Air Mata Ibu..

  • 5
kelmarin aku tidur lewat
agak susah melelapkan mata
bangun paginya waktu matahari tinggi atas kepala
saudara mara datang ke rumah
riuh rendah
kedengaran suara periuk dan gelas
gesekan terhasil dari tangan emak
badan terasa malas
walau rasa kasihan dengan emak

semalam
aku tidur lewat lagi
tidak tahu apa sebabnya
seperti semalam
matahari hampir tegak atas kepala
suara jiran tetangga berkumandang di cuping telinga
mengganggu waktu tidur aku
dengar lagi suara sibuk emak
menhidangkan makanan untuk mereka
ah..
kenapa badan malas?

eh
terlupa pula
emak dan abah hendak berangkat ke kuala lumpur hari ini
kenapa dengan aku sekarang?
kenapa seperti kebingungan?
seperti tidak merasai apa-apa

aku gagahkan badan yang malas ke tandas
ku cuci muka dan berus gigi
lalu ku lihat emak dan abah dengan kesibukan mereka bersiap-siap
masih tidak terasa apa-apa
mungkin kerana terlalu risau
sabar ya

jam hampir pukul 10
jantung mula berdegup deras
hati mulai risau
fikiran mula kecamuk
ah
kenapa sekarang?

jam menjangkau lebih setengah jam dari waktu sebelumnya
van angkut sudah tiba
bermakna sudah tiba masanya
emak dan abah akan bertolak pergi
kami bersalaman
dengan seketika waktu itu
emak merangkul aku dalam tangisnya
teresak-esak
menjurai-jurai
tahan
sabar
tabah
aku gagahkan mata ini
aku tadah air mata di kelopak
namun ku peluk emak erat
seperti baru pertama kali selepas aku remaja
dia kucup pipiku dengan air matanya
aku sayu
syahdu saat itu

pelukan itu tidak lama
lekas-lekas ku longgarkannya
tidak tertahan sebak di dada
ku alihkan pandangan mata jauh ke mata abah
lebih tenang dan sabar
aku juga

biarlah
biar pemergian mereka menjadi sebuah peringatan
buat diri ini yang kian kesepian
dan jauh mementingkan teman

aku panjatkan doa keikhlasan
agar perjalanan itu diberkati dan dirahmati Tuhan
sekelian pandangan
kutatap sayu 
ku titipkan salam
buat yang teristimewa 

andai aku rindu
andai aku sayu
andai aku buntu
ku lenakan kenangan pada pengorbananmu,IBU!

sayang EMAK!!!!♥♥♥


5 comments:

Celestial Being said...

sabar la eh .. doakan diorang selamt pegi dan pulang ..

Rabiatul Adawiyah said...

sabar ya hajar~ insyaAllah semua takde ape2~

sayu la pulak bace post hajar kali nih~

tingat kat mak
(umiii... adik nak balik~ adik nak tempe goreng)

itisrajah said...

thx ye amirol.
thx ye adah.
harap2 mampu bersabar.
harap2 mereka pun bersabar.
nak tempe goreng gak!
=)

Niza_CrazEE said...

mish my mama...

4 moth da x jumpe...

waaaaaaaaaaaaa....

(T.T)

itisrajah said...

niza.
4 month?
dia g mane?
sabar sje,ye?
=)