aku rasa, aku paling kuat ponteng kat u je. isk isk isk. see see, makin besar makin pathethic je aku.
adik-adik aku adalah antara penaung utama geng malas ke sekolah bila nak cuti sekolah. aha. baik yang perempuan, mahupun yang lelaki. sakiiiiiit je mata aku tengok diorang ponteng. tanak pegi sekolah agama dengan alasan, nak baca buku sebab sekolah menengah dan kebangsaan ade periksa. aku pon macam; wah hebat adik-adik aku gigih study nak jadi hebat macam kakaknya juge.
tapi, malangnya, diorang bukak youtube tengok idola kecik. tangan aku ringan je macam nak menampar budak-budak neh.
mak cakap, akak cakap, makcik cakap, pakcik cakap, budak-budak semua takut dengan aku. wooo woo jangan salah silap mengaggap daku. aku tak garang macam rimau dan tak masam macam singa. tapi rimau yang garang macam aku dan singa yang masam macam aku. ha ha. ukeh yang tuh tipu.
tade la. aku rasa aku panas baran la, kot? tak tak. bukan kot; aku konfem aku panas baran. KONFEM!
so, macam mane hendak mengawal marah ye kawan-kawan? (baru sampai sebab utama aku menaip entri neh. ngeh he he.)
kebiasaannya, badan aku akan mula menggeletar dada aku rasa sesak air mata aku nak mengalir hidung aku keluar asap kepala aku rasa berat tangan aku rasa ringan gigi aku mengetap bibir; bila aku rasa marah. aku paling benci rasa marah! sebab aku rasa setan macam lonjak lonjak atas kepala aku kata,
"yay manusia bodo kau tengah marah! marah lagi, marah lagi! aku suka! aku cinta! manusia bodo manusia bodo."
persetan kau setan.
sebab, sekarang aku da berubah sikit-sikit. well, it is better than no change at all, tak gitu? ape yang aku tau, rasa marah itu nafsu semata yang mengambil kesempatan ke atas diri aku, kelemahan diri aku, kekurangan diri aku. sometimes, we have to act strong to look strong and to be strong. kita tahu kita lemah dan bila kita layan je kelemahan kita tanpa cuba untuk jadi kuat, maka kelemahan itu yang akan memakan diri kita sendiri. well, itu pengajaran untuk diri aku la. aku harap bulih jadi pengajaran untuk korang jugak.
so, ape yang dapat aku tengok dan simpulkan, aku cuba atasi rasa marah aku dengan:
- istighfar banyak banyak.
- mengucap banyak banyak.
- ambil wudhu'.
- bace quran.
- tengok pokok hijau.
- tengok langit biru.
- tengok bulan.
- tengok bintang.
- jangan tengok matahari pulak.
- tarik nafas panjang panjang.
- kosongkan fikiran.
- cuba untuk senyum.
- banyakkan muhasabah diri.
- urut dada pelan-pelan.
- kalau nak nangis, nangis je.
- cepat-cepat beredar dari tempat kejadian.
tuh la antara yang sering aku lakukan. tapi, kadang-kadang, betapa aku cuba untuk buang rasa marah tuh, walau berkurang masih tetap bersisa dan tetap kalah. itukan manusia. tiada yang sempurna. takpe, sekurang-kurangnya da cuba semua yang terdaya. insyaAllah, selagi kita tetap dekat dan ingat Allah, Allah pasti bantu redakan rasa marah kita. ingat! tuh semua angkara syaitan.
selain dari tuh, apabila seseorang mampu menahan rasa marah, ia merupakan antara petanda bahawa seseorang itu sudah semakin dewasa. atau matang. well, neh dari persepsi aku la. kalau korang tak setuju, terpulang. he he.
ukeh la. tuh sje kot. tadi aku ngah marah. bila aku menaip entri neh, hati aku jadi reda. alhamdulillah. =)
p/s: kalau laut dengan bukit, aku pilih laut. sebab rasa lebih tenang. tapi, aku suka bukit jugak. paling suka, angkasa lepas. i wish i could be an astronaut. he he he.
p/s/s: macam israel tuh. dan porak peranda terhadap gaza yang telah mereka lakukan.semuanya mungkin berpunca dari perasaan marah yang tidak dikawal. yang tidak bersalah menjadi mangsa. sama-sama kita kenang apa yang terjadi. semoga ianya menjadi pengajaran buat kita bersama. insyaAllah, berbekalkan doa kita, mungkin gaza akan selamat. amin.
p/s/s: macam israel tuh. dan porak peranda terhadap gaza yang telah mereka lakukan.semuanya mungkin berpunca dari perasaan marah yang tidak dikawal. yang tidak bersalah menjadi mangsa. sama-sama kita kenang apa yang terjadi. semoga ianya menjadi pengajaran buat kita bersama. insyaAllah, berbekalkan doa kita, mungkin gaza akan selamat. amin.
No comments:
Post a Comment