Nawaitu Suri Rumah

  • 0
Salam sejahtera semua. Sedar tak sedar dah bulan Ogos dah pun. beberapa bulan je lagi untuk masuk tahun 2020. Suatu masa dulu bila sebut tentang Wawasan 2020, aku rasa macam wah tahun 2020 tu punyalah lama lagi entah hidup lagi entah tidak. Dan masih akan menjadi persoalan akan hidup kah aku pada tahun 2020 selagi masih berbaki bulan-bulan pada tahun 2019 ni.

Jadi, so far apa je yang korang dah capai sepanjang 8 bulan hidup dalam tahun 2019 ni? Aku? Nawaitu je lah banyak. Dari tahun sebelum punya niat bawak ke tahun seterusnya, kemudian ke seterusnya, dan bawak ke tahun seterusnya, sampailah tahun ni. Terlaksananya idok lah jugak. Tapi niat yang baik pun dah dapat pahala, tak gitu?

Aku sangat percaya dalam dunia ni semua orang bermegah untuk hidup dalam kebaikan. Semua orang nak jadi baik, takde sorang pun yang akan pilih untuk have a bad life. Tapi tu lah. kekangan, alasan, ujian, cabaran, dugaan, dan macam-macam lagi yang mendesak manusia - terutamanya aku untuk terus melakukan kebaikan. Tidaklah kata aku buat perkara tak baik. Cuma, ye lah.

Aku masih di sini, di rumah, sendiri, jadi suri rumah. Aku tak faham kenapa orang sering pandang rendah dengan suri rumah ni. Especially suri rumah yang ada ijazah, ada master. Nak-nak lagi suri rumah macam aku ni yang takde anak. Orang anggap aku hidup macam takde arah tujuan ke?

Diorang tak tahu ke aku memang belajar sampai universiti dulu semata untuk amek ijazah suri rumah? Huhu. Harap bila dah faham boleh tutup mulut dan pandangan sinis kot noh.

Haha takde lah. Aku berimpian dan bercita-cita besar je nak kerja secara professional tapi aku percaya banyak je benda lain yang kita boleh kerja secara profesional. Contohnya suri rumah lah. Apa? Ingat tak boleh jadi suri rumah secara profesional ke?

Kerap kali orang tanya,

"Hajar, kau buat apa je kat rumah?"
"Weh tak bosan ke duduk rumah sorang-sorang?"
"Kau tak rasa nak kerja ke?"
"Abes kau tunggu duit dari suami je ke?"

Hmmm. Entah ya. Benda-benda macam ni sangat subjektif untuk aku. In fact, it should be subjective for everyone. Aku pun pernah bekerjaya kot. Pernah pergi kerja waktu pejabat masuk 7.30pagi balik 5 petang, kerja part-time, kerja overtime. Tak lama dan tak berapa profesional tapi ye lah still, I've been there and I've done that.

Aku pernah kerja sebelum sambung belajar kat UTM, pernah kerja waktu cuti sem, waktu kerja masa tengah buat master, buat freelance coding masa tahun akhir kat UTM dulu. Bukan aku duduk saja main komputer goyang kaki kelip mata nganga mulut rambut serabut.

Guys, kerja dalam dunia ni ada banyak. Sangat banyak. Semua benda pun kerja dan menjadi suri rumah tu juga adalah satu pekerjaan. Why bother? Kalau cakap pasal apa nak buat bila duduk rumah sendirian dengan takde anak, well there are a lot of things that I can do at home on my own; writing a blog post is one of it.

Bosan? Waktu aku kerja makan gaji waktu pejabat dulu lagi lah bosan pffftttt especially bila kena kerja dengan third-party client yang super fussy Naudzubillah hanya Allah sahaja yang tahu. Itu lagi bosan gila kot! Duduk rumah adalah sangat sangat sangat kurang bosan daripada perkara-perkara yang terjadi macamtu.

Kerja? Tipu kalau aku cakap aku taknak kerja makan gaji dah. Nak, nak sangat. Terutamanya bila setiap bulan dapat gaji sendiri dan bebas fikir nak buat apa dengan gaji sendiri tu. Hak sepenuhnya buat aku. Terpulang aku nak buat apa dengan duit yang aku dapat. Nak beli apa-apa pun aku bebas. Tak perlu risau tentang orang lain. Sebab ye lah aku yang kerja kan jadi aku layan terima duit gaji tu dan aku berhak tentukan apa yang aku nak buat dengan duit-duit tu. Tapi, takpe yang ni aku hold dlu buat masa sekarang sebab aku tengah cari cara untuk make my own money working at home. Korang doakan lah aku ya. Hiks.

Tunggu duit dari suami? Hmmm yang ni pun nanti lah secara terperinci aku bincang di lain masa bila kena pada waktunya. Hiks.

Tu je lah kot yang aku teringin bebelkan sempena bulan kemerdekaan ni. Negara dah berpuluh tahun merdeka tapi merdekakah minda kita ni? Tepuk pintu rumah jiran sebelah dan tanyalah pendapat mereka. Assalamualaikum.



No comments: