ade presentation? nervous, bukan? samalah!

  • 0
first of all, thank you to my new follower; jaha. i'll follow you pulak after this, promise!

alhamdulillah. baru lepas selesai present projek SAD dan jugak buat public speaking in my last oral class hari neh. komen untuk present SAD? it was a great success thanks to all of my group members; kak cha'ed, vincent, gihad, and wan for making the project less burden buat aku. hehe. memang tak berat sangat sebab tak perlu refine SRS atau ubah EA file. everything was so simple. tambahan lagi, aku dengan bangga dan jayanya meniru bulat bulat dalam buku rujukan. terer kan?


untuk public speaking tadi, aku rasa worst, kot? berbanding dengan impromptu speech aku di awal sem dulu; lebih berani, lantang, dan lancar, serta banyak je idea yang aku lontarkan. aku rasa sedih jugak sebab aku tak boleh nak speak well tadi and maybe sebab sangat kurang preparation.

so kawan-kawan, always remind yourself to prepare for anything before present.

aku kan, curious sangat dengan satu problem yang sangat common dekat semua orang, kot? masalah neh aku tengok, tak penah tade. dari aku sekolah tadika, masuk sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah, masuk pulak matrik, sampai la aku dekat universiti sekarang neh, tiap kali present dekat depan kelas, tangan shaking dan badan menggigil dan sejuk rasa macam nak pitam! nervous bukan main lagi. kalau bagi aku, aku selalu rasa nak buang air besar bila nervous sangat. huhu. korang?

bagi aku, ia merupakan satu masalah besar sebab ia mengganggu konsentrasi kita untuk betul betul bersedia nak present depan kelas. kalau korang sedar, walaupon budak budak dalam kelas tuh kita da kenal dan da bersama sama hampir 3 tahun, still, masih menggigil dan rasa seram sejuk lagi, setuju? bagi korang yang da tak alami benda tuh lagi, alhamdulillah and congrats.

well, ape rahsia korang? hehe.






neh antara simptom simptom yang sering dilihat ketika kawan kawan present depan kelas:

  • tangan masuk dalam kocek.
  • senyum senyum dan senyum.
  • ketawa walaupon tade benda yang kelakar.
  • silang kaki.
  • tengok jam.
  • lipat lengan tangan.
  • pegang kertas sampai basah.
  • kertas kelihatan bergoyang goyang.
  • dan macam macam lagi.
kertas kelihatan bergoyang goyang weh malu weh malu! da besar pon masih takut lagi nak present. neh baru present depan kelas, depan lecturer, depan kawan kawan. kalau keje nanti macam mane la agaknye, kan? risau pulak aku.

jadi, apekah antara sebab yang mungkin wujud yang mengakibatkan nervous terlampau neh? neh aku senaraikan antara sebab sebab yang aku rase rasional la untuk disenaraikan.
  1. terlalu banyak presentation untuk hari tersebut.
  2. tak prepare betul betul untuk present.
  3. tak banyak point atau tade point nak cakap pasal apa.
  4. terlalu bosan tunggu giliran untuk present.
  5. takut tengok orang lain buat silap masa present.
  6. takut tengok orang lain bagus gila masa present.
  7. tak cukup tidur.
  8. ahli group tak cukup.
  9. ahli group tak boleh bantu apa apa.
  10. tade tools yang dapat membantu menyokong presentation.
semua yang aku senaraikan neh adalah antara yang pernah aku alami. semuanya normal and common kot untuk korang jugak. kadang kadang, kita bukan nervous sebab nak present tau. cuma, mungkin kadang kita nervous sebab kita tak pasti tentang apa yang kita nak cakapkan. nak nak lagi bila tengok orang lain punye tak sama macam kita punye. haa. mulelah gabra dan tak tentu hala. tapi tuh la. banyak sangat benda atau hal yang kita tatau atau kita tak suka, buat kita risau, takut, resah, gelisah, dan sebagainya yang menimbulkan satu rasa tidak selesa dan seterusnya membuat kita hilang keyakinan diri.




jadi, antara langkah terbaik yang perlu diambil sebelum memulakan presentation, atau semasa membuat persediaan untuk present adalah:
  1. buat kajian secara teliti. cari maklumat dari internet atau dari buku rujukan, paper, forum, atau mane mane yang korang rasa ade maklumat tentang tajuk korang.
  2. catitkan isi isi penting yang telah diperoleh. tak kesa la korang nak catitkan kat mane mane pon. kat notepad, kat word, kat atas meja, kat atas mousepad, kat buku conteng, kat dalam diari, atau kat mane mane je.
  3. reka peta minda. aku jarang buat benda neh sebab aku tak suke dan aku tak reti. tapi, ia adalah sangat penting dalam merangka idea idea yang akan dibentangkan tau. jadi, kepada yang tak suka reka peta minda macam aku, kita kena belajar untuk suka untuk kebaikan kita jugak.
  4. rangka outline. bagi aku, this is the key to a good speech or present. serious. aku baru sedar tentang kepentingan buat outline neh hari tuh. outline untuk public speaking. memang idea yang sangat memberangsangkan!

neh la antara langkah langkah penting yang perlu diambil untuk mendapatkan keberhasilan dalam pembentangan. cadangan aku je tau, berdasarkan pengalaman aku. mungkin korang ade cara lain yang lebih berkesan. ikutlah. lain orang, lain caranya. apa apa pon, organize well, ok?

aku nak share pasal ape yang sepatutnya ada dalam outline khususnya bagi membuat public speaking. tapi, aku share lain kali, di post yang lain pulak, ok?

so, aku masih ade 2 presentation iaitu presentation AI tentang bioinformatik petang neh, dan jugak presentation TP3 bermula dari sekarang atau selewat lewatnya sebelum 5 nov. jadi kawan kawan, doakan aku dan ahli grup aku semoga pembentangan kami berjalan dengan lancar, ok?

dan, buat korang yang masih belum selesai presentation, good luck and all the best ye. semoga tips tips yang aku bagi neh, berguna buat korang. jangan pulak nak cakap depan adik adik pon sejuk dan terketar ketar lagi eh lepas neh. malu! ehe.

p/s: action speaks louder than voice. jadi, bertindaklah segera dan jangan memberikan terlalu banyak alasan dalam hidup kerana orang yang banyak alasan itu adalah tergolong dalam kalangan orang orang yang malas dan rugi. yang penting, stay healthy; stay pretty! =)



No comments: