guna Microsoft Project. malangnya aku tatau guna mase tuh. but thanks to PSM, aku tau jugak ape antara kegunaan Microsoft Project. aku guna ia untuk buat Gantt Chart. ia sangat mudah. neh contoh Gantt Chart yang aku hasilkan.


klik gambar untuk paparan yang lebih jelas ye.

okay. aku rasa untuk kali neh, aku nak share pasal benda neh je. nanti entri lain kali, aku share dengan korang idea idea atau tajuk tajuk atau cadangan untuk projek korang nanti, boleh, kan? aku sure korang akan teruja punya! banyak kot. okay la.

untuk kawan kawan seperjuangan yang lain kos atau lain fakulti atau lain u yang masih dalam pembikinan untuk siapkan full draft korang, wish you all the best! insyaAllah, susah payah korang kelak berikan korang kebahagiaan. aku da rasa. pecayelah! dan!!! JANGAN LUPA JUMPA SUPERVISOR, Y'ALL! hihihi.

sampai nanti.

bai bai.


p/s: di mana ade kemahuan, di situ ada jalan. tetapi! berhati-hati dan jaga langkah. tak perlu berlari laju, cuma pelan pelan jalan je, okay? stay healthy; stay pretty! =)




No comments: