Tazkirah Ramadhan : PAKAIAN KETAT - Fesyen Jahiliah Moden

  • 9
Muslimah Bertudung Tapi Berbaju Ketat, JEANS Sendat


Sepakat ulama sependapat seandainya potongan seluar dipakai wanita menyerupai seluar yang dipakai oleh lelaki dan ketat serta dipadankan dengan baju yang ketat dan singkat serta sendat seperti T-shirt atau apa-apa fesyen baju ynag ketat maka hukumnya adalah haram. Kerana dikira seolah-olah tidak berpakaian dan tidak sempurna menutup auratnya disebabkan masih nampak melalui bentuk badan yang jelas.

Sekiranya seorang wanita memakai seluar panjang yang longgar bersama baju berlengan panjang panjang yang labuh melepasi puggung tidak menampakkan bentuk badan maka ia diharuskan kerana auratnya terjamin dan terlindung melalui pakaian yang longgar dan labuh.

Ciri-ciri pakaian wanita yang diharamkan ialah disebabkan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh yang kadang kala boleh mendatangkan fitnah (nafsu) oleh sesiapa yang memandangnya. Manakala yang jarang pula tidak ada lindungan terhadap aurat boleh dilihat disebalik pakaian yang jarang walaupun tidak begitu jelas. Tetapi ia tetap bercanggah dengan syariat Islam sama seperti dengan pakaian yang ketat kerana kedua-duanya membawa fitnah. Begitu juga jenis pakaian separu terdedah atau separuh bogel atau ditutup tetapi dari lutut ke bawah dibuka (seperti mini skirt), adalah haram hukumnya sama seperti tidak berpakaian walaupun kepala memakai tudung. Serupa juga dengan perempuan yang pakai kain tapi tidak berseluar panjang, sengaja tayang betis semasa menuggang motorsikal walaupun bertudung.

Firman Allah SWT :

"Wahai nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu, serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik. Maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Penyayang. (Surah Al-Azhab : 59)


Apabila kita memperkatakan pakaian wanita menutup sleuruh badab maka dengan sendirinya termasuklah tudung kepala seperti mana yang telah disyariatkan oleh Allah di dalam Al-Quran :

Dan katakanlah olehmu wahai Muhammad terhadap perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan diri mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan disebalik pakaian mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah melabuhkan tudung kepala mereka sehingga menutupi bahagian dada. (Surah An-Nur : 31)



Berdasarkan ayat di atas, tudung kepala merupakan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah tanpa menampakkan walau seurat rambut. Sedihnya, seringkali kaum wanita menyalahgunakan tudung dan dijadikan sebagai fesyen. Seringkali tudung yang dipakai tidak lengkap, menampakkan sebahagian rambut antara mahu pakai dan tidak.



Gaya terkini kebanyakan remaja Muslimah didapati tudung dikenakan dengan seluar JEANS dan baju yang sangat ketat tetapi dipakai tudung diraskan lengkap. Tanpa disedari semuanya itu adalah memperolok-olokkan terhadap pemakaian tudung yang disyariatkan oleh Allah SWT.


Pakaian yang dianjurkan oleh Islam untuk dipakai oleh wanita ialah longgar dan tidak terlalu jarang sehingga menampakkan warna kulit ataupun tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan yang mengiurkan.

Apa yang mendukacitakan adalah sebaliknya menjadi pilihan di kalangan remaja kini. Mereka sangat gemar menunjukkan gaya alunan badan (tergedik-gedik) ketika berjalan tidak kira bagaimana bentuk badan mereka; gemuk atau kurus. Bagi yang kurus barangkali untuk dijeling-jeling dan terus dipancing oleh remaja lelaki atau si mata keranjang. Manakala bagi yang gemuk pula pakaian ketat ini menampakkan tonjolan tubuhnya bergoyang-goyang bila berjalan seolah-olah bagaikan jeli yang dikeluarkan dari acuan yang bulat pantang dikocak terus bergoyang terasa enak bila dipandang. Hal ini bukan bertujuan untuk mengenakan sesiapa hanya sebagai peringatan dalam memilih pakaian dengan tujuan untuk mengelakkan dari gejala fitnah yang tidak diingini serta membawa ke arah kecelakaan. Kerana pakaian tidak dikatakan sempurna kecuali yang longgar serta tebal bagi menjamin perlindungan anggota supaya tidak menampakkan warna kulit dan bentuk badan.



Sesunggunya Wanita Yang Menipu Dalam Menutup Aurat Adalah Tergolong Dalam Ahli Neraka


Sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis sahih :

Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah SAW bersabda : Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut, kepala mereka didedah dan dihias (bagaikan goh-goh unta). Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat menghidu bauannya dan bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan. (Sahih Muslim)


Itulah gambaran hadis Rasulullah yang kini ternyata golongan wanita seperti ini terdapat di mana-mana dengan memakai seluar ketat baju T-shirt sendat bawahnya pendek hinggakan nempak segala ukiran yang berseni-seni di dada dan di antara dua paha melalui pakaian yang ketat, yang mana asalnya wajib ditutup melalui pakaian yang tebal, labuh dan longgar. Seluar Jeansnya pula pelbagai corak, ada pula yang tertulis perkataab LEVI'S di bahagian punggung yang menonjol yang mengasyikkan lelaki bila berjalan tergedik-gedik. Tayangan FREE!

Dan sejarah asal usul berpakaian sebegini adalah diperkenalkan oleh orang-orang Yahudi dengan tujuan muntuk meruntuhkan akhlak remaja-remaja Islam. (sila rujuk sejarah Levi's Co). Itulah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas "berpakaian seolah-olah telanjang" bermakna hukumnya sama seperti orang yang tidak berpakaian.

Remaja muslimah kini semakin hilang sifat malu malah menerima dan redha akan fesyen sebegini. Kononnya nampak lebih feminin, trendy dan berjiwa bebas - yang jelas bertentangan dengan akidah dan akhlak Islam. Pemuda-pemuda Islam pula menjadi semakin LEMAH dan KHAYAL melayan nafsu syaitan dek melihat gaya wanita sebegini dan semangat berjuang mereka menegakkan syariat Islam mulai hilang. Di sinilah kemenangan pihak kafir telah berjaya dibuktikan. Perasaan cintakan Islam semakin pudar.


Wallahualam.

Renung-renungkan.

Dan selamat beramal!

P/S : Peringatan utama buat diri sendiri. Ya Allah, ampunkan aku.

9 comments:

kacipcrew said...

POST YG BAGUS!!

aming said...

haha..mjur ak tiada adik pompuan..hehe :)

itisrajah said...

kacipcrew - yup. sangat bagus. thank you. thank you. =)

amin - nt kalau ade anak pompuan cmne aming? hoho.

zool said...

First time singgah sini..
Mula2 ingatkan betullah si rajah yang menulis..
rupanya bukan..

itisrajah said...

zool - thanks sudi singgah. hehe. tidaklah. neh bukan saya yang tulis sendiri. sekadar berkongsi pengetahuan yang saya dapat sje. =)

cyza said...

WAduh, amat panjang dan berinformasi post ini. Tapi aku memang tak suka perempuan pakai baju ketat sebab menyeksakan kami warga lelaki...ishk ishk ishk...seksa betui

Naim Zin said...

"Sebenarnya pakaian ketat ini ada yang positifnya.

Ia menjana kreativiti."

- Clemento Kulup

Maaf, hanya memetik kata-kata seorang sarjana. :D

Anyway, kalau dah balik JB mesti jumpa tau!

green said...

cm kenal je ayat ni..
copy paste..
hehe..tp benda yg baik ptt disebar2..

itisrajah said...

cyza - hahaha. sebenarnya, orang yang pakai ketat pon, mereka sendiri terseksa! ye la. nak napas pon susah! =)

naim - di mana kreativitinya itu naim? haha. nak jumpe? suppose aku yang ckp gtu. aku tunggu kau balik jb! =)

daya - haha. rajin amat aku menaip benda neh. semangat kau jagkit la dayah. haha.